Setelah menempuhi perjalanan yang sangat memenatkan selama 8 jam ke Kota Bharu, akhirnya aku telah selamat sampai di bandar yang terkenal dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang ni. Nak pergi ke ke Kota Bharu ni bukan macam pergi negeri-negeri lain yang sememangnya mempunyai rangkaian lebuhraya yang baik. Sebab tu la perjalan ke Kota Bharu memang memakan masa yang lama dengan melalui jalan-jalan kampung.
Bila dah sampai, maka teruslah menuju ke Ridel Hotel yang terletak di Pelangi Mall, Seksyen 9, Jalan Pasar Lama untuk urusan pendaftaran masuk.
Bila urusan daftar masuk selesai, pelanggan diberikan kupon untuk welcoming drink. Kupon tersebut boleh digunakan dari pukul 2pm sehingga pukul 11pm. Apa lagi terus la aku menuju ke Shark Lounge untuk minum-minum dahulu sebelum naik ke bilik. Nanti dah naik boleh la terus rehat.
Bagi yang datang ke Kota Bharu, Kelantan boleh la stay dekat Ridel Hotel sebab hotel ni berdekatan dengan tempat-tempat bersejarah dan tempat tarikan utama seperti Masjid Muhamadi, Muzium Perang, Istana Batu, Bazar Buluh Kubu dan lain-lain lagi.
Ridel Hotel
Lot A-05-01Blok A, Pelangi Mall,
Seksyen 9, Jalan Pasar Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Phone: +609-747 7000
Fax: +609-747 1177
-Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum saudara.
Terima kasih kerana memilih kami.
Ridel Hotel sentiasa mengalukan kedatangan anda.
Terima kasih.
Akak kalau pakai duit sendiri cr hotel low bajet jek , sehari nak bayar ratus2 tk mungkin huhu
Hehe.. Ni sebab kerja kak, boleh claim balik ikut kelayakan.. 🙂
Bro buat apa di Kota Bharu?
Kerja bro… Biasa la, mengikut arahan…
tq bro….baru nak plan turun kelantan. kos penginapan lak?