• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Tip Blogging / Perlunya Identiti Sendiri Dalam Blog

Perlunya Identiti Sendiri Dalam Blog

By Hazmin Hamudin | 2 March 2011 | 6 Comments

Kalau kita nak promote sesuatu barang, apa yang korang buat ? Mesti korang akan bagi tahu kelebihan dan kekuatan sesuatu barang tu kan. Kira bagi tahu identiti barang tu dan perpezaan dengan barang yang lain la kan. Haa… Macam tu juga la dengan blog ni. 
Pada pendapat dan pandangan aku la, kalau nak blog kita dikenali oleh orang lain, kita mesti la cari apa kelebihan dan identiti yang membezakan blog kita dengan blog yang lain. Yela… Sekarang ni ramai yang berlumba-lumba nak buat blog dengan tujuan yang pelbagai. Jadi apa bezanya blog kita dengan blog orang lain ? Di sini la kita perlu adanya identiti blog kita bagi membezakan dengan mana-mana blog yang ada sekarang ni. Daripada perbezaan tersebutlah senang untuk kita mempromote blog kita supaya mudah dikenali ramai.
Kadang-kadang wujudnya kekeliruan dalam menentukan arah tuju blog kita sendiri. Perkara ini berlaku kerana tiadanya panduan untuk kita menentukan arah tuju tersebut. Contohnya dalam hidup kita, sudah semestinya setiap orang mempunya panduan mereka sendiri dan dari sini lah meraka akan mula membentuk identiti mereka, mengikut acuan yang mereka nak bagi mencapai arah hidup mereka. Begitu juga dalam dunia blog, jika tiadanya panduan, macam mana kita nak bentuk blog kita mengikut acuan yang kita nakkan seterusnya mencapai apa yang kita impikan selama ni kan.
Kalau dalam dunia blog ni, aku sebut blogger yang menyukai warna merah dan blognya pun menggunakan tema warna merah mesti korang kenal siapa yang aku maksudkan bukan ? Ha… Tu tandanya blogger tersebut telah menjumpai identitinya supaya mudah dikenali. Macam mana pulak dengan aku ? Haha.. Memang aku akui aku belum lagi jumpa dan masih tercari-cari identiti blog aku untuk diketengahkan kepada semua. Mudah-mudahan suatu hari nanti aku akan jumpa identiti aku sendiri dalam menentukan halu tuju blog aku.
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • dennis 27 September 2012 at 11:01 AM

    Jz buat apa yg ko suka.. jangan push sangat. have fun

    Reply
  • Hazmin 3 March 2011 at 12:47 PM

    @cik sakura
    ha…kan semua kenal tu ngn kaler merah blog sapa..hehe..

    @Nobita Sensei
    hehe…cepat cari indentiti sendiri ok 😉

    Reply
  • Nobita Sensei 3 March 2011 at 8:47 AM

    setuju. jangan terpedaya & terikut dengan blogger lain.

    Reply
  • cik sakura 3 March 2011 at 6:41 AM

    kalau merah tu biasa nya blog redmummy mesti first terlintas kat kepala..tapi cik sakura suka gincu merah je..identiti jugak ke..hehe..gurau je..

    Reply
  • Hazmin 3 March 2011 at 5:20 AM

    @shearasol
    betul tu…tapi kalau dah dapat memang nikmat je rasa

    Reply
  • shearasol 3 March 2011 at 4:10 AM

    Saya juga masih tercari-cari kelainan yang perlu di ketengahkan…susahnyerrr..

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sanda Dan Jejai Di Perlis

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Pilihan Raya Umum Ke 13

By Hazmin Hamudin

Tak Perasan Dapat CPUV

By Hazmin Hamudin

Trafik Hazminhamudin.com Bulan Oktober 2012

By Hazmin Hamudin

Mood Kembali Ke Gym

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in