• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Ribut Solar Terkuat Melanda Bumi

Ribut Solar Terkuat Melanda Bumi

By Hazmin Hamudin | 25 January 2012 | 2 Comments

Ribut Solar
GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas. Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian. Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005. Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam. Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 25 January 2012 at 8:56 AM

    Apa tindakanKementerian Sains Teknologi dan Inovasi mengenai hal ribut solar ini?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 January 2012 at 9:11 AM

      macam takda apa-apa tindakan je dari diorang ni…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Penyampai Radio Semakin Hilang Kualiti

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012

By Hazmin Hamudin

Wanita India Paling Tertekan Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Sedih

By Hazmin Hamudin

Dan Brown – The Lost Symbol

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in