Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM. Berita ni pastinya dinanti-nantikan oleh sesetengah pihak yang meragui status halal sos jenama Tabasco. Bagi pengguna yang menggunakan sos jenama Tabasco ni pasti lega mendengar berita ini kerana lepas ni bolehlah menggunakan sos Tabasco ni tanpa was-was. Sebelum ni aku ada buat entri Sos Jenama HP Souce dan Tabasco Ada DNA Babi, dan sekarang semuanya telah terjawab dalam entri ni.
PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company.
Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.
Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.
Pengarah Serantau Mcllhenny Company, Kan Cheung berkata, pihak syarikat sentiasa prihatin dengan tanggungjawab sosial kepada pengguna Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang lengkap. Ia bukan sahaja menitikberatkan aspek pengabdian seseorang hamba kepada Penciptanya, malah Islam juga memberi panduan kepada penganutnya di dalam semua aspek kehidupan termasuklah pemilihan makanan yang halal serta baik bagi manusia. Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam pemilihan makanan mengikut syariat Islam.. Dengan pengesahan daripada pihak Jakim itu, persoalan pengguna Muslim yang sebelum ini gusar tentang status produk tersebut sudah terjawab.
fuhhh… legaaaa… ;))
Peminat Tabasco ke bro?
dah boleh la makan balik kalau dorg letak balik kat pizza hut eh… pedasss best best 😉
Sedap ke sos ni Nadot? Hehe
a’a….sebab dulukan pizza hut pernah letak sos ni kat restaurant dia….sejak tuu la ayah cik siti suka makan sos tuu…tp bila da kata tak halal, mcm kecewa ja ayah cik siti…heheh
Ada jugak ye peminat sos ni. Hehe.. Lepas ni boleh la ayah cik siti makan sos ni dengan pizza.
belum pernah rasa sos tabasco ni.. apapun janji halal dan tidak memudaratkan pengguna.
sedap ker, x pernah rasa plak
Tak sedap. Hehe
saya tak pernah bl sos nih
Saya pun tak pernah. Tapi pernah rasa di restoran makanan segera. Macam tak sedap je.
apa yang haram masuk dalam tubuh kita, akan menjadikan kita jauh dari Pencipta…
Betul tu bro… 🙂
bagus2….ayah cik siti mesti suka dengar berita ni….^^
Ayah cik siti suka makan sos ni ke?
haaa ? sos amende ni tak pernah dgr pun
Sejenis sos untuk menyedapkan rasa. Haha.. Memandai je.
sos prego sedap ..haha
Tu sos spaghetti… Haha..
wak pon syukur jugakkk.. ehhhEee
tak pernah tau pon kewujudan sos nih..noob x! haha
Hehe.. Macam mana boleh tak tahu ni.
leh r try pas ni
Sebab dah confirm halalkan.. 🙂
Baguslah kalau macam tu, makanlah tanpa was-was
Memang penting halal ni kan. Baru makan pun tanpa was-was
Bagus info ni bro. Banyak produk sos dari luar negara yg selalu menimbulkan was was sebab takde tanda halal.
Itulah.. Tahun lepas tak halal.. Tapi sekarang ni dah halal dah. Hehe
Tak pernah beli sos ni pun … sedap sangat ke ?
Tak pernah beli kak. Selalu rasa dekat restoran makanan segera je. Kurang sedap bagi saya. hehe
Sebenarnya banyak alternatif lain tetapi kalau sudah suka dengan Tabasco terpaksa sehingga disahkan halal.
Itulah.. Masing-masing ada selera sendiri. Saya sendiri kurang suka rasa Tabasco ni.