Bayangkan sekiranya anda boleh menonton video dan filem kegemaran anda pada bila-bila masa dan di mana saja.Semua itu tidak mustahil lagi apabila Celcom juga tidak mahu ketinggalan dengan menawarkan perkhidmatan video yang membolehkan pengguna mengikuti rancangan hiburan dan filem yang diminati terus pada telefon pintar, tablet ataupun laman web. Perkhidmatan ini dinamakan Escape.
Escape boleh dianggap sebagai perpustakaan maya dalam talian dengan pelbagai kandungan filem daripada Hollywood, Korea, Indonesia, Hindi dan juga tempatan. Selain itu, pengguna boleh menikmati berita secara langsung, konsert dan siri TV pada peranti mudah alih anda. Escape boleh dipasang pada peranti yang menggunakan sistem operasi Android, IOS, dan boleh dilayari terus melalui komputer peribadi.
Anda boleh menonton lebih daripada 500 buah filem dengan bayaran serendah 80 sen selama sejam. Jika filem tersebut berdurasi 2 jam, anda hanya perlu membayar sebanyak RM 1.60 sahaja. Murah bukan? Harga tersebut bergantung sama ada filem tersebut baru ditayang atau sudah lama ditayang.
Perkhidmatam Escape buat masa ini ditawarkan secara ekslusif kepada pelanggan Celcom seluruh Negara sahaja. Oleh itu anda perlu mempunyai nombor telefon Celcom untuk anda melakukan pendaftaran dan menggunakan pekhidmatan Escape ini.
Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah perkhidmatan Escape sekarang di www.ESCnow.com untuk menikmati kandungan hiburan yang hebat hanya daripada Celcom. Sekarang ini anda tidak lagi mempunyai alasan untuk terlepas menonton tayangan filem kegemaran anda dengan adanya perkhidmatan seperti Celcom Escape ini.
48hours sponsored post.
alahai…SA pengguna maxis..corporate line..
memang cukup senang betul sekarang ni
Macam tonton sikit kan. Harap2 tak selalu sangkut macam tonton..huhu
bagus juga benda escape ni…boleh layan mana2 filem budak2 ngn anak2 nanti..hehe
di mana sahaja kita ada masa utk tonton
Semakin mudah untuk menonton filem kegemaran di mana-mana.
xdapat mesej apa2 pun dari celcom?
baru tau tentang ni..
ehehehee
hanya untuk pengguna celcomlah yer.huhu.nampaknye kalau nak gune kene ade no celcom dulu 🙂
Rasanya filem baru tak ada peluang nak tengok.. takut jualan tiket dekat panggung wayang tak laku..
eh? laa..patutlah duk terima msg escape dari celcom. taktau gak kegunaan dia. sbb dia mcm hantar promo muvie. baca sini baru tahu.. hehe..
mcm2 dah skg..