Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434H kepada semua pengunjung blog ini, khasnya kepada mereka yang beragama Islam. InshaAllah esok pada hari Khamis bersamaan 15 November 2012 kita akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam. Bulan berganti, tahun bertukar begitu cepat sekali tahun 1433H akan meninggalkan kita.
Teman Sambutan Maal Hijrah 1434H/2012M
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2012M akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada esok hari. Tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah βWasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummahβ. Kalau yang tinggal berhampiran tu bolehlah juga datang untuk memeriahkan majlis. Tahun ni aku pun tidakΒ terkecuali akan turut serta. Yela, dah Dapat Baju Melayu Percuma kena la pergikan. Hehe.
Kebiasaan bila tiba kemunculan tahun baru dalam kalender Islam, kita akan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun. Doa Akhir Tahun di baca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Manakala doa Awal Tahun pula di baca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram.
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Sama-sama lah kita bermuhasabah diri dan tingkatkan iman dimasa akan datang agar apa yang kita buat diredhai Allah S.W.T. InshaAllah. Semoga hijrah kita ke arah kebaikan sentiasa mendapat keberkatan.
salam maal hijrah!
Salam Maal Hijrah. π
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H juga dari saya ..
Terima kasih bro Donny
Salam maal hijrah bro.
Makin byk umur, makin dekat dengan mati. Eloklah kita ambil masa untuk renungan diri sendiri.
Terima kasih bro Affan.. Betul tu apa yang bro ckap… Salam Maal Hijrah untuk bro jgk.
salam maal hijrah bro
Salam maal hijrah untuk bro jgk.
ye lah elok org lelaki pg majlis2 mcm tu π salam maal hijrah ..
Salam Maal Hijrah untuk akak sekeluarga jugak π
salam maal hijrah bro.. π
Salam Maal Hijrah untuk bro jugak.
Salam tahun baru 1434H buat semua blogger yg mengenali saya. Semoga keimanan kita bertambah sejajar dgn pertambahan usia…
Selamat tahun baru 1434H untuk bro sekeluarga…
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H juga dari saya…
hoho..semoga tahun ini lebih bermakna!
Harapnya macam tu la cikgu
salam maal hijrah jg..=)
Terima kasih Cik Yaya.. π
salam maal hijrah
Salam Maal Hijrah…. π
salam maal hijrah π
Salam Maal Hijrah jugak π
Salam Maal Hijrah bro π
Salam Maal Hijrah untuk bro Boni juga.
Salam Maal Hijrah
Moga kita akan terus berhijrah ke arah lebih baik.. amin
Amin.. Salam Maal Hijrah untuk bro Sop sekeluarga.
Hijrah yg terbaik ingin dicari tak kira waktu. Tapi bersama kita cari peluang sementara tahun baru yg akan menjelma beberapa jam lagi.
Salam maal hijrah dari kakak.
Salam Maal Hijrah juga kak.. π
Salam maal hijrah π
Semoga hari mendatang lebih baik dari semalam π
Salam Maal Hijrah.. π
Salam Maal Hijrah buat Hazmin & Family
Salam Maal Hijrah untuk mummy sekeluarga juga.
sama2lah kita ye. Gd sharing ni
salam maal hijrah kepada bro .. semoga hari-hari yang bakal ditempuh akan membawakan sesuatu kejayaan kepada diri, keluarga dan juga iman kita π
Salam Maal Hijrah untuk bro jugak π
Bergaya dengan Baju Melayu Baru ya nampaknya.
Salam Maal Hijrah 1434.
Moga dirahmati dan dimurahkan rezeki, amin.
Hehe.. Baju melayu free je.. Salam maal hijrah bro.
Salam Maal Hijrah
Salam maal hijrah kak..
mekaceh sharing doa2 tu ;))
selamat dtg amalan baru..
semoga lebih jadi baik dan terbaik Amin..
Sama2 Jna.. π
Tahun baru, azam baru ehhh….
Hehe… Azam sentiasa bertukar, tapi belum tentu tertunaikan bro.