• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / SBPA Dibatalkan Dan SSM Dikekalkan

SBPA Dibatalkan Dan SSM Dikekalkan

By Hazmin Hamudin | 8 March 2012 | 9 Comments

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

SBPA Batal

Keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam.

Antara isi kandungannya :

  1. Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam gred 1-54 antara RM80 – RM320.
  2. SBPA dibatalkan. Skim gaji dikekalkan kepada SSM tetapi akan ditambahbaik.
  3. 1 Suruhanjaya akan ditubuhkan untuk mengkaji skim perkhidmatan awam.
  4. Disebut pelarasan gaji SSM gred 1-54 kepada 13% berdasarkan gaji pokok semasa.
  5. Pelarasan gaji sebanyak 9% untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
  6. Pelarasan gaji sebanyak 8% untuk Turus III dan Turus II.
  7. Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
  8. SSM diubah dari Tangga Gaji Matriks kepada Tangga Gaji Sebaris (SBPA).
  9. Kadar Cola Kawasan B dinaikkan RM50 kepada RM250 dan kawasan C dinaikkan RM50 kepada RM150. Kawasan A kekal.
  10. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.
  11. Kenaikan pangkat guru secara Time-Based.

Diharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • yas 9 March 2012 at 12:33 AM

    Ni mesti ramai yg tak setuju dgn isu ni…tu yg kerajaan terpaksa dengar tuuu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 March 2012 at 9:00 AM

      Sebabnya jurang gaji antara orang bawahan dan atasan terlalu jauh. Sebab tu ramai yang tak setuju.

      Reply
  • azura 8 March 2012 at 9:58 PM

    kalau tau awal2 batal tak perlulah buat prosedur tu kan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 March 2012 at 11:45 PM

      Rasanya dorang pun tak tahu benda ni akan dibatalkan. Harap lepas ni takda dah komplen..

      Reply
  • titan 8 March 2012 at 7:32 PM

    yang pasti, ada orang suka, ada yang tak suka. hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 March 2012 at 10:24 PM

      Betul tu. Kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang.

      Reply
  • anif 8 March 2012 at 4:18 PM

    Polemik dan isu sudah ditamatkan.

    Sekarang kakitangan perkhidmatan awam boleh tumpu usaha untuk meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan kepada rakyat! 😀

    Reply
  • akubiomed 8 March 2012 at 3:08 PM

    Rezeki untuk penjawat awam. Kita yang di swasta ini mengucapkan tanniah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 8 March 2012 at 3:37 PM

      Tahniah kepada semua penjawat awam seluruh Malaysia

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 1 December 2012

By Hazmin Hamudin

Nasi Kukus Sajian Aliaa Di RnR Awan Besar

By Hazmin Hamudin

Tonton Filem Melalui Perkhidmatan Celcom Escape

By Hazmin Hamudin

Gambar Sekitar Kempen Earth Hour 2013 Semalam

By Hazmin Hamudin

Tambah Nilai Prabayar dan Pek SIM Kena Cukai 6% Mulai 15 September

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in