Masuk bulan Mei 2013 maka genaplah setahun aku menggunakan perkhidmatan hosting daripada serverfreak ni. Setelah berfikir sehabisnya, akhirnya aku mengambil keputusan untuk renew hosting serverfreak ni. Alhamdulillah sepanjang aku menggunakan hosting serverfreak ni tiada lagi apa-apa masalah yang timbul.
Kiranya tidak rugilah aku mengambil keputusan untuk berpindah daripada NetKL ke serverfreak ni. Rasanya semua blogger sudah sedia maklum bahawa serverfreak adalah salah satu penyelia hosting terbaik yang mendapat pandangan positif yang banyak dari para pelanggan. Rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka dan customer support yang tidak pernah mendukacitakan pelanggan.
Cuma yang mendatangkan masalah kepada semua blogger untuk berpindah ke serverfreak adalah disebabkan oleh harganya yang boleh dianggap mahal. Oleh sebab itu ramai blogger yang mencari alternatif lain dengan harga yang lebih murah. Kalau difikirkan balik kalau harga murah, tapi servis terukpun tak guna jugakkan. Kalau blogger yang pandai generate income dengan blog, harga ni bukan masalah rasanya.
Serverfreak dah hantar invoice dekat aku bulan lepas melalui email untuk aku buat bayaran renew pakej hosting yang aku langgan sebelum tamat tempoh. Kalau dah tamat alamatnya tak boleh bukak blog la kan. Pakej Web Hosting Serverfreak yang aku langgan adalah pakej Dulexe dengan bayaran RM180 setahun (percuma 1 domain). Memang banyak jugak nak bayar sebab aku belum lagi pernah buat duit dengan blog ni.
Aku ada terbaca dekat blog rakan yang ada menggunakan promo code semasa hendak membeli hosting serverfreak mendapat diskaun 20% secara berulang setiap tahun. Bermakna setiap tahun mereka akan mendapat diskaun sebanyak 20% tersebut. Kalau RM180 aku hanya perlu membayar RM144 sahaja setiap tahun dengan promo code tersebut. Mula-mula aku hantar tiket kepada pihak hosting bertanyakan bagaimana hendak menggunakan promo code tersebut. Tapi malangnya promo code hanya boleh digunakan untuk pembelian pertama kali sahaja dan bukan untuk pelanggan yang renew macam aku.
Aku rasa macam tidak adil pulak sebab pelanggan yang hendak renew tidak mendapat apa-apa kelebihan berbanding pelanggan yang baru hendak mendaftar. Jadi aku terus membalas email tersebut sambil meluahkan ketidakpuasan hati aku dekat pihak hosting. Pelanggan setia yang hendak renew tiada mendapat apa-apa diskaun. Hehe. Pihak hosting membalas dengan memberikan diskaun sebanyak 10% kepada aku. Aku balas lagi dan akhirnya mereka memberikan diskaun sebanyak 20% dengan bayaran renew RM144 dan menghantar invoice baru kepada aku.
Cuma cara email tersebut dibalas tidak menunjukkan sikap ramah dan layanan yang baik seperti yang mereka berikan sebelum ini. Mungkin mereka tidak berpuas hati sebab aku mintak diskaun tu. Lantak la asalkan aku dapat diskaun 20% daripada harga asal yang aku rasa akupun patut dapat jugak. Hehe.
Segala urusan pembayaran untuk renew hosting telah aku buat tanpa sebarang masalah pagi tadi. Alhamdulillah, blog aku akan terus bernyawa untuk tempoh setahun lagi. Dah boleh la nak merapu balik dekat blog ni. Semoga pihak serverfreak akan terus memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan mereka.
Serverfreak ni best kan..selamat hari ulangtahun untuk hosting bro..haha
Memang best serverfreak ni. Yang tak best part harga je.
mungkin pihak hosting boleh fikirkan benda ini pada masa akan dtg
hak pengguna bro..hehehe
hehehe..boleh tawar menawar tu..hehe..betul gak bro..yang penting diskaun tu..sebab servis elok tu diorang letak harga mahal
Memang tak dinafikan servis elok. Tapi untuk pengguna lama tiada apa-apa diskaun memang tidak adil. hehe
pembekal hosting yang mantap sgt perlu bg blogger
ada beberapa blogger alami masalah hsoting skrg ni
pihak pembekal x dapat dihubungi… masak tu… 🙂
Macam kenal je siapa. Kalau pihak hosting tidak dapat dihubungi memang masalah parah tu.
baru 4 bulan dgn SF ni, dapat harga 20% promote RM144 dulu dgn free domian. berbaloi 🙂
Untung la bro dapat guna promo code tu. Macam saya tak dapat. Kena mintak diskaun pulak. Nasib dapat.
hoho..artikel ko ni boleh digunakan untuk mana-mana blogger yang nak dapatkan harga renew tu.. masa ni..serverfreak dah takde pilihan lain..terpaksa gak bagi harga RM144 tu pada mereka yang dulunya tak guna kupon renew 20% tu masa awal-awal join dulu..
Haha… Boleh cuba bagi siapa nak cuba.
Serverfreak memang terbaik, kozumi pernah menggunakannya..
Sekarang koz dah tukar hosting lain ke?
wah terbaik punya menawar ni bro, mereka ni more to services sepatutnya customer service mestilah bagus nak pastikan kesetiaan pelanggan
Itulah, ramai yang dok puji patut servis tu dijaga la kan kak.
aku still gunakan Netkl ..tak pernah tahu pon pasal serverfreak ni..huhuh
Dulu mula-mula pakai netkl, tp lepas netkl buat peraturan yang mengarut dengan hosting diorang terus tukar.
bagus tindakan bro minta diskaun, tapi kalau cara mereka balas dah menunjukkan sikap tidak profesional itu nampaknya perlu mereka perbaiki lagi sikap mereka kepada pelanggan.
kita minta cara baik, kalau nak bagi boleh bagi, kalau tak nak bagi boleh beri alasan yang menyenangkan hati barulah happy.
aku pula sejak serverfreak popular aku terpaksa keluar dari hosting mereka kerana merasakan blog semakin slow dan terasa berat untuk diakses.
Betul tu bro.. Kalau tak boleh cakap elok-elok. Sayapun takda nak panjang-panjangkan lagi. Tapi kira tak adil la diorang buat promo code utk yang baru dan diskaun tu pulak setiap tahun.
Sekarang pakai hosting apa bro?
sekarang pakai datakl.com pula.
hati tenang blog jalan dgn lancar dan tak berat sangat..
Dengar datakl antara yang terbaik jgk. Nanti kalau serverfreak buat masalah boleh jugak try.
data kl tiptop hehe
Saya pakai blogspot saja. Maklumlah blog saya cuma utk syok2 sendiri aje….
Hehe.. Mana-mana pun ok je bro JR. hehe. Dulu saja nak timba pengalaman dengan wordpress ni..
mahal oi 180…. jom guna blogger!
Tak patah balik ke blogger memang payah la oi. Haha
apa yg payah..nak seribu daya. ahahahha. blogger server hosting dari google. mmg xyah risau dah uptime. 100% uptime.
serverfreak ni memang agak bagus juga… saya jarang mengalami masalah untuk blog rear-wheel.com
Memang komen dan review daripada semua blogger sangat bagus. harap mereka terus kekalkan macam ni.
jika puas hati pakai baik kekalkan shja admin.jgn pusing2 nak tukar hosting lain pula hee.tgokc am saya dah mula pening2..selmat ber renew 🙂
Hehe.. Suri kenapa pening pulak dengan hosting. Setakat ni pakai serverfreak memang takda masalah lagi. harap akan datang pun sama la.
blogger dan hosting mmg tak boleh di pisahkan
ooo boleh ek mintak diskaun…
Cuba jaya tu je bro. Tak sangka pulak dapat. Tapi sepatutnya tak adil la kita bayar mahal, orang lain murah untuk pakej yang sama.
wahh sumpah teringin nak guan wordpress. dengar banyak peluang lebih bagus baik dari segi SEO, affiliate, advertising. bulan 5 atau 6 kot nanti baru pindah wordpress.
Kalau nak lebih professional dan lebih serius dengan blog, elok tukar ke wordpress la. Hehe.. Apa tunggu lagi.
entah bila la saya nak guna domain sendiri…setakat ni,pakai ajalah blogspot dulu..ekekekekeke
Ala.. Ikut mana yang selesa je doc. Hehe..Dua-dua pun ok sebenarnya.
hihi,lg mcm2 nak merapu kan =)
Merapu tu wajib.. Hehe..
Sonok lak akak bc entry ko ni…sbb akak buta it ni…akak kan dik tingin nak pakai domain sendiri ….bagus org muda celik it nih….
Hehe.. Ala.. Senang je kak.. Akak pakai la domain sendiri. Kalau domain je murah lagi…
Sudah pun dapa notis pembaharuan pakej hosting. Tunggu masa sahaja hendak membuat pembayaran. 🙂
Hehe.. Siap la untuk keluarkan duit bro.. Time nak renew ni memang berat sikit la. Hehe
haha minta diskaun sampai lebam la bro.. =)
Haha.. Wajib mintak. Orang lain dapat promo code tiap tahun, tapi aku tak dapat. Mana boleh. Kih3