• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Pemain Badminton Kebangsaan Mohamad Arif Ab Latif Disamun

Pemain Badminton Kebangsaan Mohamad Arif Ab Latif Disamun

By Hazmin Hamudin | 15 March 2012 | 4 Comments

Seorang pemain badminton kebangsaan berusia 22 tahun kerugian RM14,000 selepas wang tunai untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibelinya disamun tiga lelaki dalam kejadian di Taman Tun Dr Ismail, di sini, kelmarin.

Mohamad Arif Ab Latif DisamunDalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Arif Ab Latif sedang berjalan ke arah keretanya selepas makan tengah hari bersama seorang rakan didatangi dua motosikal ditunggang tiga lelaki.

Menurut sumber, pada mulanya, mangsa tidak sedar lelaki terbabit datang dari arah belakang sebelum memberhentikan motosikal di hadapannya.

Katanya, seorang daripada lelaki itu terus menarik beg sandang mangsa menyebabkannya terkejut sebelum menumbuk muka lelaki itu dan lelaki terbabit membalas dengan menumbuk dada mangsa.

“Akibat melawan, dua rakan lelaki itu turun dari motosikal sebelum seorang daripada mereka mengacukan pisau ke perut mangsa.

“Sebaik mengacu pisau itu, mereka meragut beg sandang mangsa yang mengandungi wang RM14,000 sebelum melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, wang itu untuk membayar pendahuluan kereta hendak dibeli selepas mangsa tamat latihan pada hari berkenaan.

Katanya, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius, sebaliknya hanya cedera ringan di dada dan muka kerana ditumbuk.

Susulan kejadian itu, Mohamad Arif membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – myMetro

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 16 March 2012 at 4:43 PM

    Harian juga macam mana penjenayah tahu dia ni ada bawa banyak duit?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 March 2012 at 6:32 PM

      Mesti ada orang dalam yang memaklumkan ataupun ada orang yang dah perhati masa di bank lagi.

      Reply
  • titan 15 March 2012 at 8:04 PM

    pehh..14 ribu dalam tangan???

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 March 2012 at 9:45 PM

      Dah takda rezeki la tu. Mungkin dari dekat bank lagi dah kena target.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Bob Kuman Meninggal Dunia Hanya Khabar Angin

By Hazmin Hamudin

Suasana dan Ragam Selepas Hari Raya Aidilfitri

By Hazmin Hamudin

Tangan Kanak-Kanak Tersepit Pada Mesin Permainan

By Hazmin Hamudin

Tazkirah Jumaat | Ilmu

By Hazmin Hamudin

Maharaja Lawak Minggu 12

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in