Hijrah dalam islam mempunyai pelbagai maksud dan makna yang yang boleh ditafsirkan. Antaranya ialah berpindah dari sesuatu tempat ke tempat yang lain atau berubah dari sesuatu keadaan ke keadaan yang lain. Adakah aku akan berpindah ke suatu tempat yang lain ? Mungkin berpindah ke rumah yang baru ? Oh… Mungkin tidak sama sekali…
Yang sebenarnya akal dan fikiran aku telah diracun oleh blogger-blogger supaya melakukan penghijrahan ni. Mungkin bagi aku benda ni adalah suatu kebaikan atau pun perubahan besar sepanjang aku berblog ni. Jeng… jeng… jeng… Apa perubahan yang aku nak buat ni… Sebenarnya aku dah mula rasa nak berhijrah dari Blogspot ke WordPress… Wah… Ni bermakna aku akan ada domain dan juga hosting sendiri… Orang kata WordPress lagi mencabar dari Blogspot… Aku pun tak tahu lagi pasal benda ni sebab belum lagi cuba. Buat masa ni aku masih lagi pening nak pilih domain name yang sesuai. Korang ada apa-apa cadangan tak ? Kekal dengan domain sekarang atau pun tukar yang lain ?
Apa yang aku nampak. dari segi layout WordPress memang cantik dan sangat kemas dari Blogspot ni. WordPress juga sangat mesra SEO bagi mereka yang gemar bermain dengan SEO ni. Ikutkan banyak lagi kelebihan WordPress ni berbanding dengan Blogspot. Takpa la… Nanti aku buat pulak perbandingan atau pun apa kelebihan dan kekurangan WordPress mahupun Blogspot.