• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gym / Aktiviti Seharian Di Gym

Aktiviti Seharian Di Gym

By Hazmin Hamudin | 25 February 2014 | 39 Comments

Selfie Di Gym

Beberapa bulan ni memang aku aktif balik main gym. Dalam seminggu tu paling kurang tiga hari mesti aku pergi gym. Dah biasa bersenam ni kalau tak bersenam badan mesti terasa lemau je. Disamping nak membina otot-otot untuk menjadi lelaki maskulin. Ok, ini lawak. Haha. Sila muntah sekali dengan gambar yang aku tayang tu. Haha. Ok, cukup. Aku nak badan sihat. Dapat badan cantik tu kira bonus la kan. Tapi jauh lagi nak ke arah tu dengan keadaan sekarang ni.

Minggu lepas ada yang masej aku dekat fanpage Hazmin Hamudin suruh cerita perkembangan aku workout dekat gym.Ada ke yang berminat nak tahu tentang perkembangan aku main gym ni? Haha. Nak ceritapun malu sebab aku ni boleh dikatakan baru sangat dalam benda ni. Banyak lagi yang tak tahu. Rasa macam tak layak pulak nak cerita. Nak cerita apa pun aku tak tahu sebenarnya.

Biasalah rutin aku setiap petang lepas balik kerja mesti pergi gym. Perasaan malas tu memang biasa ada kalau nak buat benda elok ni. Jadi memang kena paksa diri. Bila kaki dah jejak gym perasaan malas tu beransur hilang. Sebaliknya terus semangat nak membakar lemak dalam badan ni. Jadi memang aku paksa diri aku untuk workout.

Selalunya aku bahagikan hari untuk aku lakukan workout. Hari pertama selalunya aku akan buat chest. Korang boleh tambah untuk buat triceps sekali. Hari kedua pulak aku akan buat back dan jugak biceps. hari ketiga pulak aku akan buat leg. Bahagian leg ni memang jarang aku buat. Setiap hari benda yang wajib aku buat ialah berlari selama 10 minit sebelum melakukan workout dan crunch lepas habis workout. Minimum sejam la aku workout semua tu. Nak lagi cepat dapat hasil buat dua jam.

Aku nak cerita banyakpun tak pandai. Nanti aku perincikan lagi apa yang aku buat untuk chest, back dengan leg tu. Selamat bersenam di gym.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • kamal 16 March 2014 at 6:53 PM

    Wah,,tak pernah aku pergi ke gym.

    Reply
  • Strider 26 February 2014 at 4:00 PM

    wah…tak lama lagi kena tukar nama jadi abg sado nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2014 at 7:20 AM

      Haha. Jangan la begitu. Tak sado pun lagi ni.

      Reply
  • akubiomed 26 February 2014 at 12:59 PM

    Fuh, abam bandai berketak. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2014 at 7:20 AM

      Belum ketak lagi ni bro. Hehe

      Reply
  • ema 26 February 2014 at 11:55 AM

    ada beberpa gym yang dekat dengan rumah..tp tak pernah pun pergi..biasanya berapa bayaran yang dikeluarkan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2014 at 7:19 AM

      Bayaran tu bergantung kepada gym tersebut kak. Kena pergi tanya.

      Reply
  • Hafizul 26 February 2014 at 11:36 AM

    Dapat sihatkan badan dan badan pun sedap jer mata memandang..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2014 at 7:18 AM

      Sedap mata memandang tu yang penting tu bro. Hehe

      Reply
  • BUNDA 26 February 2014 at 10:45 AM

    Assalam…kalau yang dah biasa kegym…kalau tak pergi beberapa kali pasti rasa berat pulak nak pergi kan…
    Kene disiplin dan konsisten…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 February 2014 at 7:18 AM

      Betul tu bunda. Disiplin dan konsisten tu yang paling penting sekali. Tak kira la buat apa pun kan.

      Reply
  • t.a.t.a 26 February 2014 at 8:49 AM

    Min, apa barang selfie gambar muka. Nak la tengok gambar kau tengah workout.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:16 AM

      Takda sape nak ambikkan gambar. Haha.

      Reply
  • Myra Jay 26 February 2014 at 8:21 AM

    Wahhhh!!
    Okla dapat buat senaman camni pun elok kan..
    Sure fit pasni 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:15 AM

      Memang fit pun MJ. kena rajin la tapi. Hehe

      Reply
  • Raudzah 25 February 2014 at 9:46 PM

    Kalau selalu gym..bila stop memang susah nak mula balik..kita pun dulu selalu pergi gym waktu pagi. once stop dah malas..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:12 AM

      Memangpun. Kalau berhenti main gym atau bersenam mesti malas lepas tu nak mula balik. Kena maintain je.

      Reply
  • ajumohit 25 February 2014 at 6:57 PM

    eh nampak kurus dah hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:11 AM

      Haha. Sebelum ni gemuk ke kak?

      Reply
  • tiha 25 February 2014 at 6:19 PM

    akak pon nak bersenam jugak lah 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:11 AM

      Hehe. Silalah kak. Benda sihatkan.

      Reply
  • Bahrain 25 February 2014 at 4:58 PM

    kalau ada usaha yang berpanjangan boleh dapat tu badan berotot. haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:11 AM

      Betul tu. Kena maintain. Kalau kejap je semangat tu memang tak dapat la bro.

      Reply
  • papa mifz 25 February 2014 at 4:42 PM

    den teringin nak pergi gym , nak dapatkan kembali bentuk badan ketika zaman remaja dulu…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 February 2014 at 9:11 AM

      Silalah dapatkan kembali bentuk badan zaman remaja tu bro. Hehe.

      Reply
  • lieyalatif 25 February 2014 at 3:51 PM

    wahhh siap laa lepas ni body ketak2 youuuu heheheeheh

    bagus aktiviti nie…dpt menyihatkan badan…mmg kite diseru utk amalkkan budaya hidup sihat kan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 February 2014 at 4:07 PM

      Haha. Jauh lagi perjalanan nak ketak2 tu kak.

      Reply
  • yui 25 February 2014 at 12:35 PM

    nak p gym tp mber2 umah jap nak p jap taknak..huhu..so gym dlm rumah aje..kui2

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 February 2014 at 12:39 PM

      pergi sendiri je yui. Kalau nak harap member memang tak jalan la. Hehe

      Reply
  • lizz 25 February 2014 at 12:28 PM

    Bagus dah start bergym.nih..
    badan pun rasa sihat…akak bergym dirumah jer…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 February 2014 at 12:31 PM

      Bergym di rumahpun ok jugak kak. Yang penting buat. 😀

      Reply
  • JR 25 February 2014 at 12:28 PM

    Saya tak suka guna gym, bukan saja kerana ia riadah berbayar, tapi jemu asyik tengok besi dan batu bata dalam gym. Saya suka joging, percuma dan dapat merasai hembusan bayu, melihat dedaunan luruh, langit biru dan mentari merah….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 February 2014 at 12:30 PM

      Boleh je kalau nak jogging tu bro JR. Kalau nak kurus atau buat stamina ok je. Nak bagi badan sedap sikit kena pergi gym jugak rasanya. Hehe..

      Reply
  • gp 25 February 2014 at 12:25 PM

    Amboi makin hensem le engko lepas niiiiiii

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 February 2014 at 12:27 PM

      Sebelum ni tak hensem ke? haha

      Reply
  • Azman Ismail 25 February 2014 at 11:40 AM

    Kalau nak mula main Gym, kena ada orang guide kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 February 2014 at 12:21 PM

      Seeloknya macam tu la. Basic tahu pun ok dah. Dekat gym pun boleh tanya orang. Jangan segan2. hehe

      Reply
      • Azman Ismail 25 February 2014 at 12:26 PM

        Sebab dulu pernah try, lepas tu membe sound, kena tahu cara nak guna, kena ada orang guide, kalau tak guna cara yang betul boleh cedera otot.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 25 February 2014 at 12:29 PM

          Kalau berkemampuan boleh je ambik trainer. Macam saya just tanya budak2 dekat gym tu je. Mintak bantuan dekat diorang. Hehe. Tu main gym ni kena ringan mulut sikit. Buat kawan masa tu. nanti ada la yang sudi ajar.

          Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

25,000 Orang Saman Apple Inc Kerana iPhone

By Hazmin Hamudin

Kenangan dan Sejarah Hari Malaysia

By Hazmin Hamudin

Pukul Berapalah Sampai Ni

By Hazmin Hamudin

Pentingkan Diri Sendiri

By Hazmin Hamudin

Marco Simoncelli Maut Di Moto GP Malaysia

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in