Alhamdulillah. Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 Telah Diluluskan. Minggu lepas aku dapat surat yang sudah pastinya ramai rakyat Malaysia turut sama ternanti-nanti kedatangannya. Surat bawak duit tu siapa yang tak tertunggu-tunggukan. BR1M 2.0 yang aku mohon ni adalah untuk golongan bujang yang berpendapatan bawah RM2000 macam aku ni. Kalau lebih RM2000 jangan nak memandai-mandai mohon ye.
“Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan telah diluluskan untuk mendapat bantuan sebanyak RM250.00.”
Pemberian BR1M 2.0 ini telah pun dibuat sebelum Tahun Baru Cina lagi dan akan diberikan kepada pemohon yang layak mengikut fasa yang ditetapkan megikut kawasan masing-masing. Kalau korang tak dapat lagi surat tu harap bersabar la ye. Bagi yang layak dan ingin memohon BR1M 2.0 masih lagi boleh memohon kerana tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 15 Mac 2013.
Aku mohon BR1M ni akhir tahun lepas masa dah nak tutup permohonan secara online. Tak sangka pulak permohonan aku ni diluluskan. Hari aku ambik cuti separuh hari sebab nak kena pergi ambik duit BR1M 2.0 ni. Korang ada yang pergi ambik duit BR1M tak hari ni?
wahhh… alhamdulillah… guna wang tu sebaik yg mungkin yer….
Hehe.. Ikutkan sudah ada perancangan..
salam hazmin…kenapa entry update blog hazmin tak keluar kat blog list saya ye…??
assalamualaikum….tahniah2 yer…:)
tahniah bro …yeayy ! boleh belanja saya ..kekeke
Tahniah..
aku pulak baru je amek voucher buku
meriah dengan duit sekarang ni
dengar khabar akan ada lagi lepas ni
assalamualaikum…
alhamdulillah…rakyat diutamakan ye…
Ramai kawan saya dah dapat dah brim ni, tahniah pada mereka, tengok diorang dapat, saya pun isi jugak. hehe, tapi tak tahu bila akan dapatnya
bersyukurlah dgn rezeki yg diberi
alhamdulillah blehla blanje ikan bakar 😉
Tahniah ya dapat BR1M 😀
Dengar kerajaan hendak menaikkan pemberian BR1M kepada RM1k.
kite pun baru je cek semalam
nasiblah dapat.hikhik
tp memandangkan lom kaweng so dapat la rm250 jek :p
tp batch ujung bulan ni kot
alhamdulillah rezeki tuh…murah rezeki bro…:)
tahniah bro, ada juga belanja tu
tahniah dapat jugak.. huhu.. kami tak dapat pun..huhu.. gunakan duit tu dgn baik..
tahniah dah boleh belanja ni hihihi
Huntunglah. Ko nak buat apa dengan duit tu nanti
alhamdulillah..sya tak dapat lagi
Malangnya ada yg berpendapatan lebih RM3,000 tapi dapat BR1M RM500. Ini berlaku kepada ramai rakan2 kejiranan JR. Bayangkan ada jiran yg punya 3 buah kereta, tapi masih dapat BR1M yg kononnya utk orang berpendapatan rendah….
Takpe JR tak berkat duit yg diorang dapat tu..