Tamat sudah jelajah Maharaja Lawak yang diadakan di Penang, Kuantan dan Johor Baharu. Sedar tak sedar Maharaja Lawak akan melabuhkan tirainya pada malam ni (24 Jun 2011). Gelanggang Maharaja Lawak Akhir akan berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada pukul 10.00 malam. Bagi pelanggan Astro yang melanggan Pakej Mustika boleh menikmati siaran langsung Maharaja Lawak Akhir secara definasi tinggi melalui Saluran HD (188) bagi mereka yang memiliki dekoder Astro B.Yond dan saluran Astro Warna (132).
Pada malam ini, kita akan menyaksikan Jozan, Kumpulan Sepah, Nabil dan Kumpulan Jambu akan bersaing untuk merebut takhta Maharaja Lawak untuk musim pertama ini. Sudah pastinya Jozan adalah calon utama untuk menjadi juara Maharaja Lawak. Antara hadiah yang di tawarkan kepada pemenang yang dipilih akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 300,000 bagi tempat pertama. Manakala tempat kedua RM 200,000 dan ketigaRM 100,000.
Siapakah yang akan berjaya menjadi juara Maharaja Lawak musim yang pertama ini ? Sama – samalah kita tunggu debarannya malam ini.
MAHARAJA LAWAK AKHIR
Stadium Melawati, Shah Alam Tarikh : 24 Jun 2011 (Jumaat)10.00 – 12.00 malam Astro Warna 132 (HD 188)