Restoran Saba’, Cyberjaya
Cuti Tahun Baru Cina hari ni hazmin takda keluar pergi jalan mana-mana pun. Dah cuti tu biasalah kan mesti bangun tido pun lambat (memang perkara wajib tu). Agak bosan jugak cuti-cuti ni cuma duduk rumah je mengadap tv. Dah la takda cerita yang menarik dekat tv tu. Aktiviti seterusnya adalah meng’update’ Blog Hazmin ni dengan entri-entri yang menarik (sungguh perasan kenyataan tersebut).
Lunch pulak Hazmin pergi makan dekat Restoran Saba’ yang cukup terkenal dengan makanan Arab(restoran ni dah pernah cerita kat entri sebelum ni).Kali ni Hazmin order Hanith Lamb saiz regular pulak beserta dengan minuman kegemaran iaitu Barbican (perisa strawberi). Agak payah jugaklah nak menghabiskan Hanith Lamb tersebut sebab sungguh banyak.
Parent Hazmin pulak order Roasted Chicken saiz half. Boleh kongsi dua orang kalau ambik half. Agak rakus jugak la kalau order half tapi makan sorangkan. Kesimpulannya kalau betul-betul lapar dan nak melantak sepuas hati boleh la cuba makan makanan arab ni sebab portion hidangan dia sangat la banyak.