Awal Dan Scha Berbulan Madu (honeymoon) Di New York. Pasangan popular Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, atau Scha telah memilih New York, Amerika Syarikat sebagai destinasi percutian bulan madu mereka.
Awal Ashaari dan Scha sepakat untuk memilih New York kerana merasakan terdapat banyak lokasi menarik yang boleh dilawati di sana dan akan berbulan madu selama 10 hari. Dapatlah pasangan ini melawat negara orang sambil mengeratkan hubungan.
Pada mulanya Awal dan Scha mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu yang agak singkat maka akhirnya mereka sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.
“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” katanya Awal.
Setelah tiga bulan tertangguh, pasangan tersebut bakal bergelar suami isteri apabila diijabkabulkan dalam satu majlis yang akan berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya pada malam esok. Perkahwinan pasangan ini juga akan ditayangkan secara langsung di Astro ria dan astro awani pada 4 Mei nanti.
Destinasi negara sejuk dipilih oleh pasangan secocok Scha dan Awal. 🙂
tp skng x musim sejuk ag dah.. 🙂
Takpe, dekat New York tu still boleh consider sejuk lagi tu. Hehe..