• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kempen / Gambar Sekitar Kempen Earth Hour 2013 Semalam

Gambar Sekitar Kempen Earth Hour 2013 Semalam

By Hazmin Hamudin | 24 March 2013 | 45 Comments

Earth Hour

Gambar Sekitar Kempen Earth Hour 2013 Semalam. Program Earth Hour telah dimulakan pada tahun 2007 dan menjadi satu acara global tahunan di kebanyakkan negara di seluruh dunia pada setiap hari Sabtu terakhir bulan Mac. Ia menyeru semua pengguna residential dan commercial untuk memadam lampu-lampu dan perkakas elektrik yang tidak perlu selama sejam, dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam mengikut waktu tempatan masing-masing.

Matlamat Earth Hour ialah untuk mendidik masyarakat dunia tentang ancaman perubahan iklim yang berlaku kini di samping menerbitkan kesedaran dalam diri individu bagaimana perubahan kecil boleh boleh menyumbang kepada perubahan besar dalam rutin seharian. Itu yang aku faham di sebalik simbolik pemadaman lampu selama sejam ini.

Tiap tahun aku memang tak ketinggalan untuk turut sama menyertai kempen Earth Hour ni. Bukan susah manapun kalau setakat tutup lampu satu rumah selam sejam kan. Dari dapur sampai ke ruang tamu habis bergelap. Jangan pulak korang tutup lampu kereta semasa tengah memandu dah la. Itu memang mengundang nahas namanya.

Semalam sempat jugak aku ambil gambar semasa kempen Earth Hour ni sedang berjalan. Korang boleh tengok gambar yang aku ambil dekat bawah ni. Amacam?

Black

Adakah kempen Earth Hour ni mencapai objektif seperti yang diharapkan? Bagi aku objektif Earth Hour benar-benar tercapai jika TNB menutup semua stesen janakuasa yang ada.  Nak lagi cantik seluruh dunia turut menutup stesen janakuasa eletrik yang ada. Haha. Ni semalam aku punyalah ikut berkempen bergelap satu rumah. Tapi bila keluar rumah tengok rumah jiran sekeliling bukan main terang benderang lagi rumah. Siap lampu lip lap sana sini. Hampeh.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • luthfi 28 April 2013 at 9:55 PM

    belum pernha ikut,,selalu ketinggalan atau lupa

    Reply
  • Nad 26 March 2013 at 7:02 PM

    terlupa malam td earth hour 🙁

    Reply
  • hafiz 26 March 2013 at 1:24 PM

    tak leh tutup janakuasa nanti busuk daging dalam peti ais

    Reply
  • gamep01nt 26 March 2013 at 12:46 PM

    kenapa x buat je hari2 ye dok. bukan susah pun tutup lampu sejam

    Reply
  • onlajer 26 March 2013 at 12:25 AM

    tak terperasan pulak aku dengan benda ini haha

    Reply
  • Hairul Azni 25 March 2013 at 11:57 PM

    Siap pasang lampu lip lap yang tak tahan tu..

    Reply
  • Lynn 25 March 2013 at 10:52 PM

    Bergelap ? Oh no. Tapi kalau TNB sendiri yang tutup stesyen janakuasa tu …nampaknya tak ada pilihan la.

    Reply
  • nurul yui 25 March 2013 at 12:20 PM

    tak join smlm =(

    Reply
  • suri 25 March 2013 at 11:50 AM

    salam..
    saya rasa on kot sb anak ada tgok tv huhu..sy pula kurang ht huhu

    Reply
  • hafiz 25 March 2013 at 11:19 AM

    bagus2 bro kena amalkan selalu jimat elektrik..

    Reply
  • Mak lagenda 25 March 2013 at 10:33 AM

    Tahun ni x sempat nak join kempen ni..masih dlm kereta. x sempat nak blk umah. Kalo tutup lampu keta kang, lain plak jdnya nnt. Thihihi

    Reply
  • anif 25 March 2013 at 10:25 AM

    😀 Saya keluar malam tu.. Tempat yang saya pergi tu tutup separuh lampu-lampu yang ada.. Nampaknya mereka menyahut seruan Earth Hour!

    Reply
  • papa mifz 25 March 2013 at 8:07 AM

    tak perlu tutup semua lampu,memadai tutup separuh dari apa yg biasa kita gunakan…

    Reply
  • Oneblogsocial.com 25 March 2013 at 5:48 AM

    Sebelum saya baca saya refresh berkali kali kerana photo tiada gambar

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:42 AM

      Kalau refresh sepuluh kali pun takkan keluar gambar bro. Hehe.. Memang gambarnya macam tu.. Dah tutup lampu macam mana nak ambil gambarkan.

      Reply
  • Kazen 24 March 2013 at 11:50 PM

    apakah ini troll? apakah gua tak bisa loading? knapa photo blank? haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:41 AM

      Faham-faham sudah bro. Haha… Ramai yang tak perasan ke. Hehe

      Reply
  • Myra Jay 24 March 2013 at 11:09 PM

    Org kita masih kurang kesedaran mengenai peri pentingnya earth hour ni.
    BTW setuju dgn cadangan supaya TNB menutup janakuasa…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:40 AM

      Benda elok macam ni kalau dipanjangkan masa tu sehingga 2 jam pun ok jugakkan..

      Reply
  • puteri kasih 24 March 2013 at 10:39 PM

    masih ramai lagi yang memandang remeh kempen earth hour ni. Ada juga yang seolah tak tahu menahu tentang earth hour.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:40 AM

      Betul tu.. Rasanya ramai yang tak tahu atau buat tak tahu pasal kempen ni.

      Reply
      • puteri kasih 27 March 2013 at 9:13 PM

        kena ada lebih banyak aktivit berkaitan kempen ni agaknya 🙂

        Reply
  • hana hadi 24 March 2013 at 10:35 PM

    a’a kan TNB kena main peranan. biar lah nak kata apa pun. hantar notis pasal nak tutup stesen janakuasa skat setiap rumah..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:39 AM

      Hehe.. Kalau TNB buat macam tu mesti ramai yang bawak sepanduk depan TNB lepas tu. Orang politikpun ada yang ambil kesempatan nanti. Hehe

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 24 March 2013 at 8:15 PM

    Semalam ekkk… Tapi kawe tengok kat bando, persiapan utk majlis Earth Hour tu pon absi byk karan he he… Ada party lagi sampai dekat subuh hari….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:34 AM

      Uit.. Party apa tu bro sampai ke subuh..?

      Reply
  • daddyziyyad 24 March 2013 at 6:19 PM

    saya terlupa semalam eath hour..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:33 AM

      Aik doc. Slalu bukan main alert lagi benda-benda macam ni. Hehe

      Reply
  • JR 24 March 2013 at 4:28 PM

    Kalau TNB putuskan bekalan letrik selama sejam banyaklah pihak yg akan saman berbilion2 krn katanya mereka kerugian, termasuk pihak yg dah lama rugi tapi masih nak berniaga….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:33 AM

      Biasa la tu kalau dah mata tu nampak duit saja. Takda makna nak rugi. Yang untung bertahun tu tak kira pulakkan.

      Reply
  • titan 24 March 2013 at 4:15 PM

    gua terus tertidur. tak sempat tutup lampu. haha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:32 AM

      Haha.. Betul letih ni. Sampai tido pun tak tutup lampu.

      Reply
  • Nastyna 24 March 2013 at 4:02 PM

    Takper…at least u’ve done your part, bravo u. Anyway yang before punya tutup lampu but light up beratus ribu candles tu I tak setuju, for me biar la bergelap terus semua nya. Again, well done 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:32 AM

      Hehe.. Tq.. Memang gelap abis rumah. satu lampupun tak bukak. Betul tu.. Biar gelap terus baru kena dengan objektifkan

      Reply
  • Hafizul 24 March 2013 at 3:21 PM

    Haha..tu jiran tak perasan kempen ni diadakan kot..haha..tahniah bro kerana sama-sama memberikan sokongan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:31 AM

      Terima kasih bro. Benda2 macam ni patut kena ambik tahu kan. Ni keluar rumah terang je dekat luar. Hehe

      Reply
  • gadisBunga 24 March 2013 at 10:58 AM

    saya joined! tapi semalam ada 1 lampu terpasang. huhuhu~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:27 AM

      Rumah saya terus gelap. Hanya lampu daripada TV saja. Hehe

      Reply
  • Portal KSSR 24 March 2013 at 10:52 AM

    xtau pun smlm earth hour sebab sibuk urus kenduri kahwin.hari nie baru online.baru tahu.huhu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:26 AM

      Hehe. Tahun ni ramai yang tak tahu tarikh Earth Hour ni. Mungkin sebab kurang promosi agaknya.

      Reply
  • wir amir 24 March 2013 at 10:46 AM

    opssss…nak hadiah…?jom le berpantun

    Reply
  • wir amir 24 March 2013 at 10:46 AM

    masih ramai yg tiada kesedaran tapi kalau kita di majlis ilmu kena la teruskan sbb menuntut ilmu tu wajib…fardu ain tu..ramai yg berada di masjid mm tadi…lampu terang benderang je…hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 March 2013 at 8:25 AM

      Kalau bab agama dan majlis ilmu memang perlu diutamakan. Hehe.. Takkan nak bergelap pulakkan.

      Reply
  • Cikgu Hairul 24 March 2013 at 10:11 AM

    Ramai lagi yang belum ada kesedaran tentang global warming. Entah-entah earth hour pun tak tau.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 March 2013 at 10:21 AM

      Itulah.. Semalam keluar rumah tengok semua rumah terang benderang je. cis

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Sedap Ke Makan Steamboat ?

By Hazmin Hamudin

Berada Di Luar Kawasan

By Hazmin Hamudin

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011

By Hazmin Hamudin

Irma Hasmie Bakal Bertunang 27 Mac 2012 ?

By Hazmin Hamudin

Masalah Tiada Internet

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in