4th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2012
FIESTA tahunan Belon Udara Panas Putrajaya kembali lagi. Ruang udara di Putrajaya bakal diwarnai puluhan belon panas berikutan 26 pengendali belon panas dari 11 negara telah mengesahkan penyertaan pada Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya k-4 dari 15-18 Mac yang akan berlangsung di Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya.
Edisi keempat fiesta berlangsung dari 15 hingga 18 Mac 2012 pastinya memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan tarikan reka bentuk, saiz dan warna yang pelbagai dan ruang udara Putrajaya sudah pastinya bakal diwarnai puluhan belon panas.
Pengunjung yang hadir ke Fiesta Belon Panas Putrajaya 2012 ini berpeluang untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menaiki belon udara panas.
Selain daripada menaiki belon udara panas, bagi yang mempunyai duit lebih dan belum pernah menaiki helikopter, jangan lepaskan peluang yang ada ini kerana korang boleh menaiki helikopter mengelilingi Putrajaya dengan bayaran sebanyak RM130 sahaja.
Terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang ditawarkan pada Fiesta Belon Panas Putrajaya 2012 yang tidak patut korang lepaskan seperti Bicycle Fun Ride, KMX Kart, Zorbing, Racing Simulator, archery yang sudah pastinya akan memberikan kepuasan dan pengalaman baru kepada korang. Jadi, tunggu apa lagi… Jom ke Putrajaya.
Cun jugak gambo2 yg ko amik bro…mmg meriah pesta belon tu ehh…pueh ati wooo
Tak sempat nak g la aritu. Bercuti di kampung halaman. Next time la..
Mungkin tahun depan berpeluang untuk pergi ke sana.
okeeeesss cun! esok leh bawak camera gi putrajaya 😀
Nak bawa famili pergi esok sambil membidik belon udara panas.
Harap esok cuaca baikkan. Mesti esk ramai yang akan pergi ke sana.
pehh..dekat ni dengan rumah mak abah aku.
Boleh la try pegi bro… Tapi confirm sesak punyakan.