• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Informasi / Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

By Hazmin Hamudin | 10 December 2011 | 2 Comments

Pada hari ini (10 Disember 2011), kita sekali lagi akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Sebelum ni rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara dapat menyaksikan fenomena gerhana seperti ini pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Gerhana Bulan Penuh

Memang best la tak payah nak bangun tengah-tengah malam macam yang berlaku pada bulan Jun 2011 yang lepas. Esok kita boleh la standby dengan kamera masing-masing untuk menyaksikan dan merakamkan detik-detik berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh ni.

KUALA LUMPUR: Masyarakat di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh yang akan bermula dari 7.34 malam esok sehingga 1.30 pagi Ahad. Pegawai penyelidik Agensi Angkasa Negara, Redzuan Tahar, berkata gerhana dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan akan berlanjutan kira-kira 51 minit.

“Pencerap di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan gerhana dan juga ketika bulan di fasa titik gelap pada 10.32 malam sekiranya tiada perubahan cuaca,” katanya ketika dihubungi.

Redzuan berkata, orang ramai boleh datang ke Planetarium Negara bagi menyaksikan fenomena itu selain mengikuti perkembangan semasa fenomena gerhana bulan penuh kali ini melalui laman sosial Facebook, ‘Lunar Malaysia Eclipse’.

Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.

Solat Sunat Gerhana Bulan Penuh / Solat Khusuf

Apabila berlakunya Gerhana Bulan Penuh atau Gerhana Matahari, umat Islam di galakkan untuk melakukan solat sunat gerhana bulan/matahari ataupun Solat Khusuf. Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai. Cara-cara melakukan Solat Khusuf adalah seperti berikut:

Lafaz Niat : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat menjadi makmum kerana Allah”

  1. Setiap rakaat dua qiyam (berdiri), dua kali Fatihah, dua rukuk dan dua sujud. Jadi setelah membaca Fatihah dan surah pada rakaat pertama terus rukuk, bagun dari rukuk, berdiri, terus membaca Fatihah yang kedua dan juga surah. Seterusnya rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud dua kali seperti biasa. Setelah itu berdiri untuk rakaat kedua, baca Fatihah dan surah, rukuk, bagun dari rukuk, Fatihah dan surah, rukuk, bangun dari rukuk dan terus sujud seperti biasa. Dengan itu solat kusuf itu terdiri dari 4 kali Fatihah, 4 rukuk, 4 berdiri, 4 sujud dan satu salam.
  2. Makmum yang hanya dapat mengikut imam dalam berdiri kedua atau rukuk kedua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 11 December 2011 at 8:59 PM

    Malam tadi langit kawasan saya agak berawan dapat juga ambil gambar gerhana bulan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 December 2011 at 8:06 AM

      dapat tengok kejap je gerhana bulan…lepas tu dah kena lindung awan…tp tak dapat nak ambik gambar sebab takda camera.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013

By Hazmin Hamudin

Cerita Sebenar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi

By Hazmin Hamudin

Sinopsis Drama Runtun Qalbu Slot Zehra TV3

By Hazmin Hamudin

Salma Juara Mentor Ke 5

By Hazmin Hamudin

Maharaja Lawak Minggu 12

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in