Hari Wilayah
Hari Wilayah disambut di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia.
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.
P/s : Selamat bercuti bagi mereka yang menyambut Hari Wilayah iaitu mereka yang berada di Kuala Lumpur, Labuan dan juga Putrajaya. Untung aku kerja kat Kuala Lumpur sebab dapat cuti. Lepas tu sambung pulak cuti Tahun Baru Cina. Memang meriah la cuti bulan Februari ni.
@Maya
yeke…? ni gara-gara Tahun Baru China dekat dengan hari Wilayah kan..untung la kebanyakkan negeri 🙂
hary wilayah thn ni kebanyakan negeri cuti~! haha.. cm cuty umum je..~