• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Blog Hazmin / Makin Jahanam Alexa Blog Ni

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin | 27 August 2013 | 58 Comments

Makin Jahanam Alexa Blog

Kalau tengok gambar dekat atas tu, memang terbuktilah makin jahanam Alexa blog ni. Korang nampak tak apa yang aku nampak? Haha.. Saja nak tahu tahap pencapaian blog. Ni semua gara-gara tak update blog untuk jangka masa yang lama hari tu. Makan bulan jugaklah. Padan muka kan. Siapa suruh malas sangat nak update entri. Terimalah akibatnya. Beberapa hari lepaspun aku tak dapat nak online disebabkan masalah pada komputer. Makin teruklah jadinya rank Alexa ni.

Aku pagi-pagi kalau bukak je blog memang check rank Alexa. Tiap-tiap hari makin meningkat naik dah Global Rank untuk blog aku ni. Memang sakit mata la jugak kalau tengok lama-lama. Bukan benda mudah nak turunkan balik rank Alexa ni. Nak menyesalpun tak guna dah. Nasi dah jadi bubur. Kalau bubur tu sedap jugak nak jamah, tapi yang ni haremmm. Haha..

Nampaknya sasaran untuk akhir tahun ni dah terjejas teruk. Mungkin aku tak mampu nak capai lagi. Tengoklah nanti setakat mana je yang boleh diselamatkan rank Alexa ni. Jangan cecah sejuta balik dah la. Rasanya dah kena bermain dengan SEO balik lepas ni. Ikutkan memang aku dah malas dah nak main SEO ni. Tapi apakan daya demi menyelamatkan rank Alexa yang semakin menjunam.

Alexa ni sebenarnya perkara yang memberi semangat untuk aku berblogging. Kenalah ada motivasikan. Kalau korang semangat dengan duit, aku yang ni je mampu. Harap tak cecah sejuta.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • AKMA.my 4 September 2013 at 11:51 AM

    Samalah blog saya pun jatuh menjunam..takpe lah saya pun tak berapa ambil kisah Alexarank ni ๐Ÿ™‚

    Reply
  • Hafizul 2 September 2013 at 12:39 PM

    Biasalah bro..pondok kecil punya pun dah kelaut dah..haha.

    Reply
  • Mak lagenda 29 August 2013 at 9:50 AM

    ranking alexa mak?? lagi la jahanam..ahaha. Tp x pe lag..now mak blogging pun ala suka2 je. Dah xde apa ayg mak nk kejar..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 10:35 AM

      Hehe. Itulah. Tapi kalau berblog takda sasaran macam tak best pulak mak. Tak mencabar.

      Reply
  • hafizmd 28 August 2013 at 3:44 PM

    entah apa bendalah alexa ni pandang…naik berbulu jugak aku nak melayan alexa ni..tak layan, sakit mata tgk nombor makin gemuk…

    arghhhh

    Reply
  • Izzat Eshak 28 August 2013 at 3:17 PM

    Wah ranking malaysia 5k je. Aku punya sekarang 16k. Jeles2, kena kejar ni =)

    Reply
  • Dja@Sishaza 28 August 2013 at 9:43 AM

    Waaaa…..nampaknya nasib kita serupa. X yah tunggu mkn bulan, x update 2,3 hari pun dah kena huhuhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:05 PM

      Hehe.. Kena iktiar macam mana nak turunkan ni.

      Reply
    • hafizmd 28 August 2013 at 3:45 PM

      betul tu sis dja…
      pantang tak update…naik jer memanjang…update pun naik jugak…adeh

      Reply
  • ajumohit 28 August 2013 at 5:27 AM

    dah tak ambil port sangat pasal alexa ni, lepas cuti raya tu ianya semakin naik dan naik, biaq pi lah ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:05 PM

      Simdron raya agaknyakan kak. Ni tak bila nak turun ni. Terus naik je.

      Reply
      • hafizmd 28 August 2013 at 3:45 PM

        aku ada gak survey beberapa blog otai..mmg naik juga memanjang, tp taklah deras bebenor macam blog ambe tu…hohooho

        Reply
  • Mohammad Thaqib 28 August 2013 at 1:13 AM

    Alaa, aku punya lagi ke laut. Masa dulu, ada laa 800k. Lepas tuu tak update, nak berapa ntah, aku tak tengok. Then, delete smuanya, aku nak buat personal blog je. Orang baca ke tak, yang penting aku senang dengan cara aku. hahaha~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:04 PM

      Itulah.. Ikutkan tak payah nak fikirpun sebab personal blog je pun. Tapi terjebak pulak dengan Alexa ni.

      Reply
      • Mohammad Thaqib 29 August 2013 at 1:10 AM

        Terjebak sebab kita semua ada penyakitSakit. Penyakit mudah terikut-ikutkan apa orang kata dan orang buat. hahaa~

        Reply
  • TehR 28 August 2013 at 1:12 AM

    dalam sebulan dua ni
    rasa malas sangat nak layan alexa

    biarkan je…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:03 PM

      Hehe. Rasanya nak ikut jugak macam ni Biarkan jela.

      Reply
  • gadisBunga 27 August 2013 at 11:52 PM

    boleh kejar balik tuuuu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:03 PM

      Tak larat nak kejar. Laju sangat perginya. Hehe

      Reply
  • azman 27 August 2013 at 11:10 PM

    Memblog macam biasa..kalau fikir sgt stress wooo..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:03 PM

      Itulah. Rasanya kalau terus naik malas nak fikir dah.

      Reply
  • Ismail N 27 August 2013 at 9:46 PM

    He he.. mahu kerja keras cam ni. Besar betul dah tu angkanya ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:02 PM

      Memang besar dah tu. Melampau pulak naiknya. Haha

      Reply
  • Bahrain 27 August 2013 at 8:12 PM

    relex brother, semoga terus bersemangat untuk menulis..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:02 PM

      InshaAllah semangat tu masih ada lagi.

      Reply
  • JR 27 August 2013 at 5:43 PM

    Saya tak pernah kisah dgn ranking saya. Kalau ambil pot sangat hanya malu dgn pencapaian diri sendiri yg tak seberapa ini. Kdg2 pikir kalau FAM tak kisah sangat dgn ranking Malaysia dlm bolasepak, mengapa kita nak risau dgn ranking kita dlm Alexa. Yg penting spt saya, sentiasa syok sendiri…ahaks…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:02 PM

      FAM tu tak boleh nak ikut bro JR. Banyak yang tak betulnya. huhu

      Reply
  • papa mifz 27 August 2013 at 4:36 PM

    ala nanti ok lah tuh , percayalah…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 12:01 PM

      Nak ok yang berkurun tu PM. Hehe

      Reply
  • titan 27 August 2013 at 3:27 PM

    hoho..gua punya pun makin naikkk aje..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 11:03 AM

      Lu punya naik sikit, wa punya naik banyak ni. Masalah2.

      Reply
  • MrJocko 27 August 2013 at 2:17 PM

    ok lagi ni bosss,,, teruskan menulis,,, anda pun hebat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 2:22 PM

      Masih lagi belajar ni. Susah jugak nak maintain. Hehe

      Reply
  • Anuar 27 August 2013 at 2:10 PM

    6XXK agak besar juga tu… Kena berusaha keras mengecilkan balik Alexa rank blog ini… Saya pun pernah alami situasi ini… Sebelum ni blog Coretan Anuar dah sampai 4XXK… Tetapi sekarang ni alhamdulillah dah mengecil kembali kepada 1XXK…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 2:22 PM

      Itulah. Jauh sangat larinya rank tu. Penat jugak nak kejar angkat besar macam tu. Tapi nak tak nak kena cuba jugak turunkan balik.

      Reply
  • Mieya Atiera 27 August 2013 at 1:58 PM

    Sama jugalah dengan ranking Mieya punya.. Dah ke laut. huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 2:20 PM

      Mieya punya blog still hebat tu walaupun alexa ke lautkan.

      Reply
  • AUC 27 August 2013 at 1:52 PM

    Benci, marah tapi sayang, tetap tengok dia jugak hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 2:20 PM

      Kih3.. Nak buat macam mana bro AUC. Alexa dengan blogger ni bersahabat baik.

      Reply
  • Cikgu Hairul 27 August 2013 at 1:26 PM

    pejamkan mata sudah. tak larat dah nak msin aci kejo ngan awex le sia nih.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 2:19 PM

      Haha. Betul la tu cikgu. Sekali sekali nak jugak kejar dia. Tak boleh tahan tengok di berlari-lari pulak.

      Reply
  • akubiomed 27 August 2013 at 1:26 PM

    Alexa Rank saya sudah ke laut. Jarang sampai 1k biasanya 6++ ke bawah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 2:18 PM

      Tapi blog bro tetap lagi hebat tu.

      Reply
  • lieyalatif 27 August 2013 at 12:17 PM

    ishh mmg sepatah haram akak tak paham dik alexa ke bende nie heheheeh…

    ntah dik, rajin2 le update blog…ade gak bahan nak bace hah….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:51 PM

      Itulah.. Hari tu ke laut jap. Habis berbulan tak update. Baru ni PC pulak buat hal. Ni baru ok nak update kak.

      Reply
  • AbgferOz 27 August 2013 at 12:13 PM

    heee… kalu nak kejar si alexa ni sampai kesudah la kita.. sekejab dia rapat dngan kita sekejab dia jauh dngan kita.. hahaha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:50 PM

      Betul tu. saja je nak bagi semangat ni. Nak target duit tak termampu. Hehe

      Reply
      • AUC 27 August 2013 at 1:51 PM

        betul sgt tu… ๐Ÿ™‚

        Reply
  • Qashmere 27 August 2013 at 12:09 PM

    Saya pon tak berapa nak reti menda2 Alexa tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:50 PM

      Saja je suka-suka ni. Bagi semangat sikit nak berblog.

      Reply
  • yui 27 August 2013 at 9:05 AM

    yui bab alexa bagai ni mmg tak reti..kui2..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:08 PM

      Takpa, blog yui dah mantap dah tu. Hehe

      Reply
  • 4feet8 27 August 2013 at 8:23 AM

    err.. tak faham. kalau cecah sejuta, apa berlaku..? haha.. serius tak tau..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 12:07 PM

      Kalau lebih sejuta nanti raksasa datang serang. Hehe

      Reply
      • 4feet8 27 August 2013 at 1:25 PM

        eee.. raksasa pun boleh muncul kat blog awk juga ke..? meh sini saya tarik telinga dia bawa balik ke blog saya.. degil raksasa tu, nak kena cubit betol..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 27 August 2013 at 2:17 PM

          Mungkin raksasa tu ikut awak datang sini kot. Tu sebab nak jahanam dah blog ni kena serang dengan raksasa. Hehe

          Reply
          • 4feet8 27 August 2013 at 4:49 PM

            err..maksudnya, sy dah tak boleh singgah sini ke..?
            T_T .

            Reply
            • Hazmin Hamudin 28 August 2013 at 10:38 AM

              Eh.. Bukan macam tu maksudnya. Raksasa je yang tak boleh singgah sini. Hehe

              Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor

By Hazmin Hamudin

Kerana Merokok, Pelajar Dirantai

By Hazmin Hamudin

Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2008

By Hazmin Hamudin

Tersesat Di Cameron Highland

By Hazmin Hamudin

Hazmin Kena Sengat Lebah

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in