• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Santai / Kereta Ferrari LEGO Dari Shell Berjaya Dimiliki

Kereta Ferrari LEGO Dari Shell Berjaya Dimiliki

By Hazmin Hamudin | 15 November 2012 | 61 Comments

Kereta Mini Ferrari LEGO 1

Kereta Ferrari LEGO Dari Shell Berjaya Dimiliki. Sekarang ni rangkian stesen Shell menawarkan 6 koleksi model kereta Ferrari yang diperbuat daripada blok-blok LEGO untuk dikumpulkan pelanggan setia mereka. Model kereta Ferrari Lego ini boleh dibeli secara eksklusif di stesen petrol Shell di seluruh negara dengan pembelian minimum produk Shell bernilai RM40. Setiap satu koleksi LEGO ini dijual pada harga RM12.90 sahaja.

Kereta Mini Ferrari LEGO 2

Nampaknya aku pun turut tidak ketinggalan untuk memiliki Kereta Ferrari LEGO dari Shell ni dan menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Dulu kecik-kecik tak berkemampuan nak beli model LEGO ni. Bila dah besar barulah mampu nak merasa beli koleksi LEGO ni. Untuk koleksi pertama ni aku memilih model Ferrari 150° Italia.

Kereta Mini Ferrari LEGO 3

Ni la rupa blok-blok LEGO untuk model Ferrari 150° Italia yang perlu dicantumkan. Memang nampak agak complicated dan susah untuk dicantumkan dengan blok-blok yang begitu kecil.

Kereta Mini Ferrari LEGO 4

Panduan lengkap untuk memang model Ferrari 150° Italia ini ada disediakan. Hanya mengikut turutan nombor seperti dalam gambar rajah. Takda lah susah seperti yang disangkakan.

Kereta Mini Ferrari LEGO 5

Tinggal sikit lagi untuk dipasang bagi melengkapkan model  Ferrari 150° Italia. Suatu kerja yang memerlukan penelitian disebabkan blok-blok LEGO yang sangat kecil. Bagi aku part yang paling susah adalah semasa nak pasang sticker bagi model  Ferrari 150° Italia ni. Agak mencabar sikit la.

Kereta Mini Ferrari LEGO 6

Akhirnya siap jugak model LEGO Ferrari 150° Italia ni.  Peluang ini seharusnya tidak dilepaskan bagi peminat-peminat model LEGO serta pengumpul model Ferrari. Lepas ni nak cuba sambar model yang seterusnya pulak. Ada lagi lima model kereta Ferrari LEGO yang perlu dikumpul.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Kereta Mini 17 December 2012 at 2:49 PM

    Keren Mas Legonya 😀

    Reply
  • amir 4 December 2012 at 7:37 PM

    klau malas nk email cal je no sy 0127460407 amir

    Reply
  • amir 4 December 2012 at 7:33 PM

    sy ade 50 kereta lego shell utk dijual..ade kwn perempuan beli dari mane ntah..nk jual satu2 atau pon borong semua skali..klau satu2 dlm rm 20.klau nk beli semua harga kire brp yg patut je lah..janji lepas..klau sikit2 pon rase leh kurang lg tu..yg dok jauh tu hope beli lah byk..yg jb leh beli satu2..klau berminat hantar ke email sy [email protected]

    Reply
    • Gmie 22 December 2015 at 11:07 PM

      Salam..ada stok lgi x?

      Reply
      • Hazmin Hamudin 22 December 2015 at 11:10 PM

        Waalaikumsalam. Yang ni koleksi Lego lama. Bukan yang sedang berjalan sekarang. Maaf saya takda stok lagi.

        Reply
  • wakgelas 25 November 2012 at 6:45 AM

    wak pon baru beli jugakkks.. ahakkKS, tapi kena beli BOnuslink jugakk..,,

    Reply
  • titan 20 November 2012 at 5:34 AM

    bila aku nak ada satu jugak benda nih ye..

    Reply
  • Sop 19 November 2012 at 11:52 PM

    kuat sungguh pengaruh LEGO sejak pembukaannya di JB
    masing2 guna tredmark LEGO.. hehehe

    Reply
  • hairulafiz 19 November 2012 at 2:25 PM

    yang susah cuma nak lekat stiker dia jek kan

    Reply
  • sabree hussin 19 November 2012 at 11:35 AM

    Yang hitam tu pun nampak cantik model dia

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:23 PM

      Saya minat yang kepala lori tu sebenarnya. Nampak tegap.. 🙂

      Reply
      • hairulafiz 23 November 2012 at 4:20 PM

        samalh tak sabar rasanya nak tunggu

        Reply
  • hafizrahim 18 November 2012 at 6:44 PM

    main lego memang best..kumpul banyak2, ajak geng datang main..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:53 AM

      Dah macam budak-budak pulak ajak geng main. Kih3.. Saja buat koleksi je ni bro.

      Reply
  • Cik Yaya 18 November 2012 at 3:52 PM

    owww ni lah dier kete LEGO dari shell yg ayh yaya nak sgt ni..hehe
    tadi bru p..ingt boleh dapat tdi isi mnyk 40lebih (wrn kuning) tp dah btukar la..kene isi minyk wrne ijau plak utk dapat kete tu..bising ayh yaya dbuatnya..hehe ;p

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:53 AM

      Itulah.. Ramai yang complain sebab Shell dah tukar syarat kena isi minyak Ron97 atau minyak hijau baru boleh beli kereta LEGO ni.

      Reply
  • hairulafiz 18 November 2012 at 2:56 AM

    tak sabar nak tunggu minggu depan…Lego lori plak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:40 AM

      Sabar bro.. Hehe.. Semangat tu. Aku baru satu je. Hehe..

      Reply
  • FD 17 November 2012 at 7:13 PM

    suka lettew! :p

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:49 PM

      Mesti la suka.. Haha

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 17 November 2012 at 8:37 AM

    Pada kawe yg kuning paling cantek… then again lain org lain seleranya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:15 PM

      Target sebenarnya nak dapatkan kepala lori tu.. Nampak macam menarik he.. Hehe

      Reply
  • boni kacak 17 November 2012 at 2:09 AM

    wah…comel jugak ye..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:11 PM

      Dah beli ke bro?

      Reply
  • Jebeng Otai™ 17 November 2012 at 1:26 AM

    kalo shell buat koleksi part by part..ade x org nk kumpul..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:11 PM

      Ada je orang nak kumpul kalau Shell buat satu part 10sen. Kih3

      Reply
  • ohcikgu 17 November 2012 at 12:38 AM

    fuhh..dah ada lego kereta dah ye. tahniah!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:09 PM

      Baru satu je cikgu.. Tah dapat complete ke tak ni. Hehe

      Reply
  • jna 16 November 2012 at 8:56 PM

    best best best..
    kalau gi legoland lagi bole jd gila

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:08 PM

      Hehe..Confirm lagi best dekat Legoland ni. Takpe, satu hari nanti nak terjah jugak.

      Reply
  • beckhrooy 16 November 2012 at 2:11 PM

    cepat2 penuhkan koleksi 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2012 at 6:02 PM

      Tulah… Tengah berusaha ni nak kumpul.

      Reply
  • ema 16 November 2012 at 10:20 AM

    owh, rupanya cerian satu-satu erkh…nampak kat anak memang kpnepm nak..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2012 at 6:02 PM

      A’ah kak.. Kena cantumkan.. Ramai yang ingat dah siap pasang.. hehe. Budak-budak mesti suka ni.

      Reply
  • lieyalatif 16 November 2012 at 9:50 AM

    fuhh siap leee pengumpul2 tegar model2 keter nie….laju je laa ke shell nanti…kat petronas plak tgh kuar edisi boboiboy tu….gigih le akak ni kene tarik dek anak2 tau heheeheheheh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2012 at 6:01 PM

      Hehe.. Yang budak-budak sibuk nak boboiboy dekat Petronas. Yang besar-besar kumpul ferrari LEGO dekat shell pulak kak.

      Reply
      • hairulafiz 17 November 2012 at 12:54 AM

        betul tu…selamat berjaya

        Reply
  • syaifuddin alias 16 November 2012 at 9:27 AM

    kecik je kan kereta lego ni ..haha.. 12 hinggit ..pergghh ! tak mampu lagi rasanya 😛

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2012 at 6:00 PM

      Takpe, nanti ada duit barulah beli.. 🙂

      Reply
      • syaifuddin alias 16 November 2012 at 7:58 PM

        nampaknya tak beli kot ..haha

        Reply
  • cik tom 16 November 2012 at 3:34 AM

    bestnya..ciktom pun teringin nak beli..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2012 at 8:11 AM

      Beli la ciktom. Sama-sama buat koleksi. Hehe

      Reply
  • donnyien 16 November 2012 at 3:26 AM

    nampaknya demam lego semakin menjadi-jadi..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 November 2012 at 8:10 AM

      Hehe.. Macam-macam strategi stesen minyak untuk tarik pelanggan.

      Reply
  • cik siti 15 November 2012 at 7:54 PM

    wahhhh….mcm best ja…tp cik siti tak minat benda2 cam tuu…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 8:12 PM

      cik siti minat benda-benda yang macam mana?

      Reply
  • Hairul Azni 15 November 2012 at 5:31 PM

    Saya belum lagi kumpul koleksi dari Shell ni..sekarang anak2 tgh tunggu patung Boboiboy yang ketiga dan Gopal di Petronas..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 8:12 PM

      Budak-budak lebih berminat dgn Boboiboy daripda LEGO ni rasanya. Hehe

      Reply
  • papa mifz 15 November 2012 at 5:03 PM

    buat maso nih nak fokus collect patung Boboiboy dulu beli kat Petronas…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 8:05 PM

      Wah.. Petronas pun ada juga koleksi untuk dikumpul. Hehe

      Reply
  • hairulafiz 15 November 2012 at 3:35 PM

    okaylah tu…..kumpul lagi jgn lupa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 8:04 PM

      Kalau boleh nak cukupkan 6 bro. 🙂

      Reply
      • hairulafiz 17 November 2012 at 12:55 AM

        samalah kita…jgn lupa ptung lego skali..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:10 PM

          Memang nak target patung LEGO tu dulu sekarang ni. Harap dapat la.

          Reply
  • azza 15 November 2012 at 12:52 PM

    x bpe minat la hihihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 8:04 PM

      Hehe.. Mungkin minat benda yang lain kan.

      Reply
  • Hairul Hissam 15 November 2012 at 12:44 PM

    ramai juga blogger yg beli.. mmg kelihatan menarik dibuat koleksi 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 8:04 PM

      Sebab ianya koleksi ekslusif LEGO tu yang terasa menarik untuk dikumpul. Hehe

      Reply
      • hairulafiz 17 November 2012 at 12:56 AM

        benda ni bukan ada selalu…

        Reply
  • akubiomed 15 November 2012 at 11:11 AM

    Semalam saya beli Ferrari koning. Sekarang ada sepasang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 November 2012 at 8:03 PM

      Wah..Laju bro beli.. Mesti kejap je dah cukup 6 nanti.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Dugaan Semasa Bertunang

By Hazmin Hamudin

Aku Dan LRT

By Hazmin Hamudin

Selamat Datang WordPress

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kylemore Abbey Castle, Connemara

By Hazmin Hamudin

Tazkirah Jumaat | Adab-Adab Menulis Di Blog

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in