• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Event / Kehangatan Konsert Moovment 2011 Di KL Live

Kehangatan Konsert Moovment 2011 Di KL Live

By Hazmin Hamudin | 7 December 2011 | 10 Comments

Setelah berjaya mempromote entri Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm, maka aku telah berjaya mengumpul komen dengan jumlah yang agak memberangsangkan pada entri tersebut. Dengan ini, aku telah berjaya memenangi sepasang tiket ke Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm Di KL Live. Memang agak over excited jugaklah sebab bukan senang nak dapat tiket free macam ni kan. Konsert artis antarabangsa plak tu… Pergh, skema ayat aku…

Konsert Far East Movement 1

Pada Sabtu lepas dengan langkah yang agak bersemangat aku telah menghadirkan diri ke KL Live untuk menyaksikan dan merasai sendiri kehangatan Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm ni. Sepatutnya konsert ni diadakan di  Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Park. Tapi atas sebab yang aku sendiri pun tak tahu, ianya ditukar ke KL Live. Pada hari kejadian, punya la aku berkejar semata-mata nak sampai sebelum pukul 7.00 malam sebab konsert start pukul 8.00 malam. Sekali bila aku sampai pukul 8.00 malam, orang masih lagi ramai dekat luar. Buat penat je aku bawak kereta dengan lajunya.

Konsert pada malam tu bermula sekira pukul 9.30 malam dan aku tak pasti pukul berapa abis sebab pukul 12.30 pagi aku dah cabut. Mana boleh tahan berjam-jam berdiri dalam tu.Nak tercabut dah kaki aku rasa. Kalau boleh masa balik tu rasa nak ada orang sorongkan je. Memang penat layan konsert macam ni. Tu belum joget cucuk langit lagi tu. Haha… Yang pastinya aku sekadar menyaksikan sahaja konsert ni dari belakang secara terpacak tanpa pergerakan badan yang memungkinkan aku untuk menari pada malam tersebut. Kira baik tak aku ni ? Perasan sungguhkan…

Apa yang aku boleh cakap, konsert pada malam tu memang terbaik la dengan persembahan Dj-Dj yang memang mantap. Seperti biasa persembahan artis utama iaitu Far East Movement mesti la last kan. Dalam pukul 11.30 malam macam tu barulah FM ni keluar untuk buat persembahan. Memang bergegar abis KL Live pada malam tu dengan crowd yang tak henti menari sejak dari awal lagi. Aku ? Seperti biasa hanya melihat sahaja gelagat manusia. Cewah…

Konsert Far East Movement 4

Konsert Far East Movement 5

Ni antara blogger yang sempat aku jumpa dan berkenalan pada malam tersebut. Mesti dah ramai yang kenal agaknya dengan owner blog sicantiksiezuka ni. Kalau dah join event sesama blogger, rugi la kalau tak berkenalan sesama merekakan. Blogger lain yang aku jumpa pada malam tersebut antaranya adalah Elyani dan juga pemilik blog sandiwara seorang insan iaitu Syafiq Rosli. Memang best dapat berkenalan dengan dorang ni. Sporting abis…

Konsert Far East Movement 1

Credit gambar kepada broframestone

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • eljanna 9 December 2011 at 5:36 PM

    erkkkkk tolonglahh jgn jeleskan i-.-“

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 December 2011 at 1:14 AM

      haha..sapa suruh tak pegi…rugi je…

      Reply
  • Juan 8 December 2011 at 9:14 PM

    kumpulan aper kat atas ni, x kenal lah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 December 2011 at 7:47 AM

      tau lagu “like A G6′ ? lagu kumpulan tu la…lagu dorg pun ada dalam fast n furious tokyo drift..

      Reply
  • NuReLLe 7 December 2011 at 8:41 PM

    free standing je ke??? #opps hakhakhak..:D

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2011 at 10:57 PM

      wakaka…dok bahan ye…takpa-takpa..janji tak kebasahan kena siram…

      Reply
  • levelsatu 7 December 2011 at 7:44 PM

    best tak nih? jauhh ma..tak dapat ikut la benda-benda cam ni gamaknya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2011 at 10:58 PM

      best jugak sekali sekala layan macam ni….memang happening la…

      Reply
  • ch000tz 7 December 2011 at 8:59 AM

    okat noted, tunggu gegaran Tiesto pulak weekend ni…yang pasti memberangsangkan!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2011 at 9:10 AM

      aik…macam jeles je…hehe…ok…tunggu…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

DVD Cetak Rompak KL Gangster 2

By Hazmin Hamudin

Gambar Kad Kahwin Nurul Wahab

By Hazmin Hamudin

Tiada Apa Yang Menarik

By Hazmin Hamudin

Menang Tender

By Hazmin Hamudin

Dan Brown – The Lost Symbol

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in