Tidak lama lagi umah Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun disebut juga Hari Raya Qurban. Bagi penduduk pantai timur, selalunya Hari Raya Qurban akan disambut meriah jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitri.
Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan Aidiladha ditetapkan petang 27 Oktober 2011 bersamaan 29 Kaedah bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menentukan Aidiladha. Perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen. Sebanyak 30 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan pada hari tersebut.
Tempat – Tempat Melihat Anak Bulan
Johor
Pontian Kecil
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara
Negeri Sembilan
Telok Kemang, Port Dickson
Selangor
Bukit Melawati dan Pulau Angsa, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, dan Sabak Bernam
Perak
Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, dan Menara Alor Setar
Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, dan Balai Cerap KUSZA, Setiu
Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu
Sarawak
Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu
Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan
Sabah
Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
samat raye ajiiiii hehehe
ehemm..share boleh ?
hehe…sila la kak 🙂
dah ambik kat utusan lak ..
owh…hehe…ok kak..rajin betul update entri tengah-tengah malam kan..