Masih dibuai mimpikah seluruh rakyat Malaysia pagi ni ? Malam yang dirasakan cukup panjang oleh semua rakyat Malaysia malam tadi apabila skuad Harimau Muda terpaksa berhempas pulas untuk bertarung dengan pasukan Indonesia dalam tempoh perlawanan yang memakan masa selama 120 minit. Sudah pastinya pelbagai perasaan, berdebar, takut, risau semuanya bermain di jiwa seluruh rakyat yang menyaksikan perlawanan secara langsung tersebut.
Stadium Gelora Bung Karno digegarkan dengan pekikan dan sorakan penyokong mereka pada minit ke-5 perlawanan apabila tuan rumah berjaya mendahului Malaysia Indonesia mendahului Malaysia 1-0 menerusi gol tandukan hasil sepakan sudut pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA. Jaringan tersebut dijaringkan oleh Gunawan iaitu pemain pertahanan mereka.
Setelah ketinggalan dengan jaringan tersebut, Malaysia tidak berputus asa dan terus menggandakan asakan ke kubu pihak lawan dan hasilnya Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35 perlawanan dan sekaligus menyemarakkan kembali semangat juang pemain.
Selepas tamat 90 minit perlawanan, Malaysia dan Indonesia terikat dengan 1 – 1 dan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan. 30 minit masa tambahan memang cukup mendebarkan apabila Indonesia bertali arus melancarkan serangan ke pintu gol Malaysia manakala Malaysia lebih banyak bertahan. Bagaimanapun kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat telah berjaya menafikan serangan Indonesia.
Akhirnya, perlawanan terpaksa ditentukan oleh sepakan penalti dan hasilnya skuad Harimau Muda negara berjaya menewaskan Indonesia dengan jaringan 4 – 3 sekaligus memadamkan ego Indonesia untuk memenangi pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA kali ini.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA ke-26 selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir malam ini di laman Twitter miliknya.
“Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat,”
Salam singgah
Artikel terkini…Harga Set Bersalin Shaklee
auuumm syabas Harimau Malaya.
kerana kejayaan sukan sea 2011, saya jadi gila bola….kalah dengan syria tak mengapa usaha itu penting….
Bagus la sekarang ni rakyat Malaysia dah mula penuhkan stadium dan beri sokongn
aku akan tetap support Harimau Malaya. Selamanya =)
Sepatutnya macam tu la.. Tak kira kalah atau menang.. 🙂
Berbaloi kemenangan skuad Harimau Muda ke atas skuad Garuda Muda. Nampak pemain kita agak kepenatan ketika bermain dengan Syria sempena kelayakan Olimpik.
Pemain pun ramai yang cedera.. ditambah pulak dengan kepenatan… kita tak boleh salahkan mereka dengan kekalahan tadi.
riuh juga kat rumah dengan suara jiran2 yg menjerit2 bila masuk gol :D.
tahniah buat skuad malaysia….
Memang seronon suasana macam ni. Jarang dapat rasakan..
malaysia menang bangga aku
Sebab dapat padam ego Indonesia tu 🙂
Saya pom bangga..
oh disini kena perli ye haha ..
Hehe.. Dah takda dah tag yg banyak.. :p. Tgh bosan ni tak boleh on9 kak.. Org TM still tgh repair cable malam malam ni..
congrats Malaysia! tak sia2 tengok semalam….
minat ker….http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/welcome-home-sifu-tiesto.html
Puas hati tengok malaysia lawan indon semalam… Baru padan dengan ego diorang…
sonok btol tgk indon kalah semalam
memang puas hati sebab berjaya benam ego indonesia. baru diorang tau langit tinggi rendah..
wah.. die punye tag…?? Fuhhh banyak gila.. kalah bro
adeh.. tu yang bro usha… malu gila… nak hide tag la lepas ni… hahaha…