Semalam aku ada meeting unit. Biasa la kalau dah lepas meeting mesti ada acara wajib yang korang semua mesti tahu punya. Apa lagi aktiviti makan-makan la kan. Haha… Selalunya lepas meeting just tapau je makanan makan dekat ofis jugak. Tapi kali ni timbul la cadangan nak makan dekat luar pulak. Maka ada yang mencadangkan makan dekat Cozy House Restaurant, Great Eastern Mall ni.

Kalau tanya aku memang aku tak tahu apa kebendanya Cozy House Restaurant ni. Kesiankan aku ? Orang dah cadangkan, just ikut jela suara majoriti. Rupanya memang popular Cozy House Restaurant ni, cuma aku je yang agak terkebelakang sikit. Mengikut hasil kajian dengan pakcik google, Cozy House dan juga Cozy Corner adalah restaurant yang berbeza walaupun kedua-duanya mempunyai logo yang sama (kedua-duanya terletak sebaris antara satu sama lain di Ampang Park).

Memandangkan aku tak tahu apa-apa pasal menu dekat Cozy House ni, jadi aku biarkan jela ofismate aku dan juga bos yang order makanan. Semua decide nak makan nasi putih dan lauk hidang. Boleh tahan jugak macam-macam menu ada dekat Cozy House ni. Sebut je western food, chinese food, thai food, semua ada. Antara menu yang telah berjaya diorder oleh kitorang ialah asam pedas ikan siakap, ikan kerapu sweet & sour, ayam pandan, kailan belacan (boleh pulak aku lupa nama menu yang lain. Adeh…). Kalau aku ingat menu yang lain nanti aku update la ye.


Boleh tahan jugak la rasa makanan dekat sini. Abis licin kena sental semua lauk. Nasib la daun pandan tak kena makan sekali. Tapi jangan tak tahu pulak, abis kepala-kepala ikan lesap kena makan jugak. Rakuskan ? Asam pedas ikan siakap pun boleh tahan jugak. Kuah memang pekat la. Patut la ramai orang makan dekat Cozy House Restaurant ni.


Alamat: Cozy House Restaurant
Lot 10, 11 & 12, Level 3,
Great Eastern Mall,
303, Jalan Ampang,,
50450 Kuala Lumpur.
Telephone: 03-4257 8988
Fax: 03-4257 1988
pehh..lapar dibuatnya aku pagi-pagi buta macam nih. haha..
kalau dah lapar, kena la cari makanan kan..
mcm sedap je, nyum2 😀
memang sedap..harga pun sedap gak.. 🙂
peh nape xajak aku sekali.. heeh mcm best je
best jugak…tapi harga pun best jugak..
cozy restaurant ni mmg betul2 cozy
sesuai la dengan nama dia kan… 🙂
Kalau ada orang belanja tidak ada masalah. 🙂
kalau orang belanja benda tak sedap pun jadi sedap.. 🙂
waaahhhh bawak awex2 makan ker hehehe
dah tgk hantu ke blom ni..? http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/nyawa-yang-tersisa.html
bos la…hehe…pegi makan satu unit…