• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Luahan Rasa / Aku Dan LRT

Aku Dan LRT

By Hazmin Hamudin | 8 March 2011 | Leave a Comment

Kalau dah kerja jauh terutamanya di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, memang pengangkutan awamlah pilihan utama aku untuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Jemu… ? Ya.. Adakalanya aku jemu mengadap semua tu… Penat, letih, dan bermacam ragam yang terpaksa aku hadapi setiap hari.

Kalau dah naik LRT, aku terpaksa la keluar rumah seawal pukul 6:20 pagi untuk mengelakkan kesesakan sekaligus lewat sampai ke pejabat. Mengantok… ? Ya… Memang aku mengantuk dengan rutin harianku bermula seawal pukul 5:45 pagi. LRT aku ibaratkan seperti rumah keduaku kerana di sini lah aku akan tidur untuk menghilangkan mengantuk dan memberikan kesegaran untuk aku menjalankan tugas dan tanggungjawab aku seharian. Tidak terkecuali pelajar-pelajar sekolah aku lihat memejamkan mata buat seketika.

Kalau dah naik LRT, pelbagai ragam manusia yang telah aku lihat dan temui. Daripada pelajar sekolah rendah yang ingin ke sekolah untuk menuntut ilmu, hinggalah orang tua yang adakalanya sayu dan redup pandangan mereka yang tidak diketahui destinasi dan tujuannya. Seperti aku, mereka juga begitu setia menggunakan LRT untuk ke destinasi mereka.

Ya… LRT dan aku memang tidak dapat dipisahkan dalam aku mejalankan rutin sehari-hari dan menunaikan tanggungjawab aku sebagai pekerja. Sampai bilakah aku akan menjadi pengguna LRT yang setia… Sampai bilakah aku akan terus menghadapi pelbagai ramai manusia… Sampai bilakah aku akan mengharungi kesesakan LRT dan adakalanya kerosakan yang sungguh menyusahkan. Hanya masa yang akan menentukan dan jalan yang aku pilih dan lalui akan  terus begini… Itu pasti…

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

13 Robot Filem Transformers Dipamerkan Di China

By Hazmin Hamudin

Gelanggang Akhir Maharaja Lawak (Final)

By Hazmin Hamudin

Coliseum Cafe & Grill Room Mid Valley

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Siapa Robert Doisneau?

By Hazmin Hamudin

Jangan Jadikan Facebook Sebagai Tempat Melepaskan Perasaan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in