• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Sukan / Daudsu Terlibat Dalam Kemalangan

Daudsu Terlibat Dalam Kemalangan

By Hazmin Hamudin | 7 March 2012 | Leave a Comment

Pemain bola sepak Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin, 26, berdepan detik cemas apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di laluan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kelmarin. Kereta Mitsubishi Lancer GT yang dipandunya remuk teruk akibat kemalangan tersebut.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, kenderaan berkenaan dikatakan berpusing beberapa kali sebelum melanggar pagar sebuah kem tentera berhampiran lokasi kejadian.

Daudsu Kemalangan 1Ketika itu, Mohd Daudsu menaiki kereta bersama isteri, Nursyahmina Rafudian, 26, dan anaknya, Nik Dhiya Quistinya, setahun, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Sireh, di sini, ke Lapangan terbang Sultan Ismail Petra.

Daudsu Kemalangan 2

Menurutnya, keretanya gagal dikawal selepas dia terpaksa mengelak melanggar seorang lelaki berusia 60-an yang terbaring di atas jalan raya selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta jenis Proton Iswara.

Daudsu Kemalangan 3

Mohd Daudsu dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi isterinya cedera ringan. Kereta pemain pertahanan Kelantan itu pula remuk di bahagian hadapan dan sisi.

Daudsu Kemalangan 4

 Barikutan kejadian itu, Daudsu akan diberikan cuti oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan kemungkinan akan terlepas 2 aksi bersama Red Warriors pada 7 Mac menentang Navibank Saigon dalam saingan Piala AFC dan 10 Mac menentang Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA.
  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Anak Angelina Jolie dan Brat Pitt (Maddox) Suka Makan Cengkerik Goreng

By Hazmin Hamudin

Perubahan Pada Blog Hazmin

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2012

By Hazmin Hamudin

Haram Tidak Bayar Pinjaman PTPTN

By Hazmin Hamudin

Takda Kesedaran Sivik Langsung !

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in