Wah… Mahalnya lampu signal bernilai RM 3k… Lampu apa tu ? Uish… Mentol dia diperbuat daripada emas 18 karat ke ? Kaca dia disaluti berlian ke ? Atau mentol lampu signal tersebut dikeluarkan oleh pengeluar kereta terkemuka dunia seperti Ferrari. Mungkin tu yang bermain dekat dalam kepala korang semuakan bila aku buat tajuk entri macam tu…
Sebenarnya tu la istilah yang aku selalu gunakan bagi orang yang tak reti mengikut peraturan jalan raya. Maksudnya di sini tidak memberi isyarat membelok untuk memasuki mana-mana simpang ataupun menukar lorong ketika memandu. Mahalkan lampu signal mereka-mereka yang tergolong dalam golongan ni.Sebab tu la dorang ni tak nak bagi isyarat membelok.
Adakah mereka ni tidak memberi isyarat membelok kerana takut mentol tersebut terbakar (yela…kan mentol dorang ni harga sampai RM 3k. Nak repair mahal kalau rosak. Hahaha…hambik kau..). Nak kata tak tahu peraturan jalan raya, tapi dah ada lesen memandu.
Kalau ye pun tak sayang nyawa sendiri, tapi ingat la dekat jalan raya terdapat lagi nyawa-nyawa orang lain yang tidak bersalah. Jangan kerana sikap kita yang mementingkan diri sendiri menyebabkan nyawa orang yang tidak bersalah turut melayang dan menjadi mangsa. Jangan la kerana mentol kamu yang ‘MAHAL’ itu kamu tidak memberi isyarat membelok.
hampir terbabas akibat org xpernah nk bagi signal dulu..betul kot mr hazmin..lampu diorg mahal sgt..hehe..berhati-hati dijalan raya..pesanan penaja..