• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Event / Suasana Sekitar The Star Motor Carnival 2012

Suasana Sekitar The Star Motor Carnival 2012

By Hazmin Hamudin | 18 September 2012 | 47 Comments

The Star Motor Carnival 2012 1

Suasana Sekitar The Star Motor Carnival 2012. Semalam sempat singgah di Bukit Jalil untuk berkunjung ke The Star Motor Carnival 2012 yang diadakan di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Karnival ini dianjurkan bersama oleh The Star dan Cityneon Malaysia. Pelan asal nak pergi Jalan Pasar, Pudu untuk cari barang tapi ‘tersesat’ pula ke The Star Motor Karnival ni. Ni gara-gara terdapat ‘tarikan’ yang tak boleh dilepaskan dekat sini terutamanya untuk peminat kereta macam aku ni.

The Star Motor Carnival 2012 2

The Star Motor Carnival 2012 yang berlangsung selama empat hari ni telah melabuhkan tirainya semalam. Macam-macam jenis kereta korang boleh jumpa dekat sini tak kiralah yang pelik-pelik ataupun kereta biasa-biasa. Tengoklah macam kereta Perodua Kelisa yang telah diubahsuai menjadi Daihatsu Gino dengan tayar terkepak ni. Ni kalau jumpa bonggol mesti gelabah takut bumper sangkut.

The Star Motor Carnival 2012 3

Tapi tarikan utama aku rasa semalam adalah untuk acara Gymkana (ingat orang je pandai pergi gym?). Kira sempat jugaklah semalam aku melayan halwa telinga mendengar deruman bunyi enjin jentera-jentera hebat yang bertanding dalam acara Gymkhana dekat The Star Motor Carnival 2012 ni. Korang yang tak berkesempatan nak pergi tu boleh la layan gambar yang aku sempat snap menggunakan handphone BlackBerrycabuk aku. Jadilah daripada takda langsungkan.

Aksi peserta melakukan aksi ‘burnout’ sehingga berasap sekitar kawasan berlangsungnya The Star Motor Carnival 2012 di perkarangan Stadium Bukit Jalil ni. Tayar sponsor boleh la buat macam ni kan. Kalau tayar sendiri sayang tu abis macam tu je.

The Star Motor Carnival 2012 5

Mitsubishi Lancer Evolution IX vs Subaru Impreza (Version berapa tak pasti la pulak). Memang satu pertembungan yang  hebat dengan aksi deruman enjin yang mengasyikkan. Memang hebat jentera-jentera negara matahari terbit ni.

The Star Motor Carnival 2012 6

Proton Satria vs BMW (tak pasti sama ada 5 series ataupun M5). Sudah pasti yang memenanginya adalah Proton Satria. Body besar mana sesuai nak main Gymkana ni.

The Star Motor Carnival 2012 7

Proton Satria Neo vs Proton Satria Neo. Satu perlawanan yang seimbang bagi model yang sama kerana kedua-duanya sama hebat.

The Star Motor Carnival 2012 8

Kesimpulannya memang menyeronokkan sepanjang hari berada di The Star Motor Carnival 2012 dengan pelbagai acara yang berlangsung di sana. Acara Gymkana yang berlangsung menambahkan lagi kehangatan sepanjang berlangsungnya karnival tersebut. Mungkin lepas ni boleh ditambah lagi bilangan pengeluar kereta yang menyertai karnival untuk tahun hadapan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Jebeng Otai™ 21 September 2012 at 12:16 AM

    keter besar leh wat gymkhana..cuma kene modifikasi kat stering lebih la..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 8:36 AM

      Itulah.. Slumber je main corner rapat-rapat evo, subaru dengan cefiro.

      Reply
  • saupz 20 September 2012 at 4:35 PM

    aduh.. rugi nye ta pegi.. xperasan la pulak program ni bila..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 September 2012 at 8:34 AM

      Program minggu lepas ni bro.. 🙂

      Reply
  • muazfaris 19 September 2012 at 11:35 PM

    kereta antik tu.. kalo pakai sekarang, mesti best kan.. huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 September 2012 at 12:24 AM

      Kalau pakai confirm kena bahan dengan member ni. Hehe.

      Reply
  • syaifuddin alias 19 September 2012 at 4:54 PM

    whoaa..handal lah ..meriah jugak nampaknya 😀

    Reply
  • Mak lagenda 19 September 2012 at 2:54 PM

    wahhhh..mmg seronok tgk carnival motor camni!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 3:07 PM

      Memang seronokpun mak. Tapi kalau yang tak minat kereta tu boring jugak la.

      Reply
  • baguznet 19 September 2012 at 2:05 PM

    Tengok pada gambar2 tu, no wonder tertarik ke sana…
    Kalau saya sendiri pun mgkn akan ke sana walaupun bukan peminat tegar kereta…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 2:14 PM

      Itulah.. Saya pulak bab kereta ni memang sentiasa tertarik.

      Reply
  • ProfHariz 19 September 2012 at 11:16 AM

    Menarik aktiviti macam ni. Dapat buka mata 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 2:11 PM

      Itulah.. Sekurang-kurangnya dapat tunjuk skill dengan cara yang betul.

      Reply
  • Azian Elias 19 September 2012 at 9:47 AM

    salam kenal….

    anak2 bujang i sure suka kat dapat ke sini ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 10:25 AM

      Salam kenal.

      Reply
  • Myra Jay 19 September 2012 at 9:19 AM

    Perodua Kelisa diubahsuai sampai hilang identitinya..
    Memang terer la ;D

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 10:25 AM

      Orang Malaysia ni kalau bab kereta ni abis semua diubahnya. Hehe

      Reply
  • puteri kasih 19 September 2012 at 1:26 AM

    suka tengak rekabentuk kereta klasik…unik 🙂

    Reply
  • donnyien 19 September 2012 at 12:50 AM

    bro, sekadar nak beritahu, sejak beberapa hari ni, bila masuk je blog bro loading blog bro lambat sedikit dari blog-blog yang lain, mungkin jquery ada masalah kot`~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 10:25 AM

      Itulah.. Ada jugak perasan masalah ni bro.. Ada detect jquery problem. Tapi tak tahu nak repair macam mana.

      Reply
  • Sobri Mansor 19 September 2012 at 12:48 AM

    Drift skang nih memang dah jadi satu sukan wajib dekat malaysia nih. Rasa macam nak pergi amik lesen keta advance jer nih… hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 10:24 AM

      Tu la bro.. Macam nak pergi ambik advance driving je. Hehe

      Reply
  • Sop 18 September 2012 at 11:24 PM

    wah bestnya,,, lama nyer x dpt tgk motor show 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 10:23 AM

      Sekali sekala layan auto show macam ni memang best bro.

      Reply
  • donnyien 18 September 2012 at 10:43 PM

    kereta klasik memang terbaik, kereta yang semakin di tengelami oleh kenderaan moden, nice pic bro~

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 10:48 PM

      Takda la nice bro.. Snap pakai Blackberry je..

      Reply
  • anif 18 September 2012 at 9:08 PM

    Ada pameran kereta klasik buat karnival ni lebih meriah! 😀

    Reply
  • azura 18 September 2012 at 8:42 PM

    wah klasik tapi yela perempuan mana minat kereta bagai just senang bawa boleh jalan je dah cukup baik

    Reply
  • topo 18 September 2012 at 7:10 PM

    fuhhh kereta klasik tu memang terbaik! kalau bapak aku nampak ni mesti dia geram punya hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 9:26 PM

      Bapak peminat kereta klasik ke? hehe.. Anak pulak macam mana?

      Reply
  • akubiomed 18 September 2012 at 6:43 PM

    Kalau dapat berada disini untuk membidik okay juga nih. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 9:26 PM

      Tu la.. Cuma dapat membidik menggunakan handphone saja.

      Reply
  • beckhr00y 18 September 2012 at 6:23 PM

    nak juga buat burnout tu kalau ada org sponsor hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 9:25 PM

      kalau ada yang sponsor saya pun nak try burnout ni. Hehe

      Reply
  • tehr 18 September 2012 at 5:10 PM

    memang tak terasa masa berlalu ni
    comel2 belaka tu

    Reply
  • nurmisnan 18 September 2012 at 4:48 PM

    Bestnya.. Very classic

    Reply
  • boni kacak 18 September 2012 at 1:05 PM

    koleksi kereta klasik tu yang best tu.. pergh. lama tak tgk kereta2 lama tu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 9:25 PM

      Ramai betul yang minat kereta klasik ni ye

      Reply
  • ecadwinkyasha 18 September 2012 at 12:08 PM

    suka tengok keta2 klasik mcm tu..hebat wei!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 9:25 PM

      Minat kereta klasik ye?

      Reply
      • ecadwinkyasha 18 September 2012 at 10:49 PM

        trsgt suka tgk keta klasik..dlu ada koleksi mainan keta klasik..bila pas2 dgn adik,hancur musnah koleksi.hehehe

        Reply
        • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 10:23 AM

          Sayang la semua koleksi yang telah dikumpul hancur. Hehe

          Reply
          • ecadwinkyasha 19 September 2012 at 12:04 PM

            syg mmg syg…tpi nak wat camna..lagi sygkn adik..bgi je la main..hahahaha

            Reply
            • Hazmin Hamudin 19 September 2012 at 2:11 PM

              Sayang adik yang penting tu. Hehe

              Reply
  • shraqs 18 September 2012 at 9:51 AM

    Alamak! Interestingnya model2 kereta klasik tu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 September 2012 at 9:24 PM

      Peminat kereta klasik ke bro?

      Reply
      • shraqs 18 September 2012 at 11:01 PM

        Takla minat sangat,.. suka tengok design diorang yang halus & terperinci kalau nak banding ngan design sekarang ni.

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2012 Kali Ke-55

By Hazmin Hamudin

Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Dublin Spire

By Hazmin Hamudin

Menang GA Pertama Dari Yanmieonline.com

By Hazmin Hamudin

Jom Keluar Jalan-Jalan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in