• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Murahnya Nilai Nyawa Manusia

Murahnya Nilai Nyawa Manusia

By Hazmin Hamudin | 18 December 2017 | 12 Comments

Lewat malam semalam, tular di susur-susur masa laman social satu video yang memaparkan satu kes pembunuhan ngeri di sebuah stesen minyak di Johor Bahru. Memang tak sanggup nak tengok video tu. Pada mulanya mangsa hanya dipukul oleh suspek dan kemudiannya tanpa disangka-sangka mangsa telah dilanggar ketika suspek hendak melarikan diri sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa tersebut. Kalau nak tengok video, cari la sendiri dekat mana-mana media social. Bersepah dah orang muat naik rasanya

Murahnya nilai nyawa manusia. Tu je yang boleh diterjemahkan. Seolah-olah nyawa  macam tiada nilainya lagi. Dengan mudah membunuh dengan sekejamnya, tanpa ada hati perut dan perasan belas kasihan sesama manusia. Kalau tak suka, boleh terus bunuh dengan sesuka hati. Terang-terangan lagi. Apa nak jadi la. Ngeri weh.

Paling dikesalkan pembunuhan di dilakukan di tempat awam yang sesak dengan orang ramai. Ramai mata yang memerhati. Tapi dah boleh agak sikap rakyat Malaysia ni macam mana. Semua hanya memerhati sahaja melihat suspek melunyaikan mangsa secukupnya dengan kejam. Biasalah dengan zaman serba moden dengan teknologi telefon bimbit yang semakin canggih, boleh diagak apa tindakan rakyat Malaysia. Hanya merakam sahaja apa yang berlaku.

Aku tak salahkan pun seratus peratus. Hujung pangkal pun tak tahu apa cerita sebenarnya. Tapi pasti ada yang komen, tahu ambik video je. Patut pergi la report polis awal-awal. Cuma boleh fikir yang positif sahaja. Mungkin kalau kita di tempat mereka pasti berasa takut dan tidak selamat juga kalau nak bertindak sendiri. Silap hari bulan, kita juga lunyai dikerjakan penyanggak tu. Sebab tu ramai yang mengambil sikap berdiam diri dan memerhatikan sahaja apa yang berlaku.

Malaysia masih aman? Tu sudah biasa didengar dari pihak atas untuk menyedapkan hati netizen. Tetapi statistik jenayah pulak menunjukkan sebaliknya. Pembunuhan kejam secara terang-terangan di tempat awam, masih aman ke macam ni? Baru-baru ni pulak kereta wife aku kena rembat dengan malaun mana tah. Boleh baca sini. Sendiri fikir la aman tu dekat mana. Harap pihak polis cepat la bertindak ambik tindakan yang sewajarnya.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • titan 22 December 2017 at 5:23 AM

    memang murah.
    sebab itu orang sekarang pun tak rasa apa-apa sangat bila orang Islam terbunuh kat palestin.

    Reply
  • Khairul Zamri 19 December 2017 at 9:20 PM

    Seram juga tengok kes pembunuhan tu, semoga kita semua dijauhkan daripada perkara begitu

    Reply
  • Dkna Abza 19 December 2017 at 4:24 PM

    tengok separuh je video tu. tak sanggup..

    Reply
  • Hanim 19 December 2017 at 9:35 AM

    Jenayah terang-terangan dah sekarang. Kita yang berada berdekatan ni pun takut nak tolong, sebab suspek ada senjata dan merbahaya. Memang kejam mangsa diperlakukan begitu.

    Reply
  • bukharimalek 18 December 2017 at 11:06 PM

    kejam nak mati.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 11:23 PM

      Bukan nak mati. Memang mati orang tu dikerjakan.

      Reply
  • TENGKUBUTANG 18 December 2017 at 4:40 PM

    TB pun baru kejap ni ternampak video tu.,.. Allah.. dah la kena pukul.. kena lenyek 2 kali pulak tu.. Allah.. tak snaggup tengok.. kejam nya manusia..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 11:21 PM

      Memang tak sanggup nak tengok. Langgar binatang pun tak sanggup, ni pulak manusia. kejam betul.

      Reply
  • Mat Bihi 18 December 2017 at 12:30 PM

    Memang ngeri. Ada manusia yg dah bertukar jadi makhluk buas nampaknya !

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 12:35 PM

      Itulah. Terlebih buas dah tu. sampai berbunuhan.

      Reply
  • Bahrain 18 December 2017 at 11:59 AM

    serius aku pun tak sanggup nak tengok.. siap2x skip semua.. nampak kena gilis skit terus tak tengok terus. ngeriii

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 December 2017 at 12:31 PM

      Memang ngeri. Ingat bergaduh biasa je. Sekali tengah skip tengok kena geles, fuh. Seriau nak tengok.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Google Doodle | Pilihan Raya Umum Ke 13

By Hazmin Hamudin

Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I

By Hazmin Hamudin

Mesti Tengah Risau

By Hazmin Hamudin

Ni Lah Akibat Lama Bercuti

By Hazmin Hamudin

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Adik

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in