• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Happy Birthday / Jalan-Jalan Cari Hadiah | Part 2

Jalan-Jalan Cari Hadiah | Part 2

By Hazmin Hamudin | 27 February 2011 | 3 Comments

Okey… Seperti yang dijanjikan sebelum ni, ni adalah entri Part 2 dan juga yang terakhir untuk entri aku sebelum ni iaitu Jalan-Jalan Cari Hadiah | Part 1. Untuk entri kali ni, adakah aku akan jumpa dengan hadiah yang aku cari ? Jeng.. Jeng.. Jeng… Tapi sebelum tu kena la cerita apa yang jadi lepas aku pergi Mid Valley pulakkan.

Lepas jalan-jalan dan merayau buang masa dekat Mid Valley, ayah aku call kata nak celebrate birthday aku pulak. Takda la buat besar-besar or buat party ke apakan. Just pergi makan-makan saja. Ikutkan aku malas nak pergi makan ni sebab perut masih lagi terasa kenyang akibat ayam dekat Tony Roma’s tu. Hahaha… Memang bawa ke malam kenyang makan 1/2 ayam tu.

Kali ni lokasi yang di tuju adalah ke Restoran D’Tasik dekat dengan Uniten tu. Kalau korang pembaca setia blog aku mesti tahu macam mana suasana dekat restoran ni kan sebab sebelum ni aku ada cerita juga macam mana aku celebrate birthday ibu aku dekat situ. So, takda la banyak aku nak cerita kali ni kan. Sampai-sampai je lauk telah di order oleh parent dan adik aku. Memang agak semput jugak la aku nak makan lagi. Hahaha… Banyak weh lauk yang di order. Kerapu Tiga Rasa, Udang Goreng Butter, Sotong Goreng Tepung, Asparagus… Haa…. Banyakkan ? Memang agak mendera perut aku jugak la semalam. Kesian betul dekat perut aku ni.

Lauk yang agak banyak

Seperti biasa juga la kalau dah makan dekat Restoran D’Tasik ni kan. Kalau takda live band memang tak complete la dekat sini. Kumpulan Sa Nusa ni memang sempoi abis la nyanyi. Korang boleh la mintak je lagu apa yang nak dorang nyanyi tapi ikut jugak la lagu apa yang dorang boleh bawakkan. Aku rekemen suruh dorang ni nyanyi lagu rentak Latin, mesti best. Kalau nak celebrate birthday boleh la suruh dorang ni nyanyikan lagu birthday. Kalau rasa baik hati dan ringan tangan, boleh la bagi sikit sumbangan. Tapi takda paksaan pun.

Sa Nusa

Dari tadi aku dok membebel, takda plak aku cerita pasal hadiah yang aku dapatkan. Hehehe… Ala… Aku tak harap pun untuk dapat hadiah-hadiah ni. Yela… Umur dah semakin meningkat dan terasa seperti diri ni dah tak layak dah hadiah-hadiah ni. Ni la hadiah yang berjaya aku dapat.. Belt beli kat Padini je. Ok la tu kan…

Belt | Padini

Jadi dah terjawab la segala persoalan dekat entri aku Jalan-Jalan Cari Hadiah | Part 1 tadi kan ? Hadiah yang aku cari dah pun jumpa. Memang aku penat sangat semalam dan enjoy sampai tak sempat aku nak update blog. Aku rasa ni la update aku yang paling panjang buat masa ni kan. Siap ada Part 1 dan Part 2. Ha.. Lepas ni memang susah dah nak jumpa yang panjang-panjang macam ni. Sekian…

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • 'KaMu' 17 March 2011 at 2:07 PM

    welcome <3

    Reply
  • Hazmin 27 February 2011 at 11:47 AM

    @fyqa
    hehe..padini ye..:p
    mcm tak boleh nak join je contest tu.
    takda pic yg menarik la.

    Reply
  • fyqa 27 February 2011 at 11:41 AM

    huhu….

    padini la..

    sy tag awk

    http://fyqafullstop.blogspot.com/2011/02/contest-senyum-paling-ceria.html

    ;D

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Jeruk Madu Pak Ali

By Hazmin Hamudin

Hazama Juara Akademi Fantasia 9 – Keputusan Konsert Akhir AF 9

By Hazmin Hamudin

Kes Letupan Bom Di Tumpat Kelantan

By Hazmin Hamudin

G-Shock DW-5030C-1ER 30th Anniversary Resist Black

By Hazmin Hamudin

Adegan Filem Punca Remaja Merokok

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in