Cara Memujuk Perempuan Merajuk

Pernah tak korang menghadapi situasi di mana teman wanita korang merajuk? Kira normal la apabila perempuan merajuk dengan lelaki kan. Bila merajuk, abis mulut dimuncungkannya, mata mula la pandang ke tempat lain dan perasaan takda mood tu akan datang dengan sendirinya tanpa diundang.

Cara Pujuk Perempuan MerajukMerajuk adalah salah satu sifat yang memang ada pada setiap wanita. Kita sebagai lelaki perlu tahu teknik dan cara yang sesuai ketika menghadapi situasi itu.

Merajuk ni bahaya ke? Kalau tak kena caranya, tak pasal-pasal putus pulak hubungan. Ada la sebab kenapa si dia merajuk tu. Mesti korang tak ingat tarikh penting dia ke, tak belikan dia hadiah apa-apa ke, cemburu ke atau saja main-main nak uji pasangan mereka sama ada pandai memujuk atau tidak.

Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk lelaki memujuk perempuan yang sedang merajuk dan mengembalikan mood mereka agar gembira semula.

SENYUM 

Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen ataupun senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang (dalam hati dah gila apa laki aku ni).

BUAT LAWAK

Tengok mood dulu nak berlawak, jangan nanti tak pasal-pasal tangan si dia hinggap kat muka korang. Pastikan lawak korang tu menjadi dan betul-betul kelakar. Komfem kejap je pastu mesti tergelak dengar lawak korang. Tak gelak jugak, takpe dia gelak dalam hati kot. ‘Laughter is the best medicine’.

BELI HADIAH

Beli la benda ikut kemampuan korang, si dia suka apa? Minat apa? Ada apa-apa yang si dia idamkan? Cuba belikan si dia hadiah dan buat kejutan kat dia. Mesti cair dab merajuk hilang.

HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS

Cara ni menggunakan teknologi yang sedia ada. Agak-agak si dia macam merajuk je dengan korang, korang, hantarlah sms/mms/voice sms kat si dia. Gunakanlah ayat yang menunjukkan korang mintak maaf dengan setulus hati korang. Senang je kan? Tapi kalau duduk dekat-dekat tak payah la gatal nak guna sms gak, sebelah-sebelah je pun.

BUAT BODOH

Cara yang ni aku tak berapa nak syorkan, sebab kemungkinan akan berlaku perpisahan antara mereka yang mencuba cara ni. Tapi kalau korang nak cuba jugak, boleh je. Bila si dia merajuk dengan korang, korang buat bodoh je. Bila si dia marah, korang buat bodoh gak. Tengok reaksi dia, sama ada dia fed up dan terus ok sebab malas nak layan kerenah korang atau fed up dan terus tingglkan korang. Baru padan muka sebab tak nak pujukkan.

MERAJUK BALIK

Paling seronok, korang cuba merajuk balik bila si dia tengah merajuk dengan korang. Daripada korang kena pujuk si dia, tengok-tengok si dia pulak yang kena pujuk korang. Kalau dah sama-sama merajuk, siapa nak pujuk?

Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Mereka mudah bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya dan senang sakit, kecil dan makan hati. Jadi kita sebagai seorang lelaki patut tahu dan jaga perasaan mereka agar tidak merajuk. Manakala wanita pula patut bertimbang rasa terhadap pasangannya. Sama-sama kita betulkan mana yang silap.

Sosial Media

Comments
  • Post a comment

    Current ye@r *

  • nurlisaain 23 September 2014 at 4:40 PM

    klw llki mrjuk truk lh nk pjuk…mcm2 cra pn blum tntu nk cair…

  • shahrudin 7 October 2013 at 9:14 AM

    Mcm ne nk atasi masaalah sy ni ye?gf sy mcm da tawar hati dgn sy disebabkn sy x endahkn dia sblum ni dgn mak dia nk pnangkn dia dgn org lain dgn org yg dia x knl plak 2…da jdi mcm ni bru sy nk masuk minang.sy da mcm2 cre pkirkn..ape yg sy harus sy buat..?pasangan sy tgah kecewa dgn mak dia dgn sy skali.kami da berkawan 3 taun..mak dia marah kt sy sbb xda bg ape2 tanda..tpi bpk dia pilih sy..pasangan sy umur da 25..sy 24..sy ego sblum ni..slame 3 taun ni x pnah pun mis msg atau call..bila skg dia x blas msg sy call sy sgat sdih..ape cre sy utk stlekn masaalah ni.?sy syg sgat kt dia..sy tkot dia berubah hati dan pegi pd plihan mak dia..sy tau dia sygkn sy,tpi dia tertekan antara sy atau mak dia..sy da jmp mak dia utk kali ptama utk sy merisik ank dia..tpi mak dia jawab ayu dah dirisik org..sy nk antar fimily sy jgk tpi mak dia jawb x payah nnti makcik x tau nk jwb pe dgn kwn makcik..i2 je yg dpat sy dpt katekn..tlg bg tau sy ape yg harus sy buat???????

    • Hazmin Hamudin 8 October 2013 at 6:27 PM

      Kalau tuan betul-betul sayangkan dia, rasanya tuan perlu bertindak dengan tunjukkan keihlasan hati tuan tu. Kalau pasangan tuan belum ada ikatan lagi dengan lelaki tersebut, peluang tuan tu masih ada. Tapi tuan perlu cepat bertindak. Jangan dipersiakan lagi dan diulang lagi kesilapan sebelum ni. Cara terbaik jumpa terus keluarga. Bincang secara elok. tuan beritahu niat murni tuan tu. Moga keluarga pasangan terbuka pintu hati untuk terima semula.

  • reen24 28 September 2013 at 9:17 PM

    maaf pa’an ye.sy rasa sbb perempuan ragu2 hendk menerima lelaki lain kemungkinan hati dia pernah disakiti oleh laki2 lain yang juga pernah buat benda yg sama kat dia.ckp je cinta,apalagi,perempuan tu cayalah.pastu,lama2,laki tu minta putus.apa tak patah hati perempuan tu.perempuan ni inginkan laki2 yang benar2 setia dan mampu menjadi teman hidup dia.sy rasakan pa’an patut cari cara untk membuktikan betapa sygnya pa’an kpd dia.alah,takyah girlfriend lg dah,masuk minang terus.

  • pa'an 20 May 2013 at 4:17 AM

    Knpe pmpun sng ragu2 kt kte sdg kn hati kte nie btol2 stia n ikhlas mncntai dy.?dh mcm2 cre n mcm2 jge aq cbe luah kn prsaan aq tok dy prcye n xragu2 lg ngn cnte aq trhdp dy..skrg pn dy dh jrang cntc aq,dh xmcm dlu kdg2 time dy okey bru lh dy cntc aq 2 pn cme skjp jerk pas 2 dy snyp blik..nk kte aq curang n xprnh bg ap yg dy mntk,aq rse xad kot sb aq xprnh curang ngn dy n dy pn xprnah mntk ap2 kt aq..aq cme nk dy tahu brtape stia n ikhlas nye hati aq mncntai dy..erm..ad care yg trbaek x tok aq buka kn hati dy supye dy tw brtpe stia n ikhlas nye hati aq nie mncntai dy.? Tlonggggg aqqqq plzzzz,aq syg n cnta kn dy sngt2.. :'(

  • Ladfe Amir 17 May 2013 at 6:09 PM

    makwe takde. kalau ada pun lantak hang la.. aku dok layan bini aku lagi bagus.

    tapi kalau wife merajuk, kena cari selidik apa punca masalah. kalau kita salah, kena minta maaf. kalau tak kena slow talk dan berbincang

  • HafizAmri 6 May 2013 at 12:53 PM

    Susahnya nak pujuk kalau orang merajukm, tambah kalau peramouan merajuk, hehe

    • Hazmin Hamudin 7 May 2013 at 8:53 AM

      Silap-silap lelaki merajuk lagi susah nak pujuk bro. Hehe

  • hanafi abdullah 8 April 2013 at 11:53 PM

    perkara biasa bagi manusia…merajuk satu protes untuk minta perhatian

  • irfan 3 November 2012 at 12:54 PM

    sekarang tengah mrjuk nak sms cm mna??

    • Hazmin Hamudin 3 November 2012 at 3:13 PM

      Mungkin boleh cuba cara lain. Terus datang dekat dia dengan membuat kejutan ke.

  • Hafizul 15 September 2012 at 8:19 PM

    Haha..memang berguna la tips ni..aku biasanya bila kena pujuk , aku wak muka sedih + wak bodoh jer..tapi tak kena cara aku fed up dgn org yang pujuk tu..hahaha

    • Hazmin Hamudin 16 September 2012 at 12:53 PM

      Aik.. Bro lak yg buat muka sedih… Kena buat cara pujuk lelaki lak ni.

  • Berita-Harian.net 12 September 2012 at 12:09 AM

    Kalau hati dah panas, memang susah ank pujuk terutama lelaki, tapi jangan sampai melakukan benda di luar kawalan. tarik nafas panjang2

    • Hafizul 15 September 2012 at 8:23 PM

      kalau tak dapat kawal perasaan paling kurang aku tendang jer apa-apa yang ada depan kaki…baru hilang tekanan..hahaha

  • pencinta wanita 14 May 2012 at 2:37 PM

    Wanita merajuk perlu dipujuk?
    Aku kurang setuju sebab dalam perkara ini menunjukkan kita “needy”. Nak pujuk tgk benda juga la, kalau benda tu datang dari emosi diorang abaikan jer. Kita kena lebih pada ‘logic’ kita terangkan pada dia, kalau dia tak nak terima biarkan jer. Ini menunjukkan hubungan baik anda dengan dia.

  • beruk 15 April 2012 at 7:23 AM

    klau gf yg dh ckp tawar hati & jatuh hati dgn org len tp mase yg sama, dia ckp syg kt kita , cmne plak ye? please bg advise, serabut nih, cm nk bunuh org plak

    • Hazmin Hamudin 16 April 2012 at 7:32 AM

      Kalau dah tawar hati tu memang dia dah tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi. Kalau sayang, tapi dah tawar hati dengan hubungan tu pun tak guna jugakkan. Takut nanti ada yang makan hati kalau diteruskan juga hubungan tersebut. Kamu pun dah tahu yang GF dah jatuh hati dengan orang lain. Dari situ kamu sendiri dah tahu apa yang perlu kamu lakukan sebab GF kamu sudah pun mempunyai orang lain yang lebih dia sayang.

      • pa'an 13 May 2013 at 12:12 PM

        Cm mne erk kte nk wt gf kte prcye kt kte yg kte nie tol2 syg kn dy.?tlg bg aq jln yg trbaek plzzz.

        • Hazmin Hamudin 13 May 2013 at 12:22 PM

          @pa’an: Berat jugak ni. Ada curang dekat GF ke sampai dia dah tak percaya lagi? Kalau pernah curang sekali mungkin ada jalan. Tapi kalau dah banyak kali dan dia pernah bagi peluang kira susah sikit la.

          Mesti tahukan apa yang GF suka? Mesti ada sumthing yang dia pernah buat permintaan. Kita boleh buat kejutan tunaikan apa yang dia nak walaupun susah. Dari situ dia boleh nampak kesungguhan kita nak ambil balik hati dia. Kalau dia dah mula percaya, lepas ni jangan la hilangkan kepercayaan dia lagi.

    • dyna 2 July 2012 at 1:22 PM

      pempuan memng mcm nie suka merajuk dngan lelki.
      knpa pempuan merajuk tu nk suruh bf dia pujuk dia
      tu.tpi kadang si dia buat-buat x thu je.bila pempuan dh lri bru
      nk cri pempuan tu

  • titan 6 March 2012 at 4:57 AM

    aku tak suka pujuk.
    lantak diorang lah.

  • Fadzmie 5 March 2012 at 11:15 PM

    Tengok keadaan gak kalau nak buat bodo tu. Kalau dorang merajuk sebab benda remeh je, memang padan la kalau tak kena layan. Buang karan. Haha.

    • Hazmin Hamudin 6 March 2012 at 10:08 AM

      Tu la.. Tapi jangan sampai putus hubungan pulak dah la ye.

  • eqbalzack 5 March 2012 at 6:33 PM

    hehe…PhD je dah buat abg eq stress…so abg eq takde masa nak pujuk2.

    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 6:43 PM

      Hahaha.. Orang PhD ni lain sikit cara memujuk kot… :)