• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Nasihat / Apa Yang Terjadi Pada Akaun Facebook Selepas Kita Mati ?

Apa Yang Terjadi Pada Akaun Facebook Selepas Kita Mati ?

By Hazmin Hamudin | 5 July 2011 | 8 Comments

Masa aku tengah dok online Facebook tadi, terbaca la benda ni daripada wall kawan-kawan. Macam tertarik pulak dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Jadi aku ingin berkongsi untuk renungan kita bersama. Kalaulah kita mati, apa yang akan terjadi pada akaun Facebook kita kelak ? Sempat ke korang nak delete akaun tu sebelum mati ? Tahu pulakkan kita nak mati bila.ย  Jom baca…

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
lelaki ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat

tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu

 

Sumber : Facebook kawan-kawan

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • aziq 18 May 2014 at 9:06 AM

    saya nak share kat blog sy gak bolh x? ๐Ÿ™‚ tq

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 May 2014 at 8:54 AM

      Boleh. Pastikan dikredit ye ๐Ÿ™‚

      Reply
  • acidflynn 25 August 2011 at 2:03 AM

    nasib baik ler fb aku letak gamba kaki je… hahah dan nasib baik jugak kaki aku pakai kasut. kalau tak.. ish ish… abis aurat aku yg dari pusat hingga ke lutut tu… hahahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 August 2011 at 7:10 AM

      jangan lepas ni terlepas gambar bukan bukan dah la ye.

      Reply
  • siti suriani 6 July 2011 at 5:33 AM

    uish.. tkut nyer. erm. sy nk copy sajak ni boleh? bgi pngajaran kt sy n org len jgk.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 6 July 2011 at 5:06 PM

      boleh je…sila la share dengan kawan-kawan kalau rasa ianya untuk kebaikan… ๐Ÿ™‚

      Reply
  • puanbee 5 July 2011 at 11:08 PM

    akk kureng letak gambo hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 July 2011 at 11:27 PM

      hehe…bagus2…kalau nak letak pun kena bertutupkan…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Kereta Mewah Aaron Aziz Dan Zizan

By Hazmin Hamudin

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Dan Doa Selepas Berbuka Puasa

By Hazmin Hamudin

Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011

By Hazmin Hamudin

Perlawanan Malaysia vs Myanmar SEA Games 2011

By Hazmin Hamudin

Kereta Kate Middleton Dilelong Di eBay

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in