Seperti biasa dalam perjalanan nak ke ofis mesti singgah beli nasi lemak ni dekat peniaga – peniaga tepi jalan sekitar KLCC. Kalau tak nasi lemak, nasi goreng atau kuew tiaw goreng takpun bihun goreng yang akan aku beli. Takkan nak makan nasi lemak pulak tiap-tiap pagikan. Alamatnya semakin berlemak la badan ni yang sememangnya makin hari makin sihat dengan penghasilan lemak tanpa kawalan yang sewajarnya.
Siapa yang tak kenal nasi lemak ? Kalau tak kenal anda mungkin pendatang asing atau pun makhluk asing dekat Malaysia ni. Berbalik kepada nasi lemak, memang rindu betul dengan nasi lemak dulu – dulu terutamanya dari segi harga la. Sekarang ni mana nak dapat lagi nasi lemak harga 50 sen dekat Kuala Lumpur ni. Kuantiti pulak jangan cakap la. Memang jauh beza betul nasi lemak dulu dengan yang dijual sekarang. Kalau ada kuantiti nasi yang banyakpun, harga yang dijual pastinya lebih mahal.
Apa – apa pun nasi lemak dulu – dulu memang terbaik berbanding dengan yang sekarang. Akibat perubahan dan peredaran masa, nasi lemak turut menerima tempiasnya. Yang menjadi mangsa adalah pengguna yang terpaksa menanggung kanaikan harga nasi lemak. Sekarang ni pun mana ada lagi barang yang murahkan.
Hazmin: Jemput makan nasi lemak semua. Ni je sarapan yang tak berapa nak sihat aku pagi ni.
mana ada lg nasi lemak bungkus daun pisang harga 50sen..kalau kt kampung2 ada la.tu pun jenuh gak nak mencari
Bro lg otai dlm blogging ni. Ta ni bru lg..salam kenal bro..
Saya tak otai pun.. Biasa2 je.. Hehe.. Tercari-cari rentak lagi ni.
Nasi Lemak daun pisang beri aroma yang berlainan tetapi susah hendak dapat sekarang.
Memang terangkat kalau jumpa yang pakai daun pisang. tak cari lain dah.
sedapnya..anda membuatkan saya lapar..
memang dah time makan malam pun. jom makan ๐
nasi lemak daun pisang tetap mabeles… bau wangi..
sedap2..eheh..hari2 chii tgk nasi lemak..da muak rasanya..
cuma pagi ni baru makan nasi lemak..tu pun org lain punya..tp x dibungkus ngan daun pisang pun
Kalau hari hari makan nasi lemak memang muak.. Tak kira la bungkus pakai apa pun ๐
hehe nasi lemak bungkus daun pisang, memang best.. kalau balik kampung, aku order
kat mak aku, “mak pagi besok nak nasik lemak bungkus.. 2” hahahaa
ni mesti mak berniaga nasi lemak ni.. slumber je order kat mak macam ni.. tak pun suruh mak pegi beli.. haha…
aku tgk nasi lemak “daun pisang” pon dah nmpk kesedapanyya
Tu la kan.. Nasi lemak daun pisang memang terbaik.
wahh, terliur nampak nasi lemak tu.. ๐
hehe.. sedap sebab guna daun pisang… ๐
hahaah ni lah nasi lemak yang digembar-gembooooo kan tu yea hehehehe ๐
eyh jom gi buffday farty plak http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/happy-belated-8th-buffday-caxoeras-blog.html
hahaha… ni la dia nasi lemak tersebut.
perghhh sungguh menyelerakan..zaman skunk ni payah nak jumpa nasi lemak daun pisang nie..semua pakai plastik atau pun kertas je..
tu la… bau nasi lemak daun pisang ni lain. memang wangi. tak sama dengan yang pakai kertas je.