• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Santai / Blog Aku Sangat Bosan

Blog Aku Sangat Bosan

By Hazmin Hamudin | 21 September 2012 | 39 Comments

Bosan

Sebenarnya bukan satu kemegahan jika mempunyai blog. Aku bukan main-main. Ini bukan cobaan. Ini perkara serius. Tak ada perkara yang hendak dibanggakan jika aku ada blog. Penat lagi ada nak update entri tiap-tiap hari. Bosan kot sebab sampai satu tahap dah tak tahu nak update apa tiap-tiap hari. Sehingga aku merasakan yang blog ni tak ada makna apa-apa, bosan.

Kadang-kadang aku rasa blog aku sangat bosan. Betul, aku tak tipu korang. Sampai ada cousin aku cakap “blog Amin tak best. Boring nak baca”. Korang rasa blog aku bosan tak? Aku hanya blogger picisan, bokan blogger retis macam kamu-kamu semua. Itu kenyataannya. Aku rasa aku suka macam ni sebab blog aku tak popular dan tak ada orang nak kejar-kejar aku dekat luar sana.

Tapi hakikatnya dari blog yang bosan ni aku dapat kenal macam-macam ragam blogger. Blogger retis, blogger gila trafik, blogger gila duit dan segala macam jenis blogger. Akupun tak tahu aku pulak termasuk dalam kategori blogger yang macam mana. Biar lantak la. Janji aku tulis apa yang aku suka. Ada aku kisah.

Sebelum merapu aku jadi lagi teruk dan membuatkan korang jadi mual nak baca blog aku ni, ada baiknya aku tamatkan sahaja penulisan merapu aku ni di sini saja. Ada masanya blogger juga tiada idea apa yang hendak ditaip. Maka, layankan saja apa yang terlintas.

Nota kaki: Bila aku sudah bosan dan mula merapu, ini lah jadinya. Jangan dilayankan sangat.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • eszairy 27 September 2012 at 10:17 PM

    Kita serupa.kadang buntu x tahu nak tulis apa..tp aku fikir tulis blog ini jadi best apa yang kita pikir boleh di kongsi bersama..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2012 at 7:00 PM

      Benda ni rasanya dah jadi perkara biasa untuk semua blogger… kene kreatif je untuk buat entri ni.

      Reply
  • dennis 27 September 2012 at 11:00 AM

    pembaca akan bosan kalau penulis bosan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2012 at 6:55 PM

      Suatu nasihat yang berguna ni bro. Hehe

      Reply
  • beckhr00y 24 September 2012 at 2:43 PM

    aku punya macam rojak skrg, dulu memang suka cari berita menarik dari pelbagai sumber dan edit2 untuk SEO, skrg masih sama juga la

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2012 at 6:22 PM

      Aku dah malas buat blog rojak ni. Sekarang buat personal jela. Bukan nak kejar duit dah.

      Reply
  • Affan 24 September 2012 at 12:21 PM

    Berapa lama dah blog ni?
    Kalau baru setahun, tu perkara biasa. Masih mencari hala tuju.

    Dulu aku wat blog sebab kawan aku buat blog. Masa tu aku suka copy paste artikel dari buku, tapi semula di blog. Kredit aku bagi, macam biasa.

    Lama kelamaan, aku suka tulis artikel berkaitan pendapat, dan kongsi sedikit pengalaman kehidupan aku di Kanada.

    Terus terang, masa awal buat blog takde pun teringin nak buat duit.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 12:34 PM

      Akhir 2010 mula berblog bro. Takda la baru manapun. Boleh dikatakan masih lagi mencari pengalaman berblog ni. Dulu aku mula-mula memang fikir pasal duit. Tapi rasanya sekarang ni semua tu dah tolak tepi dah. Hala tuju rasanya pun dah nampak kembali sebab rasanya memang niat dulu nak buat blog peribadi dengan cerita tentang kehidupan sendiri. Boleh terlajar pulak main SEO jadilah blog berita kejap dulu. Hehe. Sekarang dah ok balik rasanya.

      Reply
      • Affan 24 September 2012 at 12:38 PM

        Aku skg ni belajar buat blog niche. Selama aku berblog, aku dah boleh kenalpasti minat aku dalam dunia blog ni. Dari situ boleh la dapat idea sikit apa yang hendak ditulis. Tapi macam biasalah, kadang2 malas + busy as student.

        Nak belajar seo, the best way rasanya buat blog niche. Target topik/keyword tertentu daripada buat blog rojak hehe

        Reply
  • Eizil 24 September 2012 at 11:30 AM

    Bosan atau tidak, biar kita sendiri tentukan, kalau kita sendiri suka apa yang kita tulis, insyaALLAH ada yang akan suka juga, apa yang penting, setiap penulisan itu kita cuba hormati diri sendiri dan juga rakan pembaca… 🙂

    Rilek jer bro, kalau takder idea, jangan paksa untuk tulis, sebab nanti tulisan ntah ke mana-mana, rehat sebentar sehari dua bukan jadi hal. kalau nak rehat lama sedikit pun apa salahnya. Apa yang penting kita ikhlas dengan penulisan kita, pasti tidak timbul soal bosan dah selepas ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 12:31 PM

      Dulu macam rojak dah blog ni. Artis bagai, berita semua masuk. Lepas tu rasa macam tak kena dengan jiwa. Sebab tujuan asalnya adalah untuk blog peribadi dan perkongsian tentang diri sendiri. Bila terkena tempias SEO, abis segala berita dicedok letak dekat blog. Sekarang ni rasanya dah tak perlu semua tu dan dah jumpa landasan yang betul. Hehe

      Reply
  • My Legoland 24 September 2012 at 10:10 AM

    Sy kalu bosan..main lego.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 10:20 AM

      Ada banyak lego boleh la. Meh sedekah tiket legoland. Hehe

      Reply
  • gamep01nt 24 September 2012 at 9:37 AM

    blog ni sebenarnya utk diri sendiri, bukan utk ouaskan hati org. utk ouaskan hati kau. siapa tak suka bca, bosan ke lantak dia la

    Reply
    • gamep01nt 24 September 2012 at 9:37 AM

      *puaskan

      Reply
      • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 10:20 AM

        Terbaik bro.. Aku minat betul dengan penilisan blog kau. Haha

        Reply
  • LilyNrman 24 September 2012 at 2:08 AM

    bro.. satu benda saya nak share dengan anda. saya blogger baru dan sampai sekarang saya tak bosan dengan blog saya. blog saya juga personal blog. personal blog susah, tak ada niche yang spesifik. pedulikan niche untuk domain bersifat personal.

    first thing is, saya syok sendiri. syok sendiri saya juga ada batas syoknnya. saya bataskan isu yang saya kongsikan mesti mengenai diri ini. kongsikan pendapat tentang sesuatu isu dengan bijaksana tertuama isu kontroversi. jangan update kalau entri tu tak berkualiti. ia adalah penunjuk kualiti pemikiran penulis yang suam-suam.

    kedua, saya ada belajar di satu laman ini dia kata…connect kan readers menggunakan lima sense. saya setakat ni guna sense 1. text. jika hazmin mahu, boleh juga kongsikan pendapat melalui podcast (sense dengar), video (sense visual), dan dsbnya.

    jangan mudah putus asa. diri ini perlu rasa seronok menulis. kita belajar setiap hari sebenarnya. cuma kita yang tak sedar. sedar, tulis, dan share. sentiasa bawak tools utk ambil gambar dan update. kan best! enjoy yourself bro.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:40 AM

      Tq sis… Memang satu nasihat yang berguna. Blog personal ni memang tempat untuk merapu dan bercakap apa sahaja tentang diri kita dan sekeliling.

      Saya akan cuba ikut tips yang diajar tu. Dalam kita tak sedar kita belajar banyak benda dengan blog ni kan. Harap lepas ni akan datang dengan idea-idea entri yang best. Hehe

      Reply
  • kimmie 23 September 2012 at 6:50 PM

    samalah…kadang – kadang memang tak de idea juga nak update blog.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:36 AM

      Bila takda idea, tu yg merapa macam ni. hehe

      Reply
  • Hairul Azni 23 September 2012 at 5:51 PM

    Yang penting jujur,ikhlas dan happy dalam penulisan..sendiri punya blog sendiri punya suka la.. haa..haa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:35 AM

      Konsep sendiri punya blog, sendiri punya suka yang penting sebenarnya dalam berblog. Yang tu aku suka..

      Reply
  • adele 23 September 2012 at 5:07 PM

    belasah jer. asalkan kita suka tengok blog kita, itu sudah cukup. nasihat tak membimbing langsung kan? hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:34 AM

      Hahaha… Ok la tu.. janji ada nasihat jugakkan…

      Reply
  • Jebeng Otai™ 22 September 2012 at 11:49 PM

    yela..kdg2 pon x dak idea gak..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:31 AM

      Bila takda idea, tu yang copy paste berleluasa tu. Hehe

      Reply
  • donnyien 22 September 2012 at 6:11 PM

    kadang-kadang aku pun terasa penat dan bosan juga nak update blog setiap hari ni, belum termasuk nak balas setiap komen dan blogwalking. apapun semoga bro akan kembali dan terus bersemangat untuk menulis. Menulis kerana minat. Bila semuanya dah maintain, rasa boring tu akan hilang dengan sendirinya. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:31 AM

      Hehe.. Sebenarnya minat tu dah datang dah. Cuma idea tu tak nak datang sekali. Takpa, kalau ada ilham ada la entri tu nanti. Hehe

      Reply
  • lepakk.com 22 September 2012 at 1:46 PM

    Semua orang menghadapi masalah yang sama dalam blogging..banyak ranjaunya heheh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:30 AM

      Itulah.. Yang kental je boleh bertahan.

      Reply
  • akubiomed 22 September 2012 at 2:06 AM

    Kenapa terasa hati. Blog sendiri suka hatilah hendak buat apa. Ko ada? ha..haa… gurau jer boh.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:29 AM

      Haha.. Ikut suka la nak buat apa kan.

      Reply
  • tehr 22 September 2012 at 12:14 AM

    aku gelak ni
    macam selari pulak dengan apa yang aku rasa 😀
    aku juga kadang2 tulis ikut suka hati aku je

    Reply
    • adele 23 September 2012 at 5:06 PM

      ala cikgu, blog kita sukati kitalah nak tulis apa!haha. pegang konsep tu inshaallah kita akan gembira berblogging.huahuahua

      Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:28 AM

      Sama jugak ke bro. Takpa, bro pandai berpantun. Haha

      Reply
  • boni kacak 21 September 2012 at 9:06 PM

    hahaha.. bagi aku, ko taip je apa yang ko nak taip.hehehe.. ada je ilham, terus je update.. setiap penulisan kita, pasti akan ada pengikutnya sikit demi sikit..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 7:28 AM

      Best jugak cadangan bro ni.. Tq bro..

      Reply
  • padin 21 September 2012 at 7:22 PM

    emm, bagi aku sendiri, berblog merupakan hobi je, jadi ia bukan satu tekanan kalau aku takde idea nak menulisnya hari2 hehee..

    bergantung pada misi berblog bro pulak macamana? 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 7:48 PM

      Betul jugak tu. Boleh diterima.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Motivasi Di Pagi Hari… Hilangkan Stress…

By Hazmin Hamudin

Tak Pernah Jemu Makan Dekat Sini

By Hazmin Hamudin

Salma Juara Mentor Ke 5

By Hazmin Hamudin

Jangan Beli Tiket Perlawanan Malaysia vs Singapura Secara Online

By Hazmin Hamudin

Makan Di Restoran NJ Zenith Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in