• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Gaji Minimum Sektor Swasta 2012

Gaji Minimum Sektor Swasta 2012

By Hazmin Hamudin | 1 May 2012 | 10 Comments

Gaji Minimum Sektor Swasta 2012. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kadar gaji minimum sektor swasta  2012 semalam. Satu pengumuman yang sedikit sebanyak dapat melonjakkan rasa kegembiraan pekerja-pekerja sektor swasta. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri di Majlis Makan Malam Pekerja & Majikan Sempena Hari Pekerja di PICC, Putrajaya.

Gaji Minimun Sektor Swasta 2012

Kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak:

  • Semenanjung – RM900 sebulan (RM4.33 sejam)
  • Sabah, Sarawak dan Labuan – RM800 sebulan (RM3.85 sejam)

Gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Kadar gaji minimum akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan. Tarikh efektif bagi syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi memberi mereka ruang dan peluang untuk membuat persediaan supaya perniagaan mereka tidak akan terjejas.

Tempoh 12 bulan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, perundangan, arkitek dan perunding. Walaupun mereka mempunyai lima orang pekerja atau kurang, mereka dikehendaki melaksanakan gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas Perintah itu diwartakan.

Gaji minimum yang dituntut oleh pekerja antara RM1,200 dan RM1,500 tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi kerana boleh menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

Diharapkan dengan penetapan gaji minima ini akan selaras dengan kos sara hidup yang diketahui meningkat dari hari ke hari.

Perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu. Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jebeng Otai™ 2 May 2012 at 10:46 PM

    bgusla..ade juga duit lebih utk manmpung mana yg x cukup..

    Reply
  • shraqs 2 May 2012 at 12:59 PM

    Lepas ni pekerja2 swasta, kena mainkan peranan buat laporan kalau majikan tak ikut.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2012 at 6:42 PM

      Tu la.. Pekarja tu sendiri kena report pada yang berkenaan la. Kalau diam rasanya tiada siapa yang tahu nanti.

      Reply
  • yuz 2 May 2012 at 9:34 AM

    bkn takat gaji minimum je..gaji yg lain pun kene revise..
    kalo kat kilang, operator gaji rm900, x kan technichian gaji x berubah rm1200?
    kalo gaji technichian dinaikkan jadi rm1.6k..x kan gaji senior tech pun still rm1.6k?begitulah seterusnya smpi ke atas..semua gaji perlu diselaraskan balik..
    tp kurang yakin mcm mana kerajaan nak kuasakan semua ni….tgk aje pada kisah gaji pak guard

    Reply
  • izwanyusof 1 May 2012 at 8:34 PM

    pelik kat sabah sarawak lagi sedikit. rasanya barang2 kat sana lebih mahal. anggaran awal sahaja kalau ikutkan kos logistik.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2012 at 6:40 PM

      Tu la.. Kalau ikutkan barang dekat sana lagi mahal. Tapi mungkin kalau ikut taraf hidup, dekat semenanjung ni lagi tinggi rasanya.

      Reply
  • Mus 1 May 2012 at 6:15 PM

    kalau syarikat besar tak ikut peraturan baru ni.. memang patut kena denda..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 May 2012 at 7:25 PM

      Sepatutnya macam tu la. Takut benda dah dikuatkuasakan, tapi pihak majikan tidak mengikut pulak.

      Reply
  • akubiomed 1 May 2012 at 3:10 PM

    Kalau ikutkan gaji RM900 tidak mencukupi kerana rumah sewa sahaja ada yang melebihi RM700. Harap kan kerja lebih masa atau elaun.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 May 2012 at 7:24 PM

      Kalau kerja dekat bandar-bandar besar memang tak cukup RM900 tu. Tapi sekurang-kurangnya, pihak majikan sudah tidak boleh letak gaji sesuka hati mereka lagi. Pergi mengikut aras minimum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Penuh Perlawanan Indonesia vs Malaysia SEA Games 2011

By Hazmin Hamudin

Kursus Lead Auditor

By Hazmin Hamudin

Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011

By Hazmin Hamudin

Tazkirah Jumaat | Adab-Adab Menulis Di Blog

By Hazmin Hamudin

Durian Udang Merah Di Mantin Penipu?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in