Malaysia diiktiraf sebagai negara ke-51 paling gembira di dunia berdasarkan kaji selidik terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tiga tempat teratas pula adalah negara maju Scandinavia iaitu Denmark, Finland dan Norway yang mencadangkan penduduk negara kaya cenderung untuk lebih bahagia walaupun kekayaan tidak menjadi faktor penentu untuk mengukur tahap kebahagiaan. Betul ke dah makin kaya ni makin gembira? Aku tengok orang kaya ni lagi pening kepala ada la.
Amerika Syarikat, negara paling kaya di dunia, menduduki ranking ke-11, Jepun di tempat ke-44, China di tempat ke-111 di belakang Iran (84) dan Syria di tempat ke-106. Untuk negara Asia Tenggara yang lain, Singapura menghuni tangga ke-33, Thailand (52), Myanmar (72) dan Indonesia di ranking ke-83.
Status Malaysia dengan penduduknya hidup paling bahagia dan gembira di dunia terkandung dalam ‘Laporan Kebahagiaan Sedunia’ yang dikeluarkan di ibu pejabat PBB di New York, baru-baru ini. Laporan tersebut adalah berdasarkan maklum balas kaji selidik dari 2005 hingga pertengahan 2011 bagi mengukur tahap kebahagiaan 156 negara.
Kaji selidik itu dibuat berdasarkan beberapa penunjuk, antaranya kemakmuran kebendaan, kecenderungan umum seseorang dan tahap kepuasan dengan aspirasi asas masing-masing. Kebebasan politik, rantaian sosial yang mantap dan ketiadaan amalan rasuah adalah faktor bersama yang lebih penting daripada pendapatan dalam mengukur perbezaan kesejahteraan. Pada tahap individu pula, kesihatan mental dan fizikal yang baik, tempat seseorang untuk bergantung, jaminan pekerjaan dan keluarga yang stabil adalah faktor penting untuk mencapai kegembiraan.
Negara yang paling tidak bahagia ialah Togo, negara Afrika Barat.
51.. boleh tahan… tekanan aku nih.. dengan keje2 ..tensen jer, itu yang tolak markah kot, … hua hua…
Sabar bro… Jangan tekanan sangat… 🙂
Bila negara kita hendak menduduki tangga pertama?
itu indeks shja..hnya menekankan beberapa kriteria..selagi solat x dihalang dan tiada perintah berkurung..kemudahan asas, peluang pekerjaan dan lain2..tu dh cukup bgus 🙂