• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Peringkat Jingga

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Peringkat Jingga

By Hazmin Hamudin | 2 May 2012 | 4 Comments

Ribut Petir

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang ini. Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terbabit di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.

Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang (daerah Temerloh dan Bera), Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).

Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Sumber: BERNAMA

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 2 May 2012 at 11:53 PM

    Beberapa hari ini panas terik dan tiba-tiba hari ini hujan lebat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2012 at 9:48 AM

      Semalam pun terdapat kawasan yang banjir

      Reply
  • Jebeng Otai™ 2 May 2012 at 10:42 PM

    cuaca skang ni x menentu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 May 2012 at 9:46 AM

      Tu la.. Penyakit pun senang kena masa cuaca macam ni.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Perjalanan Pagi

By Hazmin Hamudin

Laman Web Blogger Pulak Kena Block

By Hazmin Hamudin

Hari Isnin yang Blues

By Hazmin Hamudin

Gambar Kad Kahwin Nurul Wahab

By Hazmin Hamudin

Yee Sang | Makan Besar Tahun Baru Cina

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in