• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Terima Kasih Solar Time The Mines

Terima Kasih Solar Time The Mines

By Hazmin Hamudin | 17 May 2013 | 62 Comments

Jam Cerruti 1881

Dalam entri ini aku nak ucapkan terima kasih kepada kedai jam Solar Time, The Mines. Semalam aku dah pergi ambil jam Cerruti aku ni yang telah siap diperbaiki. Tahun lepas jam kesayangan aku ni rosak teruk. Bukan kerosakan mekanikal, tetapi cermin pada jam ni telah retak dan pecah. Jadinya terpaksalah aku hantar baiki jam ni.

Kalau nak hantar repair dekat service center Cerruti aku rasa meletop jugak poket seluar aku nanti. Harga jam pun dah RM800 lebih, mesti mahal jugak cermin jam ni. Baik pergi hantar dekat kedai jam lain je. Tanya dekat kedai jam Solar Time, The Mines ni diorang cas RM100 je untuk tukar cermin yang baru. Aku rasa kira murah lagi tu kan.

Pekerja kedai jam Solar Time ni cakap dekat aku yang jam aku akan siap diperbaiki selepas Chinese New Year. Okey, ambil masa dua bulan lebih jugak untuk diperbaiki. Pasrah jela lama macam tu baru siap. Untuk pengetahuan korang semua, aku hantar repair jam ni masa akhir bulan 12 tahun lepas. Amacam? Sekarang dah bulan lima baru siap dibaiki jam ni. Dekat enam bulan jugak melebihi daripada apa yang telah dijanjikan.

Dalam tempoh masa hampir enam bulan ni jangan cakap la dah berapa kali aku call kedai jam Solar Time ni. Siap pergi buat lawatan rasmi lagi. Haha. Siapa tak marah kalau janji dua bulan tapi boleh lajak sampai enam bulan kan. Alasan yang diorang bagi sebab kena order alat ganti.

Tapi korang mesti pelik kenapa aku ucap terima kasih pulak dekat kedai jam Solar Time atas service yang super lambat ni. ‘Terima kasih’ aku ni bukanlah ayat perli kepada mereka sebab aku memang ikhlas. Masa nak bayar RM100 tu, tiba-tiba pekerja kedai jam Solar Time ni beritahu yang aku tak perlu bayar apa-apa atau lebih tepat lagi,ย free of charge sebab kelewatan mereka.

Macam tak percaya pulak aku tak perlu bayar apa-apa. Beberapa kali jugaklah aku tanya betul ke tak perlu bayar RM100 tu. Sekarang ni mana ada benda yang free kan. Apa-apa pun aku ucapakan terima kasihlah sebab telah berjaya menjaga hati pelanggan. Walaupun telah lewat daripada tarikh yang dijanjikan, tapi mereka tidak mengenakan apa-apa bayaran sebagai ganti rugi atas kelewatan tersebut. Aku rasa memang puas hati la jugak. Nak marah sebab lewatpun terus tak jadi. Pandai betul diorang ni ambil hati pelanggan. Hehe.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Melastik Bintang 22 May 2013 at 10:17 AM

    jauh beza 800 dan 100 tu..=)

    Reply
  • AyueJean AJ 20 May 2013 at 9:50 AM

    Selalunya kan, cina kalau meniaga memang camni…
    Diorang bertanggungjawab….. =D

    Reply
  • maza 20 May 2013 at 12:02 AM

    aderrkk.. maza cuba post comment di page awal itu, tapi tak boleh lah..
    huhuhu

    Reply
  • hafizrahim 19 May 2013 at 10:47 PM

    serius tak pernah dengar brand ni.ke memang aku yang tak tahu..hahaha..biasa kumpul gshock je..paling mahal aku ada pun swiss army.

    Reply
  • iAwani 18 May 2013 at 9:26 PM

    wow .. mahal juga jam ni ya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 May 2013 at 11:05 AM

      Takda la lebih 1k pun bro Hehe

      Reply
  • TehR 18 May 2013 at 3:20 PM

    memang sangat lama tu untuk tukar cermin jam
    patut la percuma

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:05 PM

      Itulah.. Katanya sebab nak order barang tu yang lama.

      Reply
  • Mama Murai 18 May 2013 at 12:37 PM

    oh… patutlah ucap terima kasih. Rupa-rupanya service percuma. Mungkin depa segan nak jawab soalan HH, tu yang bagi free.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:05 PM

      Hehe..Masa nak bagi free tu pun dah pandang semacam je. Takut agaknya kena marah masa tu.

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 18 May 2013 at 9:07 AM

    Kalau dia org simpan lagi 6 bulan, dia orang bayar lak RM 100 kot? ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:04 PM

      Hehe… Itu boleh mendatangkan marah. Apa ingat jam ni untuk disimpan ke. Hehe

      Reply
  • afif 18 May 2013 at 8:45 AM

    haaaha..apa punyala samppai 6 bulan..apasal tak cukup kan setahun.je..sebaik la free kan bro..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:04 PM

      Jangan la sampai setahun bro. Bagi free pun aku marah kalau setahun. Hehe

      Reply
  • zuan 18 May 2013 at 8:38 AM

    lawa siot jam ni! ๐Ÿ˜€

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:03 PM

      Dah tak keluar dah model ni. Hehe..

      Reply
  • beckhrooy 18 May 2013 at 5:12 AM

    selamat rm100 haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:03 PM

      Boleh buat makan cendol.

      Reply
  • daddydee 18 May 2013 at 2:05 AM

    Servis terbaik mereka. ni yang pelanggan suka, tapi lambat xde org yang suka.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:02 PM

      Kalau benda lambat memang takda siapa yang suka bro. Hehe

      Reply
  • Hairul Azni 18 May 2013 at 1:09 AM

    Kalau macam ni, lambat selalu pun takpe ye tak bro? hehe..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:02 PM

      Tapi kalau lambat sangat pun boleh mendatangkan marah sebab benda nak pakai. Hehe

      Reply
  • titan 17 May 2013 at 11:32 PM

    hoho. rezeki. Mesti lu baru lepas makan cendol, kan??

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 May 2013 at 4:02 PM

      Kah3.. Cendol banting dah lama aku tak makan. Rindu wei lain daripada cendol lain.

      Reply
  • 4feet8 17 May 2013 at 10:50 PM

    mahalnya tukar cermin saja.
    err..sebenarnya mcm first time dgr brand nih.
    itu bermakna, murah rezekilah.. rezeki dtg dari pelbagai sumber.. ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 11:00 PM

      Mahal ke RM100 tu? Nasib baik free. hehe.. Ala.. tak pernah dengar ye brand ni? cuba google.. hehe

      Reply
  • JR 17 May 2013 at 10:29 PM

    Mungkin perkara ini ada tertulis dlm KPI kedai tu kot…Jam saya pula tak pernah rosak kerana dah 5-6 tahun tangan saya bebas jam….( tengok jam pakai henset)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 11:14 PM

      Hehe.. Nampaknya teknologi telah mengubah orang untuk melihat jam.

      Reply
  • zool 17 May 2013 at 9:10 PM

    dah lama tak pakai jam.. tgk masa pakai handphone je

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 11:12 PM

      Saya pulak tak puas kalau tak pakai jam. Hehe

      Reply
  • ajumohit 17 May 2013 at 8:52 PM

    haiyo lamanyaaa, apapun penantian berakhir tanpa sebarang bayaran ngeee,

    pssttt dia tau awak blogger kot ๐Ÿ˜‰

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 11:04 PM

      Haha.. Agaknya dia google nama saya dekat resit tu kan kak. skali tengok-tengok blogger.

      Reply
  • lieyalatif 17 May 2013 at 8:00 PM

    wahhh bertuah tuuu…free hah…mcm ni la bagus kan….pandai jaga hati customer..kalo akak mmg tak pi dah kedai lain…sah2 beli jampun kat situ jek sebab sikap dieorg yg bertanggungjawab bukan kejar duit semate….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 11:04 PM

      Itulah.. Ada sikit la kepercayaan nak beli atau repair jam dekat situ lagi. Tapi masa tu yang tak sanggup tu kak. Hehe. lama sangat.

      Reply
  • auc 17 May 2013 at 6:54 PM

    pelanggan diutamakan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:58 PM

      Hehe.. Pelanggan sentiasa betul. Nasib tak jadi nak buat entri marah.

      Reply
  • Ladfe Amir 17 May 2013 at 6:07 PM

    bisnes is bisnes. biar rugi rm100 asalkan reputasi peniaga tu tak terjejas

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:58 PM

      Betul tu. Dengan cara macam tu, tanggapan pelanggan yang tidak baik terus hilang.

      Reply
  • the malay male 17 May 2013 at 5:47 PM

    rezeki ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:57 PM

      Memang rezeki ni. Jimat RM100

      Reply
  • hafizmd 17 May 2013 at 4:40 PM

    Ini mmg betul2 ikut polsi servis kedai…terbaiklah!

    Kita yg berniaga perlua poiisi diskaun paling tidak jika lewat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:57 PM

      Kalau semua amalkan macam ni rasanya pelanggan pun takda nak marah-marah kalau lewat.

      Reply
  • Khairul Zamri 17 May 2013 at 4:38 PM

    rezekila kalu tak payah bayar pape, mungkin kecil bg mereka tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:56 PM

      Jimat RM100 bro. Hehe. Kira rezeki la tu.

      Reply
  • kakiblog 17 May 2013 at 4:24 PM

    itu dinamakan rezeki berkat kesabaran…hasilnya dapat juga publisiti dalam entri ini..iklan balas budi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:56 PM

      Haha. Betul tu. Kalau orang google takda la jumpa benda yang tak elokkan.

      Reply
  • KesumaAngsana 17 May 2013 at 3:48 PM

    wah lamanyer tu.. tapi xpelah.. mesti sayang sungguh kat jam ini yer !

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:55 PM

      Itulah kak KA. Lama betul baru nak siap. Jam paling mahal pernah beli. Tu yang sayang tu. Hehe

      Reply
  • daddyziyyad 17 May 2013 at 3:44 PM

    6 bulan?? ngalahkan nak tunggu sparepart kereta! hahaha

    agak agaknya kalau hantar ke SC Cerruti, 3 bulan dah siap kot…:P

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:55 PM

      Memang lama doc. Tak sangka pulak repair jam lama macam ni. Nasib free. Nak hantar dekat SC Cerruti tu mesti mahal punya. Hehe

      Reply
  • dana 17 May 2013 at 3:23 PM

    waaaa pandai betul diaorang nih nk amik hati pelanggan ek, tp kire ok lah tu… dr nk mrh tak jd nk mrh sbb dia kata free kan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:54 PM

      A’ah.. Tak jadi nak marah sebab dapat free. Kalau tak nak buat entri kutuk je. hehe

      Reply
  • Pokok Manggis Depan Rumah 17 May 2013 at 12:09 PM

    Alhamdulillah free. saya dah masukkan blog ini dalam bloglist saya.
    http://pokok2u.blogspot.com/

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 7:54 PM

      Saya pun dah letak blog bro dekat rss feed saya. setiap kali update saya akan dapat feed

      Reply
  • onlajer 17 May 2013 at 12:04 PM

    ok la bro kalau free, memang patut pun ucap terima kasih walau dah terhangin , err kau hangin ke tak hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 12:07 PM

      Siapa tak hangin kalau dekat enam bulan baru siap bro. Hehe.. Nasib free. Terus ‘temperature’ turun.

      Reply
      • onlajer 17 May 2013 at 12:11 PM

        jangan hangin – hangin bro nanti takut kena high blood haha

        Reply
        • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 2:42 PM

          Haha.. Dah cool dah..

          Reply
  • yui 17 May 2013 at 9:54 AM

    mnjga hati pelanggan mgkn..kih2..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 12:06 PM

      Betul tu. Kalau tak mesti pelanggan lari.

      Reply
  • akubiomed 17 May 2013 at 9:48 AM

    Kalau kos pembaikan percuma. Saya pun terus jadi cool. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 May 2013 at 12:06 PM

      Itulah, pandai betul mereka menjaga hati pelanggan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Drama Vanilla Coklat Episod 8 Uncut Scene

By Hazmin Hamudin

Perempuan Mengamuk Kereta Dilanggar

By Hazmin Hamudin

Dah Tiba Masa Untuk Servis Kereta

By Hazmin Hamudin

Buat Aku Panas Hati

By Hazmin Hamudin

Rais menang saman fitnah ke atas blogger

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 ยท Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in