Hari ni merupakan hari untuk melihat anak bulan seperti yang telah ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Jika tiada arah melintang, malam ini umat islam di Malaysia akan melakukan ibadah solat sunat tarawih. Esok pula seperti kebiasaannya di bulan Ramadhan, semua orang akan bangun awal pagi untuk bersahur.
Kalau puasa mesti ramai yang sibuk menyelak buku atau mencari niat untuk berpuasakan. Di harap niat puasa ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa ini sedikit sebanyak dapat membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat Islam di luar sana.
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat harian
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat sebulan
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
hazminhamudin.com: Moga Ibadah kita pada tahun ini berjalan lancar dan diterima – NYA. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam walau di mana berada. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
selamat berpuasa untuk kamu
Selamat berpuasa untuk kamu..