• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Tazkirah Jumaat | Adab-Adab Menulis Di Blog

Tazkirah Jumaat | Adab-Adab Menulis Di Blog

By Hazmin Hamudin | 23 November 2012 | 49 Comments

Penulisan Blog

Tazkirah Jumaat | Adab-Adab Menulis Di Blog. Pertama kali rasanya di hari Jumaat aku membuat perkongsian sebegini. Ianya adalah sebuah artikel menarik untuk dikongsikan bersama untuk mereka yang menulis di media sosial terutamanya di blog.

Adab-Adab Menulis di Blog, Laman Forum dan Facebook Menurut Perspektif Islam (3)
Dicatat oleh al-’Abd al-Da’if: pada 28.10.09
4. Menutur Bahasa yang Betul

Pemilihan bahasa menurut tatabahasa yang betul adalah suatu perkara yang harus dipraktiskan agar bahasa tersebut tidak menjadi rosak. Namun, apa yang berlaku di kalangan generasi moden kebanyakannya pada masa kini amat memeningkan ahli-ahli bahasa, maksudnya bahasa Melayu dalam konteks masyarakat kita sekarang ini. Terutama apabila menggunakan bahasa-bahasa yang bercampur dengan bahasa Inggeris, bahasa pasar, bahasa caca-merba, bahasa-kependekan yang dicipta sendiri dan sebagainya sehingga benar-benar menjadi bahasa ‘rojak’. Ini sebenarnya merupakan sejenis isu yang mungkin dianggap kecil atau enteng oleh setengah orang, yang hakikatnya memalukan ahli-ahli bahasa dan bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri apabila kecemerlangan bahasanya dimiliki oleh bangsa lain.

Daripada Anas bin Malik RA, sabda Rasulullah SAW:

‏مَا كَانَ ‏ ‏ الْفُحْشُ ‏ ‏فِي شَيْءٍ إِلَّا ‏ ‏شَانَهُ ‏ ‏وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ
Terjemahan: “Tidaklah ada suatu pertuturan yang buruk pada sesuatu itu melainkan ia akan mengaibkannya, dan tidaklah ada sifat malu pada sesuatu itu melainkan ia akan mengindahkannya”.(Riwayat al-Tirmizi: 1897, katanya: Hadith Hasan Gharib)
Bertutur dengan bahasa yang betul, termasuk mengeja dengan ejaan standard, dapat mencerminkan peribadi seseorang itu. Lihatlah bagaimana cara Rasulullah SAW berbicara sepertimana yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah RA, katanya:

كَانَ كَلَامُ رَسُولِ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏كَلَامًا ‏ ‏ فَصْلًا ‏ ‏ يَفْهَمُهُ كُلُّ مَنْ سَمِعَهُ ‏
Terjemahan: “Percakapan Rasulullah SAW adalah percakapan yang jelas-nyata, yang dapat difahami oleh semua orang yang mendengarnya”. (Riwayat Abu Dawud: 4199)

Sumber

Sebagai seorang blogger, sejauh mana kita yang menulis ini menjaga adab dan etika? Kebelakangan ini terdapat terlalu banyak blog-blog yang tidak begitu baik bahasa mahupun isi kandungannya. Ini juga termasuklah twitter dan facebook. Mungkin bagi sesetengah blog peribadi yang rata-ratanya adalah blogger yang bukan pro, adab dan etika dianggap remeh bagi mereka. Apa yang penting bagi mereka adalah matlamat penulisan tercapai dan sekaligus dapat menarik trafik yang tinggi tanpa memikirkan kesan buruknya kepada masyarakat.

Namun apa yang kita tulis di blog sudah pasti akan dibaca oleh orang lain yang mana akan mempengaruhi pemikiran mereka. Adakah kita mahu bertanggungjawab jika penulisan kita itu membawa keburukan? Apa yang kita tulis pada hari ini sudah pastinya membentuk pemikiran masyarakat pada masa hadapan. Sebagai blogger kita sedikit sebanyak haruslah bertanggungjawab atas apa yang dibaca atau difikirkan oleh pembaca blog kita.

Gaya penulisan dan ejaan yang betul juga bagi aku sangat penting supaya bahasa tersebut mudah difahami dan tidak rosak. Pastinya kalau blog berniche peribadi gaya bahasa dan ejaan yang betul tidak dititik beratkan dan penggunaan bahasa adalah lebih santai. Meraka ini lebih gemar menggunakan ejaan ringkas yang biasa digunakan semasa SMS. Bagi aku blogger juga perlulah menggunakan tatabahasa yang betul disamping dapat mendidik pembaca dengan memertabatkan bahasa Malaysia itu sendiri.

Jika aku sendiri ada menulis dengan menggunakan bahasa kesat ataupun tidak betul, tegurilah aku.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • sabree hussin 27 November 2012 at 11:05 PM

    Ha’a la.. saya campur2 dua bahasa dalam blog 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 November 2012 at 8:09 AM

      Hehe.. Kalau menggunakan tatabahasa yang betul kira ok lagi tu bro.

      Reply
  • Jebeng Otai™ 26 November 2012 at 11:02 PM

    blogging pon perlu adabnya, selain perkataan yang digunakan..byk perkara harus dipertimbangkan sbgai contoh kesahihan, persepsi yg ingin dibina dan mcm2 ag..

    mmg berat tanggungjawab seorg blogger..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 November 2012 at 1:12 PM

      Itulah.. Senang-senang je dapat dosa ni dengan berblogging ni. Sayapun sedaya upaya elak cerita yang tak betul ni.

      Reply
  • hnahdy 26 November 2012 at 10:08 PM

    bagus2

    Reply
  • padin 26 November 2012 at 1:38 PM

    hehee aku pun tak faham kenapa kadang2 ada gaya bahasa yang tak pernah di ajar dalam sekolah pun…

    entah belajar di planet mana? keh3

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 November 2012 at 2:40 PM

      Tu la kita sebagai blogger kena guna bahasa yang betul. Kena didik sikit alien-alien yang sesat ni.

      Reply
  • papa mifz 25 November 2012 at 9:53 PM

    Teguran yg bermanfaat, insyallah PM akan perbaiki mutu penulisan blog 😉

    Reply
  • ohcikgu 25 November 2012 at 5:53 PM

    betul tu. kena pandai beradab. bukan masa kahwin aje..hehe

    Reply
  • kesumaangsana 25 November 2012 at 1:30 PM

    tq share this!

    Reply
  • cik tom 25 November 2012 at 4:30 AM

    kadang2 cik tom pun suka guna ringkas..perkataan tak betul..kena banyak perbaiki gaya penulisan di blog..thanks ye

    Reply
  • donnyien 24 November 2012 at 5:51 PM

    walaupun sudah biasa bertutur dalam bahasa ibunda namun saya sentiasa perbaiki penulisan bahasa malayu.

    Rasanya sudah tiba masanya kita memperbaiki tulisan yang betul, kita tengok semakin ramai blogger yang menggunakan ayat yang tidak teratur dan sleng yang pelik-pelik, kadang-kadang ada juga ayat yang tidak sopan dan boleh menyakiti pembaca. Serius ini berlaku sekarang.

    Mungkin bagi mereka, itu hak mereka, itu blog mereka, mereka boleh tulis sesuka hati namun adakah mereka sedar kesan daripada penulisan yang tidak betul?

    marilah kita menulis dengan cara yang betul dan bersopan santun. Biarlah kita memberikan teguran secara halus, bukannya dengan ayat-ayat yang kasar dan tidak sopan.

    Terima kasih di atas perkongsian ini, semoga ianya bermanfaat kepada semua.

    Reply
  • syaifuddin alias 24 November 2012 at 3:40 PM

    kalau buat gosip jugak tak tahu laa..sebenarnya, hari2 kita kena elakkan ..betul tak bro ?

    Reply
  • dzuandiey 24 November 2012 at 10:22 AM

    yang paling penting, tiada unsur gosip dan fitnah…bahaya tu.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:28 PM

      Sebab tu saya cuba elok buat entri hiburan gossip ni.

      Reply
  • shraqs 24 November 2012 at 2:13 AM

    Rasanya ramai yang ambik mudah sebab diorang fikir dengan meluahkan ide dan pandangan di blog takkan memberikan apa2 kesan & tidak perlu untuk bertanggungjawab dengan apa yang diorang buat sebab tidak dikenali oleh orang lain.

    Utk renungan :

    “seseorang penulis perlu mempunyai kesungguhan dan memahami semua aspek termasuk langgam bahasa untuk menghasilkan karya kreatif yang imaginatif.”

    “Seseorang penulis juga perlu mempunyai tahap penguasaan bahasa (bahasa Melayu) dengan baik, disamping keupayaan menggunakan pengalaman untuk diterapkan menjadi sebuah karya yang baik.”

    “Pengalaman dan pengetahuan kita memberi daya fikir yang boleh diwujudkan secara kreatif. Pengalaman bertolak dari realiti. Pengetahuan pula diperolehi daripada pembelajaran kita seumur hidup.”

    Dipetik dari : Sasterawan Negara, Dr. S. Othman Kelantan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:27 PM

      Suatu perkongsian yang menarik bro.. Terima kasih.. Ilmu tu jugak penting untuk kita jadi penulis ni kan.

      Reply
  • titan 24 November 2012 at 1:46 AM

    wahh..banyak gua kena perbaiki nih..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:26 PM

      Haha.. Saling tegur menegur mana yang silap bro.

      Reply
  • ajumohit 23 November 2012 at 7:02 PM

    setuju sangat apa yg ditulis akan dibaca oleh public, saya pon menulis sambil menjaga tatabahasa, juga berkongsi supaya memanfaatkan semua

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:24 PM

      Bagus la macam tu.. Selagi boleh bahasa dan penulisan tu kena jaga untuk tatapan umumkan.

      Reply
  • boni kacak 23 November 2012 at 6:54 PM

    adeh..den pulak sedaya upaya meminimumkan bahasa rojak.. dan kadang kala mencampurkan bahasa inggeris utk menjadikan ia sesuatu yang kelakar.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:24 PM

      Hehe.. dah jadi rojak jugak tu bro… Tapi sekali sekali takpa lagi kan.

      Reply
  • hairulafiz 23 November 2012 at 4:13 PM

    samalah kita berteguran

    Reply
  • schaze 23 November 2012 at 4:06 PM

    sama jugalah, kalau ada tersilap tegurlah saya juga
    🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:23 PM

      InshaAllah.. Sama-sama la kita ye.

      Reply
  • ema 23 November 2012 at 3:49 PM

    teguri akak sekali yer

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:22 PM

      InshaAllah kak.. Sama-sama tegur menegur.

      Reply
  • Norizwan 23 November 2012 at 2:51 PM

    saya akan cuba belajar supaya tidak menulis dengan ringkas dan memperbaiki lagi bahasa di blog…terima kasih bro…info yang sangat bermanfaat…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 2:22 PM

      Itu cuma pandangan saya sahaja.. Rasanya dekat blog elok la kita menggunakan bahasa yang betulkan.

      Reply
  • fiezaradzi 23 November 2012 at 2:40 PM

    menulis perkara2 yang beri manfaat kepada kawan2.. seronok kalau dapat buat macam tu.. moga blog memberi kita manfaat sebenar

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 1:54 PM

      Betul tu.. Kalau kita dapat bagi perkara yang bermanfaat kepada pembaca memang seronok

      Reply
  • Mummy Akmar 23 November 2012 at 2:31 PM

    Panjangnya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 1:53 PM

      Apa yang panjang mummy?

      Reply
  • Kakzakie Purvit 23 November 2012 at 12:41 PM

    Kakak cuba mengikuti cara yang baik dan termampu di celah-celah jutaan blogger yg ada.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 1:52 PM

      Sama la kita kak.. 🙂

      Reply
  • yui 23 November 2012 at 12:01 PM

    yui minta maaf juga andai ada gaya bahasa di blog yg boleh buat org terasa.. =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2012 at 1:52 PM

      Sama-sama tegur menegurkan 🙂

      Reply
  • daddyziyyad 23 November 2012 at 11:44 AM

    bagus ni..blogger muslim perlu ambil perhatian dan amalkan apa yg tertulis dlm tazkirah ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 November 2012 at 12:00 PM

      Harap perkongsian ni berguna untuk semua.

      Reply
  • Eizil 23 November 2012 at 11:28 AM

    Sentiasa cuba menulis dengan bahasa yang baik, walaupun kadangkala ada kesilapan penulisan dan sebagainya, tetapi memang jarang nak gunakan bahasa ringkas atau rojak dalam penuiisan di blog.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 November 2012 at 11:59 AM

      Saya pun dari awal cuba mengelak menggunakan bahasa rigkas walaupun orang mengatakan blog saya ni blog skema. Tapi saya tak kisah semua tu asalkan diri sendiri puas.

      Reply
  • hatiputera 23 November 2012 at 11:24 AM

    Penulisan kita tanggungjawab kita.

    Reply
  • hafidz 23 November 2012 at 11:20 AM

    bersama lah kita saling tegur-menegur 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 November 2012 at 11:24 AM

      Kadang-kadang kita tak nampak silap kita. Bila orang tegur baru perasankan bro. 🙂

      Reply
  • puanbee 23 November 2012 at 11:19 AM

    Akak cuba untuk tidak gunakan bahasa ringkas .. hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 November 2012 at 11:23 AM

      Saya pun. Tapi kadang-kadang terbabas jugak sikit-sikitkan. Memang tak boleh nak elok. Hehe

      Reply
  • akubiomed 23 November 2012 at 9:59 AM

    Sentiasa cuba membaiki dan pengisian blog bimbang menjadi saksi di akhirat nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 23 November 2012 at 10:46 AM

      Betul tu bro. Saya pun harap benda yang sama juga.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Bloglist Jom Bernakal

By Hazmin Hamudin

Semakan Keputusan Matrikulasi 2012 Secara Online Dan SMS

By Hazmin Hamudin

Google Malaysia Kena Hacked

By Hazmin Hamudin

Kumpulan Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Constantin Brancusi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in