• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pendidikan / Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012

By Hazmin Hamudin | 5 November 2012 | 30 Comments

Peperiksaan SPM

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2012. Pagi ni semua pelajar tingkatan lima di seluruh Malaysia akan menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam hidup mereka, iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SPM ini adalah penentu masa depan dan diharap anda dapat buat yang terbaik bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang. Besarlah harapan ibu bapa untuk melihat anda semua berjaya dalam peperiksaan ini dengan keputusan yang membanggakan.

Di sini aku nak berikan beberapa pesanan dan panduan kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan SPM ataupun peperiksaan lain kelak.

      • Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang Islam, anda perlu memperbanyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuanNya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

  • Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50% apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri, anda boleh menjawabnya. Apa yang penting adalah sentiasa fokus dan yakin dengan jawapan yang anda tulis di kertas peperiksaan anda.

Untuk itu, aku ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar tingkatan lima yang akan menduduki Peperiksaan SPM 2012 tak kira di mana berada. Seramai 472,541 orang calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini, 5 November sehingga 6 Disember 2012. Semoga kecermelangan menjadi milik anda semua.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • syazwancdm 5 November 2012 at 11:13 PM

    dulu kan, rasa macam SPM ni susah sangat.
    then after SPM.
    rupa rupanya, banyak lagi exam yang mencabar.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 11:25 PM

      Biasa la tu kan.. Bila kita dah lalui kesusahan tu, baru rasa kemanisan dia kan. Yang susah tak lalui lagi tu, mamang tak rasa lagi kesenangan dia.

      Reply
  • miz ruha 5 November 2012 at 10:42 PM

    gud luck buat mereka… ^_^
    dah lama tak main bulat2 hitam tu…

    Reply
  • Nora 5 November 2012 at 6:19 PM

    Moga Allah permudahkan calon SPM untuk menjawab soalan… Amin…

    Reply
  • Hairul Hissam 5 November 2012 at 5:06 PM

    saya sampai skrg asyik termimpi masuk exam dengan berdebar2….

    betul tu bro.. jgn panik.. kalo panik lupa semua…

    Reply
  • maszull 5 November 2012 at 3:21 PM

    assalamualaikum hazmin….semoga adik2 kita berjaya nanti…:)

    Reply
  • zila sensei 5 November 2012 at 3:12 PM

    thnaks for the tips.
    adik sy smpai pucat muka nak hadapi exam..kesian plak.huhu

    Reply
  • Juan 5 November 2012 at 2:59 PM

    bro ni cikgu ka

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 3:02 PM

      Bukan… Saja nak mengucapkan selamat kepada adik-adik yang mengambil SPM… Tak pandai nak mengajar.. Hehe

      Reply
  • daddyziyyad 5 November 2012 at 2:53 PM

    terkenang zaman ambil SPM dulu..:)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 3:02 PM

      Memori indah setiap orang sama ada gagal ataupun berjaya. Hehe

      Reply
  • eyriqazz 5 November 2012 at 1:27 PM

    Good luck…teringat kenangan zaman remaja menduduki spm..berdegup2 kencang dibuatnya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 2:01 PM

      Hehe.. Semua melalui perasaan yang sama. Sekarang ni mesti kita rasa ‘kacang’ je semua tu kan bro.

      Reply
  • kesumaAngsana 5 November 2012 at 12:27 PM

    Doakan semua nyer berjaya ye !

    Reply
  • wazy 5 November 2012 at 12:21 PM

    Selamat berjaya untuk adik-adik yang menduduki SPM

    Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 5 November 2012 at 11:39 AM

    Anak akwe yg sulung happy giler SPM nie sbb dia cuti ler… 😀
    Selamat berjuang calon2 SPM semua. Good luck…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 1:17 PM

      Budak2 yang tak nak exam memang seronok sbb tak payah datang sekolah. Hehe..

      Reply
  • nur anis 5 November 2012 at 11:22 AM

    semoga dipermudahkan untuk mereka semua…

    Reply
  • hafizrahim 5 November 2012 at 11:20 AM

    good luck untuk adik2 spm kita..cuba yang terbaik..percaya pada diri sendiri.

    Reply
  • syaifuddin alias 5 November 2012 at 11:06 AM

    bagus ni ..hehe .. semoga berjaya kepada semua budak2 SPM

    Reply
  • jna 5 November 2012 at 10:12 AM

    perfect tips.. ;)) so all the best tok smua yg menduduki spm 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 10:24 AM

      Jna tak nak ambik SPM blk? Kih3..

      Reply
  • Mummy Akmar 5 November 2012 at 10:05 AM

    Aduhai..teringat 12 tahun lepas..jantung bergerak kencang, stress tapi kena hadapi. Alhamdullilah keputusan yang diharapkan.

    Apa2 pon semoga adik2 kita selamat menduduki peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 10:23 AM

      Hehe.. SPM antara kenangan yang sukar nak lupa kan Mummy…

      Reply
  • Kakzakie Purvit 5 November 2012 at 9:08 AM

    Bersama kita doakan mereka yg menduduki peperiksaan ini semuanya berjaya kelak. Betul SPM kira sijil pertama dilihat bila memohon pekerjaan walau ada degree/Phd sekalipun. Tak macam PMR org tak tanya pun kan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 9:18 AM

      Betul tu kak. Sijil SPM ni sangat penting dan penentu arah tuju kita lepas tamat sekolah. Harap mereka semua berjaya.

      Reply
  • yui 5 November 2012 at 9:03 AM

    good luck utk semua ya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 9:17 AM

      Good luck untuk Yui.. Haha.. Macam Yui ambik SPM lak kan.

      Reply
  • jijah 5 November 2012 at 8:41 AM

    wah.. dah start yer SPM… gudluck kepada adik2 yang menduduki spm tahun ni.. semoga semuanya berjaya… InsyaAllah..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 November 2012 at 9:00 AM

      Yer Jijah.. SPM dah start pagi ni.. 🙂

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Semak Keputusan PMR 2011 Melalui MySMS

By Hazmin Hamudin

Layan Pull Up Bar Dekat Rumah

By Hazmin Hamudin

Gambar Pesawat Baharu MAS A380-800

By Hazmin Hamudin

Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah Sampai

By Hazmin Hamudin

Siapa Yang Dapat Tengok Hujan Meteor Perseid?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in