• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Automotif / Permit Memandu Antarabangsa

Permit Memandu Antarabangsa

By Hazmin Hamudin | 16 January 2013 | 57 Comments

Surat Kebenaran Membawa Kereta Antarabangsa (1)

Permit Memandu Antarabangsa. Kalau pergi ke negara orang ni ingatkan boleh memandu kereta macam tu je. Rupa-rupanya kena mohon International Driving Permit atau Permiat Memandu Antarabangsa (PMA) ni. Pemegang-pemegang lesen memandu Malaysia yang ingin memandu di negara asing adalah dinasihatkan untuk mengambil PMA ni supaya tidak timbul sebarang masalah kelak.

Pagi tadi aku ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan UTC Kuala Lumpur untuk memohon PMA ni. Melayang jugaklah duit aku RM150. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa juga boleh dipohon di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Dokumen yang diperlukan untuk memohon PMA ini adalah:

  1. Borang JPJ L1
  2. Lesen memandu domestik asal dan juga salinan (masih sah tempohnya untuk 1 tahun)
  3. Kad Pengenalan asal dan juga salinan
  4. Pasport asal dan salinan (bagi bukan warganegara)
  5. 2 keping gambar warna ukuran pasport
  6. Bayaran RM150

Surat Kebenaran Membawa Kereta Antarabangsa (2)

 

Apa yang korang patut tahu tentang PMA ni:

  • PMA hanya sah untuk tempoh 1 tahun sahaja.
  • Lesen boleh diperbaharui di Malaysia sahaja. Tetapi, boleh diwakilkan kepada orang lain, dengan dokumen lengkap di atas.

Aku dapat rasakan memang terdapat kekurangan dekat PMA ni. Kalau pergi melancong dalam jangka masa yang singkat, memang rugi sebab terpaksa memohon untuk tempoh setahun dan bayarannya bukan murah. Kalau yang tinggal untuk tempoh yang lama di luar negara pun akan timbul masalah sebab terpaksa perbaharui PMA ni setiap tahun di Malaysia sahaja. Kalau PMA ni boleh di pohon atau diperbaharui untuk tempoh masa tertentu memang memudahkan.

Lepas ni aku dah bolehlah aku ‘merempit’ dekat negara orang pulak. Haha.. Macam manalah rasanya memandu dekat negara orang ni kan terutamanya negara Eropah tu. Kalau setakat Singapura atau Thailand, apa ada hal. Dekat sangat dengan Malaysia kan. Risaupun ada jugak ni nak memandu dekat tempat yang kita tidak biasa dengan budaya sudah pastinya berbeza. Sudah pastinya pengalaman yang baru akan aku rasai nanti.

Sumber: JPJ

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Wawa 13 October 2016 at 7:59 AM

    Assalam… nk tanya la..
    Mohon lesen IDP ni, boleh terus dapat hari yg sama ke? Atau kena tunggu berhari-hari?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 October 2016 at 7:04 PM

      Waalaikumsalam. Saya buat dulu terus dapat on the spot. Proses pun sekejap je.

      Reply
  • shafiq 10 November 2014 at 11:13 AM

    Salam bro.nak tanya,saya di jepun nak suruh adik wakilkan buat lesen…boleh ke?masa buattu dieambiltak lesen domestikyang kita ada skrang? TQ. boleh bls di emel

    Reply
  • Hairul Hissam 21 January 2013 at 6:35 PM

    Baru saya tahu pasal permit ini… Mudah juga hanya bayar duit dan bawa dokumen sahaja.

    Pada saya elok dibuat kelas dua tiga jam utk terangkan cara memandu dan budaya di negara asing..

    pssst: mmg buat duit la jpj….

    Reply
  • Nora Karim 19 January 2013 at 3:41 PM

    wah, lepas ni boleh digelar mat rempit antarabangsa lah ye… hehehe moga selamat pergi dan selamat balik ke malaysia ya… buat apa kat Ireland?

    Reply
  • schaze zainn 19 January 2013 at 11:53 AM

    itewww takde nak pi obersea lg ni :p

    Reply
  • hafizrahim 19 January 2013 at 11:12 AM

    aku pun pernah ada lesen antarabangsa..tapi dah lama expired..pengalaman drive kat UAE, stereng sebelah kiri n terlanggar bumper teksi sana memang mencuakkan..tapi best..hehe

    Reply
  • Hairul Azni 19 January 2013 at 8:50 AM

    Semoga selamat pergi dan selamat pulang..

    Reply
  • daddydee 19 January 2013 at 2:40 AM

    PMA – kalau dalam safety jadi Permit Mesin Angkat.

    Buat masa sekarang saya masih belum ada pengalaman dalam semua itu. Driving kat Malaysia dengan Thailand je skang ni.

    Reply
  • syaifuddin alias 17 January 2013 at 9:14 PM

    sangat hebat bro .. tahniah 🙂

    Reply
  • Denaihati 17 January 2013 at 3:59 PM

    memang seronok dan pengalaman baru bila memandu dinegara orang. sikit2 mesti bbeza dgn negara kita

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:41 PM

      Tuan Denaihati mesti ada pengalaman memandu di negara orangkan ataupun melihat keadaan lalu lintas di tempat orang.

      Reply
  • azmanisma 17 January 2013 at 12:41 PM

    Memang akan kekok sebab streng belah kiri 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:17 PM

      Rasanya Ireland steering belah kanan lagi.. Harap macam tu la.

      Reply
  • remyhazza 17 January 2013 at 12:31 PM

    nak kemana tu… siap ambil permit memandu antarabangsa…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:16 PM

      Nak ke Ireland… 🙂

      Reply
      • papa mifz 18 January 2013 at 5:43 PM

        pergi Ireland…wah bestnya…

        Reply
  • fiezaradzi 17 January 2013 at 11:14 AM

    nak pergi mana ambil PMA ni? mesti mula2 kekok nak memandu kt negara yg lain undang2 memandu kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 2:16 PM

      Itulah.. Bab undang-undang tu yang merisaukan. Ditambah pulak dengan budaya negara orangkan.

      Reply
  • titan 17 January 2013 at 4:30 AM

    oooo..tujuannya nak merempit ye..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:28 AM

      Haha.. Itu sudah pasti.. Barulah rempit ke tahap antarabangsa.

      Reply
  • effort lab 16 January 2013 at 11:40 PM

    Boleh drive kereta dengan motor tak bila ada lesen ni? pakai kat malaysia pun ok jugak. kena tahan dgn jpj, segera keluarkan lesen ni haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:27 AM

      Haha.. Betul jugak tu. Saje test tunjuk PMA ni dekat JPJ kan.

      Reply
  • akubiomed 16 January 2013 at 11:22 PM

    Ada perancangan hendak ke luar negara?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:27 AM

      Sabtu ni nak bercuti ke luar negara bro.. 🙂

      Reply
  • TehR 16 January 2013 at 11:14 PM

    nak gi mana ni, bro?
    hati memandu di lorog kanan tu
    maklum saja kita biasa kat sebelah kiri di malaysia ni
    hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:26 AM

      Hendak ke Ireland, Belfast dan Manchester rasanya.. Terima kasih bro 🙂

      Reply
  • Nadot 16 January 2013 at 11:07 PM

    Tak silap kalau di UK, tahun pertama boleh guna lesen sendiri. Tapi dah masuk tahun kedua, memang kena ambik lesen di sana. Tak silap la.. kalau silap, ampuuunn..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:25 AM

      saya pun tak tau Nadot pasal benda ni. Baik apply je siap-siap sebelum ada masalah dekat sana nanti. Lagi payah dekat tempat orang ni. Hehe

      Reply
  • Arrazi 16 January 2013 at 10:14 PM

    Ada je sesetengah negara yang tak ambik kisah langsung bab ini. Contoh di negara saya belajar ini, Negara Maghribi, dia tak minta pun benda-benda ni. Malah lesen memandu pun boleh ditipu lagi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:24 AM

      Sampai lesen memandupun boleh ditipu, memang parah dah tu. Pasti ramai yang ambil kesempatankan dengan keadaan macam tu.

      Reply
  • nazray 16 January 2013 at 9:28 PM

    owh ingat dulu masa kelas memandu, kita boleh terus pakai je lesen malaysia ni kat mana2, rupa2 kene apply, thanks for info

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:23 AM

      Kalau tak apply takut diorang tak faham pulak lesen kita ni. Tapi ada jugak negara yang tak payah apply pun benda ni.

      Reply
  • Leeza dayasari 16 January 2013 at 8:19 PM

    ohh benda ni pernah tgk mak cik saya ada. haaaaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:22 AM

      Hehe.. Makcik duduk luar negara ke?

      Reply
  • wir amir 16 January 2013 at 6:39 PM

    assalamualaikum…begitu ye….ermmmm

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:22 AM

      Waalaikumsalam. Macam tu la ceritanya. Hehe

      Reply
  • boni kacak 16 January 2013 at 6:33 PM

    betul juga tu.den tiba2 terfikir.. dah lah tempat duduk dorang pun lain, lane dorang pun terbalik daripada kita

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:21 AM

      Nasib tempat yang aku nak pegi ni lane dgn driver seat sama macam dekat Malaysia. Hehe

      Reply
  • Joe 16 January 2013 at 5:11 PM

    Ktak tau pulak kena ade permit.. Huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:18 AM

      Ramai lagi yang tak tahu rasanya pasal permit memandu antarabangsa ni.

      Reply
  • hafizmd 16 January 2013 at 4:47 PM

    Baru ambe tau pasal ni…ingat boleh main redah jer…hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:20 AM

      Jangan main redah, takut jugak kalau kena tahan dekat negara orang tu. Hehe

      Reply
  • daddyziyyad 16 January 2013 at 3:23 PM

    Tgk negara juga…Saya selalu driving di Australia..Utk Australia & new Zealand, mereka tak perlukan kita ambil permit ni, cuma tunjuk sahaja lesen kita

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 January 2013 at 3:59 PM

      Memang ada jugakkan negara yang tak payah tunjuk permit. Tapi nak selamat elok ambik je permit ni kan doc. Hehe.. Biasalah first time. 🙂

      Reply
  • anif 16 January 2013 at 2:48 PM

    Tak berani nak memandu diluar negara.. Lebih-lebih lagi kalau pemanduan sebelah kiri.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 January 2013 at 3:58 PM

      Negara yang saya nak pegi ni pemanduan sebelah kanan. Tapi ada juga perasaan tak confident tu. Hehe

      Reply
    • hafizmd 16 January 2013 at 4:48 PM

      hehee…berjalan kakipun mase nak lintas jalan masih lagi tersalah tgk arah…hampir kena langgar ngn basikal yg laju2 kat china..hohohho

      Reply
      • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:19 AM

        Bahaya jugak tu jalan kaki pun sampai boleh nak kena langgar dengan basikal. Hehe

        Reply
  • hairulafiz 16 January 2013 at 2:22 PM

    mohon PMA ni bro nak gi drive kat mana?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 January 2013 at 2:32 PM

      Ingin bercuti ke Ireland dan juga ke UK bro.

      Reply
      • SamDaddyCool 16 January 2013 at 2:40 PM

        Kalau UK, takde masalah. Driving sebalah kanan, sama macam kita kat Malaysia.. Kalau european tu memang ngeri juga, pasal semua jadi terbalik, driver duduk belah kiri … wah, mesti syok pergi holiday. Berapa hari?

        Reply
        • Hazmin Hamudin 16 January 2013 at 3:56 PM

          Dalam 11 hari macam tu bro.

          Reply
          • hafizmd 16 January 2013 at 4:48 PM

            fuh…terbaik…lehla nanti kongsi2 gambar2 menarik kat sana… =)

            Reply
            • Hazmin Hamudin 17 January 2013 at 7:20 AM

              InshaAllah.. Pasti ada gambar yang menarik nanti. Hehe

              Reply
      • Abdur 17 January 2013 at 8:25 AM

        Pasti seronok boleh pandu kereta di negeri orang,yang perlu di ingat:

        1.Peraturan memandu sedikit berbeda
        2.Letak kendali kereta,kalau di Malaysia berada di sebelah kanan kalau di negeri luaran sana banyak berada di sebelah kiri.

        Reply
      • hairulafiz 18 January 2013 at 12:27 PM

        jauh berjalan tu dengan famili ke…selamat memandu nanti…

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Trofi Kemenangan Yuna Dengan Lagu Penakut Di AIM 18 Di Tarik Balik

By Hazmin Hamudin

Makan Bola, Tido Bola | Stadium Shah Alam

By Hazmin Hamudin

Bufet Ramadan Lauk Babi : KDN Beri Tempoh Seminggu Kepada The Star

By Hazmin Hamudin

BR1M 2.0 Untuk Orang Bujang Yang Mendukacitakan

By Hazmin Hamudin

Hari Bersejarah Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in