• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Harga Tiket Final Negeri Sembilan vs Terengganu Kekal RM50

Harga Tiket Final Negeri Sembilan vs Terengganu Kekal RM50

By Hazmin Hamudin | 27 October 2011 | 4 Comments

Harga tiket final Piala Malaysia kekal RM50. Mahu atau tidak, penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu harus membayar RM50 bagi sekeping tiket jika tetap berhajat menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Harga tiket final kekal RM50

FAM tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. Harga tiket ditetapkan selepas mengambil kira daripada semua aspek yang melibatkan kos seperti kos pembayaran elaun pengadil, kos penyelenggaran stadium, kos keselamatan dan beberapa lagi kos yang perlu dijelaskan.

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.

FAM mendedahkan bahawa harga tiket aksi final Piala Malaysia itu merupakan kedua terendah berbanding negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Macam mana la stadium-stadium bola sepak dekat Malaysia ni nak penuh setiap kali perlawanan bola sepak tempatan diadakan kalau perkara macam ni pun FAM nak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan mudah. Makin kosong dan sunyi la jawabnya stadium-stadium bola sepak dekat Malaysia ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Shack@AnjungMaya 28 October 2011 at 5:43 AM

    aku sokong utk stp final PM tapi klu perlawanan biasa kekalkan harga tiket sperti biasa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 October 2011 at 7:17 AM

      tapi sampai rakyat dah marah pasal isu ni. website FAM pun sampai dah kena hacked.

      Reply
  • Juan 27 October 2011 at 3:03 PM

    aku x setuju, kalau diikutkan rm50 tu dah kira rendah, macam mana kita nk bina mentaliti professional jika rm50 (max) itu pon kita mengeluh, xmau keluar duit utk support industri bola

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 October 2011 at 3:31 PM

      yeke rendah ? kalau bujang mungkin la. bagaimana pula dengan yang dah berkeluarga ? kalau mempunyai 2 orang anak cuba darabkan dengan empat jumlah tersebut. Tak membebankan ke ?

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Apa Yang Terjadi Pada Akaun Facebook Selepas Kita Mati ?

By Hazmin Hamudin

Blog Punya Pasal

By Hazmin Hamudin

Blog Hazmin Dah Ada Fan Page

By Hazmin Hamudin

Worldless Wednesday | Sebelum Dan Selepas

By Hazmin Hamudin

Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in