Susah Betul Nak Makan Sandwiches SUBWAY Ni

Subway Sandwiches (1)

Tadi masa lunch sempatlah aku melayan kehendak tekak ni. Alang-alang pergi pejabat POS di Suria, KLCC, maka sempatlah singgah makan di Restoran SUBWAY. Restoran SUBWAY ni bukanlah suatu tempat yang biasa aku kunjungi kalau nak makan. Tapi bukanlah tak pernah langsung makan dekat sini. Memang tak tahu apa yang sedap dekat Restoran SUBWAY ni. Jadi aku main order jela Meatball Marinara ni. Bukan meatball IKEA ok.

Subway Sandwiches (2)

Inilah hasilnya apabila kesemua sayur/salad dan juga sos diletakkan di roti Parmesan Oregano yang aku pilih tadi. Bukan main besar jadinya. Puas jugak fikir macam mana nak gigit roti sepanjang enam inci dengan besar kedabak ni. Haha.. Pusing sana, pusing sini, last sekali gigit jela macam manapun. Memang susah jugak nak makan sandwiches SUBWAY ni.

Subway Sandwiches (3)

Harga untuk sandwiches Meatball Marinara dekat Restoran SUBWAY ni ialah RM7.95 termasuk cukai. Dengan portion sebesar tu, rasanya harga ni memang berpatutan. Dari segi rasa, kalau korang pandai mengcampurkan salah dan juga sos sedap la jadinya. Kira kena pandai mix and match la. Hehe.. Ada yang penggemar SUBWAY tak?

Comments
  • Post a comment

    Current day month ye@r *

  • JomJalan 29 April 2013 at 9:14 AM

    Subway Sandwich ni sesuai utk org saiz mulut XXL aje. Saya suka sandwich dia sbb roti dia berserat dan bukan roti putih. Tapi tang makan tu yg seksa sikit

  • eliss 16 April 2013 at 4:36 PM

    nampak sedap . saya pun baru sekali dua masuk subway nih.

  • Hafizul 15 April 2013 at 10:58 AM

    Mahalnya..nampak sedap..bila nak belanja saya?haha

    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:24 PM

      Kira berpatutan jugak tu harga bro. Nak belanja kena datang KL bro.

  • thaqibzaki 14 April 2013 at 5:28 PM

    795 rupanya. Aku tengok bawah sekali terus mula mula. Ingatkan 9205 awalnya. hahaha. ni kalau aku makan, maunya kenyang 5 6 jam ni. hahaha.

  • Baby Jane 12 April 2013 at 7:00 PM

    HAHA mkn pelan2 je la. klu nk msk semua mmg susah hihi.

  • Baby Jane 12 April 2013 at 6:59 PM

    HAHA mkn pelan2 je la. klu nk msk semua mmg susah hihi

  • KesumaAngsana 11 April 2013 at 4:34 PM

    seb baik KA x brp minat

  • gamep01nt 11 April 2013 at 12:22 PM

    haruslah. tiap2 ahad aku jenguk subway. kenyang lg dr KFC

    • Hazmin Hamudin 11 April 2013 at 6:25 PM

      Otai Subway rupanya.. Menu tu hari Ahad je ke bro? Boleh aku terjah lepas ni.

      • gamep01nt 11 April 2013 at 6:55 PM

        hari hari ada. tp hari ahad dia murah sbb dia “Sub Of The Day”..Setiap hari ada lain “Sub Of The Day”..kau masuk je kedai tu cakap nk “Sub Of The Day” akak kaunter tu tau lah nak buat apa

        • Hazmin Hamudin 11 April 2013 at 6:58 PM

          Tunggu aku try nanti. Haha.. Tak menahan kesedapan ko cakap.

  • anif 11 April 2013 at 9:29 AM

    Besar macam ni memang puas hati makan! :D

  • Oneblogsocial.com 11 April 2013 at 9:18 AM

    Se da…..p

  • Nastyna 11 April 2013 at 5:39 AM

    Baki rm92 tu boleh spare untuk satu 1 foot long subway untuk saya tak?

    • Hazmin Hamudin 11 April 2013 at 9:13 AM

      Hehe.. Panjang tu.. Ala.. Kat oversea lagi murah-murah Subway dia kan. Tapi kena cari yang halal la.

    • Hazmin Hamudin 11 April 2013 at 9:15 AM

      Kena blog sekarang untuk invited reader je?

  • hanafi abdullah 11 April 2013 at 2:27 AM

    nampak menyelerakan menu tersebut..

  • gamep01nt 11 April 2013 at 12:18 AM

    lu patut tggu hari Ahad, pekena Sub Of The Day, Chicken Teriyaki pastu dgn roti honey oat. PERGH!!!!!!!!!!!!

    • gamep01nt 11 April 2013 at 12:56 AM

      Lepas tu aku lupa nk bgtaw..kasi pekena cookies dia white chocolate macademia. perghhh!!!!!!!!!!!!!!!

      • Hazmin Hamudin 11 April 2013 at 9:13 AM

        Pergh.. Tu dia otai SUBWAY sudah mari.. Haha.. Penggemar SUBWAY la ko ni..

  • hafizmd 10 April 2013 at 10:55 PM

    Dah lama jugaklah ambe nak merasa subway ni, tp belum nyempat nak singgah..

    kalau besar tu, ambe rasa berbaloi..leh try nanti

    thanks bro..

    eh, sos tu nak kena campur pilih sendiri ke?

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 10:57 PM

      Kira berbaloi jugak tu bro. Kalau nak diet sesuai jugak makan Subway ni.

      Semua salad dan sos tu diorang yang letak. Kita cuma pilih mana yang nak. Nak letak semuapun boleh. Jadilah besar macam tu. Hehe

  • Hairul Azni 10 April 2013 at 10:12 PM

    Tak tahu pasal Subway..nampak macam sedap je makanan yang nama Meatball Marinara tu..atau mungkin masa tulis komen ni perut tengah lapar kot..hehe

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 10:14 PM

      Ada yang lagi sedap ni bro. Ni kira macam tak berapa sedap jugak ni. Hehe..

    • hafizmd 10 April 2013 at 10:55 PM

      hahaha…kalau lapar, apapun nampak sedap..keh3

  • puteri kasih 10 April 2013 at 9:57 PM

    puteri lom pernah cuba lagi makan kat subway ni..

  • papa mifz 10 April 2013 at 9:35 PM

    den tak pernah try makan lagi Subway , tak berminat untuk mencuba…huhu

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 9:49 PM

      Hehe.. Nampaknya ramai yang tak suka makan Subway ni.

      • hafizmd 10 April 2013 at 10:56 PM

        patutlah ambe tgk, tak berapa ramai yg beli kt sini..hehe

  • maszull 10 April 2013 at 9:23 PM

    assalamualaikum hazmin….wah sedapnya tapi jarang makan…;)

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 9:49 PM

      Waalaikumsalam. Hehe.. Jarang orang suka makan Subway ni :)

  • ajumohit 10 April 2013 at 9:12 PM

    tak berapa suka sgt, baru 2 kali makan subway ni hehehe

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 9:48 PM

      Saya pun boleh dibilang je berapa kali makan dekat Subway ni kak.

  • titan 10 April 2013 at 7:42 PM

    gua tetap suka beger ramly. haha..

  • auc 10 April 2013 at 7:03 PM

    tak pernah cuba lagi ni

  • schaze 10 April 2013 at 6:45 PM

    kat ipoh takde subway
    tp pernah makan sekali je waktu kat kl. hikhik
    eh eh bayar cash RM 100 tu :p

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 9:46 PM

      Sedap ke makan Subway? Eh.. RM100 ke? Tak perasan pulak. Haha

  • JR 10 April 2013 at 5:34 PM

    Saya cuma makan sandwich yg cik kak kat rumah tu buat aje…hehehe

  • akubiomed 10 April 2013 at 4:00 PM

    Tak ada pengalaman makan di Subway. Mungkin satu hari akan jejak kaki disana.

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 9:45 PM

      Kalau suka cold sandwiches baru boleh layan Subway ni agaknya kan bro.

  • boni kacak 10 April 2013 at 3:32 PM

    ramai dah up pasal subway ni. nak kena try juga ni..hehehe

    • Hazmin Hamudin 10 April 2013 at 9:45 PM

      Tak tahu pulak aku ramai up pasal Subway ni. Try la bro.