Nampak tak betapa bersemangatnya pegawai dan kawan-kawan sekerja aku untuk menurunkan berat badan. Sekarang ni diorang buat pulak Biggest Loser Contest dekat unit. Jangan kata budak perempuan je yang masuk benda ni. Ni sampai budak-budak lelaki pun terjebak jugak. Senang cakap satu ofis la daripada bos, pegawai sampailah staf bawah join. Aku? Memang terjebak jugaklah join contest ni. Haha.
Macam mana cara pertandingan ni? Bagi sesiapa yang paling banyak mengurangkan berat badan akan menjuarai pertandingn dan memenangi hadiah wang tunai. Dengarnya tiap bulan pemenang dapat RM200. Kiranya pertandingan ni lebih kurang macam rancangan biggest loser tapi takda la latihan yang teruk macam rancangan biggest loser. Pandai-pandai sendiri la nak buat macam mana, joging ke, pergi gym ke, diet dua bulan ke, janji turun berat badan tu.
Garis Panduan Cabaran
- Peserta bebas menggunakan apa sahaja teknik senaman bagi menguruskan badan. Kira ikut suka masing-masing la.
- Peserta hendaklah menimbang berat badan setiap setiap hari Jumaat waktu bekerja untuk direkodkan.
- Pemenang akan dinilai berdasarkan penurunan berat badan yang paling banyak.
Pertandingan ni berjalan selama dua bulan dan tiap-tiap bulan akan ada pemenang. Jumaat lepas (4 Oktober 2013) baru mula dan berakhir pada akhir tahun ni. Haha. Tiap-tiap hari jumaat semua akan berkumpul dekat bilik pegawai aku untuk timbang berat badan. Masa ni memang semua berdebar la kan. Kalau turun takpa, ni nanti mesti ada yang makin naik berat punya. Tu yang tak nak tu.
Yang lawaknya, sekarang ni habis satu ofis dah berdiet. Haha. Kau hulur la makanan sedap-sedap semua tengok je. Silap-silap lepas ni nasi lemak, roti canai, semua tak sentuh dah. Petang Jumaat tu pun ada akak ofis hulur kuih seri muka durian ko. Semua tak nak makan. Aku dengan slumbernya makan sampai tiga ketul. Haha. Belakang-belakang aku tak tahu la kan diorang ni semua betul diet ke apa. Aku? Aku sental je makan apa pun. Haha. Masuk suka-suka je pun.
Mungkin aku boleh amalkan Formula Diet Extreme untuk kurangkan berat badan. Mana tahu berkesan pulakkan cara ni. Korang kalau nak cuba boleh klik Formula Diet Extreme – Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang!
Amacam? Menarik tak pertandingan macam ni? Apa pendapat korang pulak? Kot la ada cara nak bagi aku turun berat badan dengan banyak. Orang kurus ni susah sikit la nak menangkan. Haha. Yang penting semangat tu ada.
perghhhhhhh!
terbaiklah opis camni…jeles ambe…hehe
apa lagi bro…rekomenlah ebook ni…keh3
Bab berdiet tu memng tak leh rahan dengan godaan makanan sedap mcmtu..hehe..rm200 banyak gak tu…
serius memang menarik contest nih
okay…ini sangat..sangat..sangat terbaik punya idea…. 🙂
bila ramai2 camni..siap wat pertandingan.. baru laa bersemangat nak turunkan berat bdn…
Hehe. Itulah. Cadang la dekat ofis buat macam ni jugak. Baru semangatkan.
Inisiatif yang bagus ni. Dah kurus nanti baru la produktif.
Hehe. Kalau ramai-ramai ni baru semangatkan nak turunkan berat badan.
best kalau join camnih ramai-ramai, kalau x susah jgk nk diet, kena kuat baru jadi. confirm time lunch hour semua dok senyap je.
Memang pun. Nak makan fikir banyak kali. Makan pun tengok makanan jugak sekarang ni.
Menarik la competition yg ofis u buat nie.. nnti semua pakat2 slim la..bagus2… I like! =D
Haha. Slim secara berjamaah. Semua dok risau je tu.
Teringat kontest ini ada buat di sekolah..
ramai ramai pakat masuk.. 🙂
Buat kontest macam ni baru semua semangat nak turunkan beratkan. Kalau sorang-sorang memang malas nak buat.
nyerah duluan deh,,,susah nya
waa bestnyer ader pertandingan macam ni….semangat sikit nak berdietkan…
Itulah. Masing-masing mesti tercabar punya. Baru ada motivasi nak turunkan berat badan.
Ko gemuk ke? Nampak cam kurus je. Kalo nak turunkan berat badan, ko isap dadah. Hahahahah. k fine tak kelakar.
Melampau betul ajaran ni. Hahaha
ajaran ni mmg x leh diikut..ehehe
Haha. Memang ajaran sesat ni. Tak boleh diamalkan.
Cuba pergi kat Yahoo. Smlm aku ade bace pasal buah yang boleh bakar lemak tanpa perlu bersenam ataupun amalkan diet.
Buah apa tu? Bunyi macam menarik je ni.
Baguslah ofis ko buat macam ni….mesti lepas satu unit slim punya
Haha. Harap macam tu la. Jangan ada yang makin naik dah.
bagus inisiatif itu. dengan kawang-kawan, lagi bersemangat. aku jeles sangat tengok orang dapat bersenam macam tu. niat memang dah ada, tapi masa tak ada. huhu
Mental nak kena kuat masalahnya. Tu yang tak tahan tu. Hehe. Kejap je datang rajin tu. Lepas tu malas balik.
wah ruginya ada makanan sedap tengok je. tapi takpelah kalau aku pun aku pantang, pantang jumpa hehe
Haha. Aku sebat je bro makanan yang sedap. Haha. Lantak la kalahpun.
hah ini idea yang bagus… saingan sihat sesama sendiri.. helok sangat..
tapi siapa yg keluarkan dana RM200 utk pemenang tu?
Collect RM10 sorang. Balance pegawai tambah bagi cukup RM200. Hehe
helok lah tu kann.. sepakat membawa berkat ;P
bagus kontes macam ini..sekurang-kuranngya ada motivasi untuk berdiet..
Itulah. Kalau tak jangan harap la nak diet.
wah siap ada ganjaran , bagus nih…semoga bro berjaya…;)
Kalau takda ganjaran tu tak semangat. Hehe. Terima kasih bro.
the biggest looser? deno biasa tengok kat CH702 🙂
satu ofis berdiet, memang cabaran tu….. good 🙂
Yang dekat Astro tu lagi mencabar deno. Hehe. Yang ni ikut suka asalkan turun berat.
dulu pernah dinasihatkan supaya turunkan berat badan. doktor ada bagi pil..memang berkesanlah. dalam beberapa minggu boleh turun 3kg.
Berkesan jugak tu. Kalau dibuat dengan senaman mesti lagi banyak turun tu.
Bagus jgk pertandingan mcm ni, paling best dpt cash tuuu.. Mesti smua lg bersemangat nak kurus yang penting secara sihat
Itulah. Lagipun tercabar dengan kawan2. Kalau makin naik malu la pulakkan . Hehe
Badan agak kurus, kalau kuruskan lagi alamat jadi kering la pulak!
Haha.. Part lain ada untuk dikuruskan ni.. 😀
Kalau dah kurus tak payahlah ikut haha..bg yg dah overweight je..interesting, kalau ada komitmen mmg bagus buat di pejabat…
Tapi kena kuruskan dekat ‘part’ lain ni bro. Hehe. Untuk seronok2 pun ye jugak ni.
bgus juga ada mcm ni..hihih.smgtt!!
Haha. Semangat la sangat. Nak coklat.
Yg penting turun berat badan. Dan yg kedua, asal jangan lepas kontes selesai berat badan naik balik…
Itulah bro JR. Takut ada yang semangat time kontes je. Harap dapat maintain la.
ini betul2 mencabar ni huhu
Itulah pasal bro. Nak makan pun fikir banyak kali sekarang ni. Haha
haha..memang terbaiklah contest biggest loser korang nih. kagum kejap aku..
Haha. Boleh buat di sekolah ni cikgu titan. Bagi la hadiah yang biasa2 pun ok kan.
menariknya pertandingan ni.. hadiahnya pun lumayan.. semoga berjaya kepada yang menyertainya..
Itulah. Hadiah tu boleh tahan jugak. Hehe
hahahah kat opis akak pun sama buat cabaran yg sama,klu menang pemenangnya dpt voucher barangan sukan best kan 😉
Wah.. Best jugak hadiah tempat akak. Ramai jugak rupanya yang buat cabaran macam ni ye.
kalau ipos ramai orang memang seronok ramai2 berkempen diet 🙂 kalau sorang2 rasa macam putus asas
Tu tujuaan benda ni dibuat suri. Baru semua semangat nak berdiet.
Good luck bro. . Saya hanya mampu bagi sokongan moral supaya bro memenangi contest ini. .
Hehe. Persaingan senget ni bro. Tah boleh menang ke tak.
Minggu pertama sangat penting, jangan lupa banyak minum air. Minggu akhir juga penting, jangan lupa derma darah dan berpuasa 🙂
Satu tips yang menarik bro. Terima kasih.
ni wajib aku ikut ni.hehe. berat badan pun dah melampau dah.hehe
Haha. Bila dah ada saingan dan ganjaran hadiah, tu yang lagi semangat nak join tu.
nih betul-betul bersemangat nih…
Seronok-seronok disamping mengamalkan gaya hidup sihat ni. 🙂
Selamat menguruskan badan dan hidup dengan sehat.
Hehe. Terima kasih bro. Amalkan gaya hidup sihat ni.