• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Samurai Beef Burger McDonald’s

Samurai Beef Burger McDonald’s

By Hazmin Hamudin | 1 October 2012 | 33 Comments

Samurai Burger McDonalds 1

Samurai Beef Burger McDonald’s. Mcdonald’s telah menampilkan burger terbaru mereka iaitu Samurai Beef Burger. Burger ni dah berada di pasaran sejak 18th September hari tu. Tapi Jumaat lepas aku baru berkesempatan nak cuba Samurai Beef Burger ni. Lambat betul baru aku dapat merasa dan update pasal Samurai Beef Burger ni.

Samurai Burger McDonalds 2

Bila tengok iklan dekat tv, sememangnya membuatkan hati ni memberontak nak merasai kenikmatan Samurai Beef Burger daripada McDonald’s ni. Kuat betul penangan iklan ni kepada pengguna.

Harga untuk Ala-carte kalau tak silap RM8.20 je. Untuk hidangan set besar adalah RM11.25 (berserta Katsu Curry Mcshaker fries dan air berkarbonat biasa) dan RM12.45 untuk hidangan berserta Katsu Curry Mcshaker fries dan air Sakura Mcfizz).

Samurai Burger McDonalds 3

Ni lah rupa Samurai Beef Burger tu yang dicelup bersama dengan sos teriyaki. Kalau korang biasa makan teriyaki mesti dah boleh agak macam mana rasa Samurai Beef Burger ni. Rasa burger ni memang agak manis dan tarasa pelik bila makan burger manis macam ni. Rasanya, burger sebegini sememangnya tidak kena dengan selera aku. Kalau korang suka burger yang manis-manis, boleh la berkunjung ke McDonald’s yang berhampiran.

Samurai Burger McDonalds 4

Set hidangan ni datang bersama dengan minuman Sakura Mc Fizz iaitu campuran air ribena dan sprite. Memang agak pelik rasanya dan mungkin juga sedap bagi sesetengah orang.

Bagi yang belum cuba, boleh la cuba Samurai Beef Burger ni  sebab burger ni adalah untuk masa yang terhad sahaja. Nanti kalau dah lambat takut dah takda pulakkan. Overall aku bagi 2/5 untuk Samurai Beef Burger ni sebab rasa manis. Hehe..

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • sumijelly 3 October 2012 at 3:41 PM

    dah mknnnnnnnnn…… mmg sedap!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 October 2012 at 7:48 PM

      Ada juga yang kata sedapkan. Hehe. Berbeza pendapat.

      Reply
  • maszull 3 October 2012 at 3:38 PM

    assalamualaikum hazmin….sedapnya rasa nak makan plak…:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 October 2012 at 7:47 PM

      Waalaikumsalam. Kalau belum cuba boleh la cuba makan nanti 🙂

      Reply
  • tehr 2 October 2012 at 5:22 PM

    mungkin sesuai untuk aku
    sebab aku tak suka pedas

    tapi aku belum juga sempat mencuba
    tak tahu bagaimana rasa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2012 at 7:49 PM

      Kena pergi cepat sebelum terlambat bro. Lepas tu boleh komen macam mana rasa burger samurai ni.

      Reply
  • auc dot com 2 October 2012 at 7:56 AM

    alaaaa bro nape la wat entri ni, tak tahan dah ni… sebenar dari sehari ke sehari x lepas2 nak gi makan benda alah ni…. tak jadi ni, tak kira balik pejabat kena pergi terus ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2012 at 8:37 AM

      Sebab tak sebab tu yang aku buat entri ni. Hehe.. Takpa, bro kena try dulu mana tau menepati selera bro.

      Reply
  • Hafizul 2 October 2012 at 1:28 AM

    wahhh boleh menggugatkan ketahanan nafsu makan sy nih..hehe..best!!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2012 at 7:00 AM

      Wah.. Kuat jgk nafsu makan Hafizul ni ya.

      Reply
  • cik tom 1 October 2012 at 11:45 PM

    ntah tgk dlm iklan tv n jgk pic ni rs xterliur plk tgk burger ni..tgk cam biase je..heee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 October 2012 at 7:00 AM

      Biasa je cik tom. Iklan je lebih. Hehe

      Reply
  • boni kacak 1 October 2012 at 10:26 PM

    burger manis macam tak berapa ummph la pulak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 11:21 PM

      Adik manis barulah umph kan bro? Haha..

      Reply
  • bardboo 1 October 2012 at 8:48 PM

    err….tolong pos satu ke sini..huhu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:59 PM

      Berapa lama pulak la nak sampai France tu kan. Hehe

      Reply
  • azura 1 October 2012 at 8:39 PM

    nampak aummmm

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:59 PM

      Tu dah macam nampak harimau je tu. hehe

      Reply
  • eszairy 1 October 2012 at 8:28 PM

    Perggh sedap nii..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:59 PM

      Suka ke burger samurai ni bro?

      Reply
  • padin 1 October 2012 at 7:30 PM

    aku pon macam teringin nak rasa, tapi member ada gak cakap manis
    tak berapa berkenan plak kalau makan beger manis ekekee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:58 PM

      Dah macam burger cicah gula gamaknya.

      Reply
  • Ummi Hanie 1 October 2012 at 7:18 PM

    sy pun ada terbaca kat wall FB, org komplen burger ni manis… hmm xnak ah try

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:57 PM

      Memang manis.. Tapi ramai jugak yang puji burger ni. Selera masing-masingkan.

      Reply
  • gamep01nt 1 October 2012 at 5:40 PM

    2/5 ? kalau camtu baik aku makan char kuay teow kerinchi aje la

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 9:57 PM

      Tu satu pilihan yang tepat bro. Majulah makanan Malaysia.

      Reply
  • rahman 1 October 2012 at 2:52 PM

    sedap burger ni sebenarnya.. masa makan tu cuba kunyah perlahan lahan sambil menikmati rasanya hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 3:29 PM

      Nampaknya bro memang suka burger samurai ni daripada saya. Hehe

      Reply
  • anif 1 October 2012 at 2:52 PM

    😀 Entry ini buat saya lebih lapar la.. Hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 3:29 PM

      Apa tunggu lagi, boleh la terjad mcD. Hehe

      Reply
  • akubiomed 1 October 2012 at 1:59 PM

    Belum ada peluang untuk pergi. Adik saya kata kaunter take away Q panjang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 October 2012 at 2:11 PM

      Boleh la cuba dan buat review pulak. Saya memang takkan repeat lagi makan Burger Samurai ni. Hehe

      Reply
    • Ummi Hanie 1 October 2012 at 7:18 PM

      kita ambil drive thru saja 😉

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Merancang Percutian Ke Melbourne Australia

By Hazmin Hamudin

Gambar Suria KLCC Terbakar

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Jeruk Madu Pak Ali

By Hazmin Hamudin

Bercinta Nak Update Blog

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in