• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Akibat Menonton Final Badminton All England

Akibat Menonton Final Badminton All England

By Hazmin Hamudin | 14 March 2011 | 2 Comments

Hari isnin aku dimulai dengan sangat ‘baik’ sekali. Abis aku dah lewat nak pergi kerja hari ni. Ni lah akibatnya menonton final badminton All England hingga lewat malam. Sedar-sedar dari tidur tadi aku tengok jam dengan keadaan yang tidak percaya sambil menggosok-gosok mata. Jarum jam menunjukkan pukul 7:00 pagi. Ya… 7:00 pagi. Jawabnya sambung tidur balik la aku.
Mungkin kebanyakan orang pukul 7:00 pagi tu awal lagi nak pergi kerja. Tapi bagi aku yang masuk pukul 7:30 pagi ni, memang tak sempat la. Tambah pula tempat kerja aku yang jauh. Terpaksa la aku ambik cuti pagi ni. Petang nanti baru aku masuk kerja. Nak cuti terus rasa macam membazir je. Kerja pulak memang berlambak tunggu dekat ofis tu. Takpa la… Datang jugak la kerja.
Semenjak dua menjak ni, asal hujung minggu je mood aku nak update entri kat blog takda. Pelik betul aku mana la perginya mood aku tu. Puas aku cari dan mendalami ke seluruh pelusuk jiwa aku, tapi tak jumpa jugak. Kesian pembaca blog aku melihat habuk dan sarang yang bersepah dekat blog. Niat untuk update blog setiap hari terbantut nampaknya sekarang ni. Korang jangan jadi macam aku dah la… Nak naikkan trafik, tapi blog tak nak update. Hehehe…
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 14 March 2011 at 2:26 AM

    @~CiK TiNieY~
    Wajib utk update blog kalau nak trafik tinggi..hehe

    Reply
  • ~CiK TiNieY~ 14 March 2011 at 2:14 AM

    sy pn jrg update blog…hehe

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri

By Hazmin Hamudin

Apa Itu Oppa Gangnam Style?

By Hazmin Hamudin

Malaysia Negara Ke-51 Paling Gembira Di Dunia

By Hazmin Hamudin

Habis Dah Bermesyuarat

By Hazmin Hamudin

Urutan Ringkas Peristiwa Israk dan Mikraj

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in