Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012. Esok bersamaan 13 November 2012, kaum India di Malaysia dan seantero dunia akan menyambut Hari Deepavali. Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘Pesta Cahaya’ bukan sahaja disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu tetapi juga kaum Sikh di negara kita.
Perayaan yang disambut sebagai ‘Pesta Cahaya’ ini semestinya mempunyai nilai yang boleh dikongsi bersama terutama apabila secara simboliknya, menggambarkan tanda kemenangan kuasa kebaikan bagi mengatasi kejahatan. Sifat cahaya itu sendiri yang menerangi kegelapan perlu dihayati agar kita dapat memastikan segala tindakan kita terutama dalam berblogging dapat memberi manfaat serta kebaikan yang besar kepada semua.
Dikesempatan ini aku ingin menyucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu. Moga cahaya kegembiraan dan perpaduan akan kekal selama-lamanya. Kepada yang pulang bercuti di kampung halaman, berhati-hati semasa memandu di jalanraya dimusim perayaan.
selamat hari Deepavali dan selamat bercuti
Selamat bercuti. Esok kerja balik. Hehe
Selamat bercuti semua.. Lusa cuti lagi.. Weeeee
Lusa saya kerja setengah hari. Kena pergi PICC. Hehe
happy holiday bro
Deepavali disambut dengan penuh harapan agar negara kita sentiasa aman dan makmur. Tiada sengketa sesama bangsa dan agama.
Semoga perpaduan negara kekal sampai bila-bila…
Kawe kojo hari ni…..tripple….ahakz…..ahakz…..mato duitan betui laaaaa
Pergh… Memang mantap la OT bro hari ni…
selamat hari raya deepavali juga…
sapa2 ada wat opehouse…..
Yang pastinya saya tak buat. Hehe..
Wah! besok raya.. Sapa buat open hse? jom terjah… 😀
Bro takda buat open house ke? Hehe. Nak terjah ni..
Saya raya dekat rumah aje….nak makan maruku mai la rumah….hehehehe…
Wah.. Ada maruku. Hahaha
raya dekat mana tahun ni bro ? haha
Raya di rumah je bro. Hahaha
tak g beraya makan muruku ke manisan ke ? pasti enak banget ..haha
Kih3… Jangan begitu bro.. Kalau rumah bro ada buat maruku dan manisan, boleh je saya datang…
sama bro. selamat hari depavali 🙂
Selamat2.. 🙂
Kalau sambutan Deepavali teringatkan akan Maruku air tangan ibu kawan saya berbangsa India. Memang sedap.
Pasti sedapkan sebab bro sampai teringat
hpy deepavali ;D
Raya di mana? Kih3…