• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Sinopsis Drama dan Filem / Sinopsis Drama Bukan Bidadari Slot Lestary TV3

Sinopsis Drama Bukan Bidadari Slot Lestary TV3

By Hazmin Hamudin | 16 June 2012 | 1 Comment

Drama Bukan Bidadari di Slot Lestary TV3 bakal bermula bersiaran pada 19 Jun 2012 pada jam 9.00 malam di TV3 bagi menggantikan drama 3 Janji. Diarahkan oleh Faisal Ishak dibawah penerbitan Filemscape Production, skrip Bukan Bidadari ditulis oleh Zuli Ismail. Faisal, dia yakin drama berdurasi 13 episod ini akan mendapat sambutan kerana jalan ceritanya yang menarik selain lakonan mantap daripada barisan pelakon.

Drama Bukan Bidadari

Bukan Bidadari membariskan pelakon seperti Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).

Sinopsis Drama Bukan Bidadari

Bukan Bidadari yang berkisar mengenai kisah Inas yang dahulunya hidup mewah tetapi hidupnya berubah sekelip mata setelah kematian bapanya. Inas perlu menjaga ibunya Puan Hani di samping tu dia perlu memikul dan selesaikan hutang bapanya.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Ariff. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal.

Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

Nantikan kesudahan Bukan Bidadari , 13 episod  di slot Lestary hanya di tv3 jam 9 malam , 19 Jun ni.

Promo Drama Bukan Bidadari Slot Lestary TV3

 

httpv://www.youtube.com/watch?v=wFJrqAv1lek&feature=player_detailpage

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jebeng Otai™ 16 June 2012 at 9:57 PM

    cerita ni dgn cerita naziha..mana nk tgk ni..hehe

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Akhirnya Bersepah Jugak Meja Aku

By Hazmin Hamudin

Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi

By Hazmin Hamudin

Kuliah Hujung Minggu

By Hazmin Hamudin

Suasana Sekitar The Star Motor Carnival 2012

By Hazmin Hamudin

SKMM Perlu Disiplinkan Penulis Blog

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in